TAKUT Buat Pemeriksaan Payudara Punca Pesakit Breast Cancer Maut Awal

undefined

Pemeriksaan kanser payudara perlu dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal kanser tersebut. Jadi, wanita harus berani dan peka dengan keabnormalan di bahagian payudara mereka

Ramai di kalangan wanita yang takut melakukan pemeriksaan payudara di peringkat awal terutama bila merasai ketulan kecil di bahagian ketiak. Namun, setelah keadaan semakin kritikal, baru mereka berani ke hospital mahupun klinik untuk mendapatkan pemeriksaan kanser yang sebenar.

Atas sebab itu, mantan doktor di Jabatan Pembedahan Onkologi di Institut Kanser Negara, Dr Yazeed Hair Johari berkongsi punca kematian pesakit kanser payudara adalah disebabkan ketakutan semasa di peringkat awal.

Takut buat pemeriksaan payudara punca kematian breast cancer 

kanser payudara

Menurut Dr Yazeed, beliau telah merawat hampir 500 kes setahun dan kebanyakan pesakitnya berumur 20 hingga 35 tahun.

Apa yang mengejutkan, ramai wanita muda yang sudah mempunyai ketulan pada payudara sama ada masih kecil dan ada juga yang sudah menyimpannya sehingga jadi besar.

Fakta patut tahu

  • Kanser payudara mendapat tempat keempat sebagai kanser pembunuh selain kanser yang lain.
  • Dilaporkan hampir 3500 ke 4000 kes melibatkan kanser payudara dalam tempoh setahun.
  • Kekerapan umur paling tinggi yang berisiko hidap kanser payudara adalah umur 40 ke 64 tahun.
  • Kaum Cina adalah yang tertinggi dilaporkan, di ikuti India dan kemudiannya Melayu.

Punca kanser payudara

  • Sejarah kanser payudara dari keluarga
  • Peningkatan umur
  • Georgraphic variation
  • Biopsy confirmed benign proliferative breast disease
  • Radiasi yang digunakan untuk payudara
  • Nulliparity pada usia 40 tahun
  • Hamil pertama kali semasa umur 35 tahun dan ke atas
  • Haid seawal umur 12 tahun dan ke bawah
  • Menopuse pada umur 55 tahun
  • Mempunyai sejarah di peringkat awal kanser ovari atau endometrium
  • Obesiti
  • Mengambil makanan yang mempunyai tinggi lemak, daging merah dan lemak tepu.
  • Terapi penggantian hormon

Cara mengesan kanser melalui pemeriksaan payudara 

payudara wanita

Anda boleh lakukan pemeriksaan ketulan di rumah atau klinik. Kemudian lakukan ujian seperti berikut:

  • Saiz
  • Sakit atau tidak ketulan tersebut
  • Lokasi
  • Boleh bergerak atau tidak
  • Kulit tertarik atau mengecut
  • Kemerahan
  • Ketulan pada pangkal ketiak (nodul limfa)

Sekiranya terdapat ketulan di bahagian yang anda periksa, jangan panik dan bertenang kemungkinan ia hanya tumor biasa yang tidak berbahaya dan masih tidak boleh merebak ke bahagian lain.

Bagi mereka yang berumur kurang dari 35 tahun, anda disarankan untuk melakukan ujian ultrasound berdasarkan ketebalan tisu payudara.

Manakala bagi wanita yang berumur 35 ke 60 tahun, anda disyorkan membuat pemeriksaan seperti di atas dan jika ada ketulan mungkin ia Fibroadenoma yang mana masih di peringkat awal.

Sementara itu, bagi yang berumur melebihi 35 tahun, disarankan melakukan Bilateral 2D Mamogram seperti X-Ray yang lebih canggih dari 3D Mamogram. Selepas prosedur ini, wajib membuat Biopsy bagi mengesahkan lagi tahap kecurigaan.

Apa itu Biopsy?

Biopsy adalah prosedur untuk mengambil sample ketulan sebelum dihantar ke Makmal dan Pakar Pathalogist/Histopthology yang akan ditentukan sama ada ia tumor atau kanser.

Selepas mendapat keputusan dari makmal tidak kira sama ada ia Benign Tumor (tumor baik) atau Malignant Tumor (tumor jahat) ia perlu dibuang dan dibedah.

Kemudian, pesakit juga akan diberi ubat-ubatan, menjalani kemoterapi, pembedahan ekstrem, pembedahan nodul limfa dan sebagainya.

TAKUT jadi punca kanser merebak dan teruk

Kesimpulannya, takut adalah punca mengapa pesakit datang semasa sudah berada di stage ke 3 atau stage ke 4 disebabkan:

  • Takut untuk menjalani pemeriksaan payudara
  • Takut untuk menerima hakikat jika adanya ketulan kanser
  • Takut untuk menghadapi rawatan
  • Takut di sebabkan ramai yang berkongsi cerita tentang chemoterapi

Justeru, jika perasaan takut ini dapat dicegah dan ketulan dikesan lebih awal maka peluang untuk  survive boleh meningka kepada 80%. Tapi, jika sudah berada di stage 3 peluang untuk  survive hanya kurang dari 29%.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

TAKUT Buat Pemeriksaan Payudara Punca Pesakit Breast Cancer Maut Awal

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Yazeed Hair Johari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!