Payudara Ibu Menyusu Bengkak Tak Semestinya Sebab Susu Banyak, Ia Mungkin Kanser Payudara!

Adalah penting untuk ibu-ibu menyusu di luar sana membuat pemeriksaan sendiri payudara untuk mengesan sebarang perubahan kepada aset berharga wanita itu.

Kanser payudara boleh menyerang sesiapa saja tidak mengira umur atau apa saja. Justeru, adalah penting untuk ibu-ibu dan wanita di luar sana membuat pemeriksaan sendiri payudara untuk mengesan sebarang perubahan kepada aset berharga wanita itu.

Pemeriksaan sendiri payudara antara langkah awal yang sangat penting yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang menghidap kanser ini.

Bagi ibu yang menyusu badan pula, risiko kanser payudara menyerang mereka dikatakan boleh dikurangkan sekali gus boleh menyelamatkan mereka daripada pembunuh utama wanita ini.

Pemeriksaan sendiri payudara elak tahu lambat jika kanser

Pemeriksaan sendiri payudara

Kenapa doktor amat menitikberatkan wanita membuat pemeriksaan sendiri payudara mereka? Ini kerana pengesanan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa dan peratus untuk dirawat dan sembuh adalah sangat tinggi berbanding kanser diketahui apabila ia sudah melarat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, jadi ada beberapa perkara yang ibu dan wanita mesti tahu berkaitan payudara mereka. Mereka sendiri perlu mengenal payudara mereka barulah dapat mengenalpasti sebarang perubahan yang berlaku dan boleh mengubatinya lebih awal jika terdapat sebarang tanda ganjil.

Jangan takut, lebih baik anda tahu awal daripada apabila ia sudah melarat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Itu lebih menyedihkan. 

Simptom dan tanda kanser payudara yang anda perlu peka

Pemeriksaan sendiri payudara

Pakar bedah, Dr Nanda Rajanesh dalam satu artikel di ndtv.com, berkata ada beberapa cara untuk memastikan anda tidak terlepas pandang simptom kanser payudara yang mungkin muncul ketika menyusu badan. 

Cuba lihat adakah anda pernah mengalami tanda sebegini? 

#1. Mastitis

Bentuk jangkitan yang paling biasa berlaku semasa penyusuan adalah mastitis yang merupakan keradangan pada tisu payudara.

Kemungkinan penyebabnya adalah saluran susu yang tersumbat atau bakteria yang memasuki payudara dan biasanya berlaku dalam tiga bulan pertama menyusui . Tanda-tanda utama mastitis adalah rasa sakit dan ngilu pada payudara, bengkak, sakit dan demam.

#2. Invasive Ductal Carcinoma (IDC)

IDC adalah barah yang mula tumbuh di saluran susu dan menyerang melalui tisu atau lemak payudara di luar saluran. IDC adalah bentuk barah payudara yang paling biasa, mewakili 80 peratus daripada semua diagnosis kanser payudara.

Beberapa gejala untuk IDC termasuk ruam atau kemerahan pada payudara anda, bengkak di payudara anda, sakit di payudara anda, untuk beberapa tempoh. Diagnosis awal dapat membantu dalam rawatan yang berkesan dan kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi.

#3. Peka, kenal diri sendiri

Tidak ada orang lain yang memahami tubuh anda lebih baik daripada anda. Jadi anda mesti memperhatikan setiap perubahan kecil yang berlaku di dalam badan anda.

Pakar mengatakan bahawa ketulan atau benjolan yang dirasai harus periksa yang mana ia tidak boleh terlepas pandang oleh profesional. Adalah sangat penting untuk menilai dan memahami isyarat yang mungkin diberikan badan kepada anda supaya anda tahu sebarang perubahan kepadanya.

#4. Jangan abaikan sebarang cairan pelik yang keluar

Walaupun bagi ibu menyusu sesuatu cairan keluar daripada payudara adalah perkara biasa. Tetapi cairan yang berlebihan dalam jangka masa yang lebih lama perlu diambil perhatian.

Ada kemungkinan keluar cecair kekuningan yang mengeluarkan bau tidak enak, anda perlu lebih prihatin dnegan perkara itu, Pastikan anda mencuci puting payudara anda supaya tidak ada sebarang sumbatan dan sebagainya. 

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dan membuat pemeriksaan segera jika mengalami perkara itu. 

#5. Pembengkakan payudara

Pemeriksaan sendiri payudara

Adalah biasa mempunyai payudara yang besar dan penuh ketika beberapa bulan awal selepas mendapat bayi kerana kerana bekalan susu yang berlebihan pada beberapa bulan pertama menjadi ibu.

Tetapi apabila bayi telah menjalani rutin makan, tubuh anda hanya membekalkan susu sesuai dengan keperluan. Oleh itu, pembengkakan yang tidak biasa pada semua atau bahagian payudara mesti diberi perhatian.

Tidak semestinya payudara itu bengkak hanya sebab susu ya, mungkin sebab lain. Jadi sentiasalah dengan keadaan badan anda. Jika rasa tidak selesa dengan keadaan payudara sendiri, segeralah membuat pemeriksaan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: ndtv.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsakit-payudara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!