Tak Naik Berat Badan Di Awal Trimester, Ibu Jangan Terlalu Risau, Dietitian Kata Ia Normal

undefined

Penambahan berat badan ibu hamil bukanlah 100 peratus indikasi utama kehamilan yang sihat.Jangan terlalu risau jika berat tak naik pada trimester satu.

Penambahan berat badan ibu hamil bukanlah 100 peratus menandakan ia adalah kehamilan yang sihat. Sekiranya berat badan tidak bertambah atau hanya naik sedikit di awal trimester ibu tak perlu risau.

Hanya kerana tidak naik berat badan pada awal trimester, ibu-ibu ini risau dan terlalu banyak berfikir hingga mendatangkan masalah lain.

Penambahan berat badan ibu hamil bukan indikasi utama kehamilan sihat

Penambahan berat badan ibu hamil

Menurut dietitian, Fizah Sobri, ada sebabnya kenapa ibu hamil tidak perlu risau jika berat badan tidak naik atau naik hanya sedikit di awal trimester.

Katanya, kenaikan berat badan bukan indikasi utama kehamilan sihat, dan jangan risau kalau berat badan tak naik atau naik sikit terutamanya waktu trimester pertama.

Kenapa anda tak perlu risau?

#1. Tiada banyak perbezaan kalori yang diperlukan

Ketika ini, ibu hanya perlu kalori tambahan 50kcal sahaja iaitu kira-kira sebiji buah. Kata dietitioan ini, takkan berat nak naik mendadak pula pada ketika itu kan. 

Kenaikan berat badan mendadak selalunya seiring dengan kalori yang diambil tetapi sepatutnya ekstra sedikit saja. Jadi sebab itulah ibu tak perlu risau jika berat tak naik banyak.

#2. Tumbesaran bayi

Tumbesaran bayi pada waktu ini lebih kepada pembentukan organ utama (jantung, otak, tulang,tisu,otot) yang sangat sangat tittikberatkan pengambilan micronutrient yang mencukupi seperti kalsium, folic acid, zat besi dan vitamin B kompleks.

Disebabkan itu jangan skip suplemen yang diberi oleh klinik dan fokus pulak pada makan banyak. Suplement itu yang penting ketika ini kerana pembentukan janin baru terbentuk. Ketika ini bayi sebesar sebutir beras hingga sebesar seulas nangka, jadi nak tambah berat banyak mana?

Jadi fokus kepada makanan berkhasiat dan makan suplement anda.

#3. Alahan

Penambahan berat badan ibu hamil

Alahan paling teruk berlaku pada 3 bulan pertama yang menyebabkan ibu hamil boleh muntah, loya, kurang selera makan maka menyebabkan kalori yang masuk tidak banyak seperti sebelum mengandung.

Jangan fokus kepada kuantiti tapi kualiti. Makan masa tak rasa loya dan fokus sihat dan seimbang untuk dapat zat yang diperlukan. Boleh gunakan konsep suku-suku separuh.

#4. Bahaya berat naik banyak

Berat badan naik banyak bukan indikasi anak membesar dengan baik. Kalau lihat dalam gambar banyak lagi perkara yang buat ibu hamil tambah berat ketika mengandung. 

Kalau berat naik mendadak takut ia akan bawa masalah lain seperti kencing manis semasa hamil yang boleh juga menyebabkan air ketuban terlalu banyak.

Berapa berat sepatutnya naik?

Pada trimester pertama pertambahan berat badan maksimum adalah 0.5-2 kilogram. Pertambahan kalori adalah 50kcal saja. Jadi menurut dietitian hanya mitos saja kena makan untuk dua orang!

Pemakanan trimester pertama

Menurut laman babycenter.com, Dalam trimester pertama anda (4 minggu hingga 13 minggu), anda memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai, terutamanya folat, beta karotena dan vitamin A yang amat penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini.

Jika mabuk hamil membuatkan masa makan sukar ditangani, makanan-makanan yang akan dikongsikan ini adalah sumber nutrien baik yang sesuai untuk trimester pertama anda. 

Apa makanan yang sesuai untuk trimester pertama?

#1. Sup bayam, brokoli atau kacang pis

Penambahan berat badan ibu hamil

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang pis dan kubis kerinting adalah kaya dengan folat. Bungkuskan sup sayur ke tempat kerja.

Cuba guna herba dan rempah segar atau jus lemon untuk menambah perisa tanpa garam dan pilih kiub rebusan rendah garam. Jika anda membeli sup, pilih yang rendah garam.

Asid folik tambahan yang anda ambil dan makanan yang kaya dengan folat yang anda makan membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi anda.

#2. Sayur-sayuran hijau

Kukus asparagus atau brokoli dan celup dengan dadih, bawang putih dan herba, atau hummus. Ia satu snek yang kaya dengan folat dan juga mengandungi zat besi.

#3. Jenis-jenis tembikai

Cuba tembikai susu atau tembikai wangi untuk mendapatkan folat dan beta karoten. Basuh kulitnya, potong berkeping-keping dan simpan dalam peti sejuk.

#4. Limau

Limau, jus limau tulen, oren Jepun, limau tangerine atau clementine merupakan snek yang menyegarkan, dan mengandungi folat dan beta karoten.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fizah Sobri, babycenter.com

Baca juga: Tak Lalu Makan Nasi? Ini 5 Makanan Pengganti Untuk Ibu Hamil Yang Sama Khasiatnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!