Berat badan naik semasa hamil boleh beri impak pada bayi dalam kandungan!

undefined

Kenaikan berat badan semasa hamil boleh membuat bayi lahir lebih besar dari biasa dan ia meningkatkan risiko penyakit pada bayi.

Berat badan ketika hamil adalah topik yang membimbangkan pada kebanyakan ibu-ibu baru. Tapi tahukah anda, penambahan berat badan ketika hamil dan di awal kehamilan juga boleh memberi kesan pada saiz bayi?

Penambahan berat badan ketika hamil beri kesan pada saiz bayi

penambahan berat badan ketika hamil, kenaikan berat badan semaa hamil, berat badan naik awal kehamilan, berat badan naik ketika hamil, berat naik semasa hamil

Kajian terbaru mendedahkan, penambahan berat badan ketika hamil boleh menyebabkan saiz bayi yang lahir lebih besar dari biasa. Selain itu, bayi juga mempunyai risiko mengalami pelbagai masalah kesihatan apabila membesar.

Dr Ravi Retnakaran dari Hospital Gunung Sinai, Toronto, Ontario berkongsi: “Biasanya apabila hamil, kami akan fokus pada penambahan berat badan wanita. Wanita hamil perlu menimbang berat pada setiap temujanji untuk melihat berapa banyak berat yang naik.”

Penambahan berat badan ketika hamil di awal kehamilan beri lebih impak dari kenaikan berat semasa sebelum hamil

Kajian melibatkan 1164 wanita dari wilayag Liuyang di China yang baru berkahwin. Dr Retanakaran bersama kumpulannya menyimpan rekod berat badan semua peserta sebelum hamil.

Secara purata, berat badan sebelum hamil diambil 20 minggu sebelum hamil. Walaupun selepas hamil, berat badan tetap direkodkan secara berkala.

Kajian memerhatikan yang kandungan wanita dan penambahan berat badan di awal kehamilan sehingga 18 minggu dikaitkan dengan berat badan bayi ketika lahir.

Jadi, jika seorang wanita naik berat sebanyak 1 kilo sebelum 14 minggu, berat badan bayi ketika lahir naik sebanyak 13.6 gram.

Pada masa yang sama, kenaikan berat di antara minggu ke 14 dan 18 meningkatkan berat bayi lahir kepada 26.1 gram. Kenaikan berat selepas 18 minggu tidak menunjukkan sebarang kesan pada saiz bayi baru lahir.

Penambahan berat badan ketika hamil: Mengapa ia memberi kesan pada berat badan bayi?

penambahan berat badan ketika hamil, kenaikan berat badan semaa hamil, berat badan naik awal kehamilan, berat badan naik ketika hamil, berat naik semasa hamil

Pada awal kehamilan, janin membesar secara perlahan. Jadi, setiap kenaikan berat badan keseluruhannya berkait dengan badan ibu hamil. Kenaikan berat semasa awal kehamilan mendedahkan bayi pada nutrisi tenaga padat ibu iaitu glukosa dan asid amino.

Ini memberi kesan pada perkembangan bayi dan meletakkan risiko masalah metabolik pada bayi. Dr Retnakaran dan pasukannya mendapati diet dan aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar daripada biasa.

Penambahan berat badan ketika hamil: Bagaimana ibu boleh kekal sihat?

  • Berat badan yang ideal semasa hamil: Sepanjang kehamilan, berat badan wanita hamil biasanya bertambah dalam lingkungan 11.5 ke 16kg.
  • 16kg dibahagikan dengan cara berikut:
  1. Berat bayi: 3.5kg
  2. Berat uri: 1 ke 1.5kg
  3. Cecair amniotik: 1 ke 1.5kg
  4. Tisu payudara: 1 ke 1.5kg
  5. Bekalan darah: 2kg
  6. Lemak: 4kg
  7. Pertumbuhan rahim: 2.5kg
  • Makan dengan sihat: Makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia penuh dengan vitamin tapi rendah kalori dan lemak. Anda juga boleh makan roti gandum penuh, biskut dan bijirin. Bila anda perlukan produk susu setiap hari ketika hamil, anda boleh tetapkan kepada 4 hidangan sehari.
  • Selain itu, anda juga perlu mengelak gula tiruan, gula tambahan, sirap jagung, minuman manis, makanan ringan dan makanan tidak sihat yang lain.
  • Senaman: Berjalan dan berenang adalah senaman selamat untuk ibu hamil. Anda jga boleh minta nasihat doktor tentang senaman yang anda boleh ikut semasa hamil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-kandungan-bermasalah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!