3 Tanda-Tanda Yang Mungkin Ada Pada Pencabul Kanak-Kanak

3 Tanda-Tanda Yang Mungkin Ada Pada Pencabul Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang dicabul mungkin akan mendiamkan diri. Sebab itulah ibu bapa harus lebih peka dengan 3 tanda-tanda ini untuk mengesan pencabul kanak-kanak!

Banyak pencabul kanak-kanak berleluasa di luar!

Sedih untuk diungkapkan, namun ianya kenyataan.

Kes pencabulan kanak-kanak bawah umur semakin menjadi-jadi sekarang dan ini menjadikan ibu bapa sangat paranoia.

Mungkin perkongsian ini dapat membantu ibu bapa untuk jadi lebih berhati-hati dengan mengenali tanda-tanda yang mungkin ada pada pencabul kanak-kanak.

Laporan oleh Institut Kajian dan Pencegahan Pencabulan Kanak-Kanak menyatakan dalam 10 kanak-kanak perempuan, dua adalah mangsa pencabulan.

Dan bagi setiap 10 kanak-kanak lelaki, seorang adalah mangsa pencabulan.

Kanak-kanak yang dicabul memilih untuk mendiamkan diri

Malangnya, kanak-kanak yang menjadi mangsa ini tidak akan memberitahu sesiapa tentang apa yang telah berlaku kepada mereka.

Ini kerana, kebanyakan pencabul kanak-kanak sangat pandai memujuk rayu kanak-kanak untuk mendiamkan diri.

Bahkan, mereka juga kadang-kala mengugut kanak-kanak ini supaya tidak membuka mulut!

Di sebabkan itulah, ibu bapa harus lebih cakna dan prihatin untuk mengenali tanda-tanda yang mungkin ada pada seorang pencabul.

Kami di theAsianparent ingin membantu anda dan berikut adalah 3 tanda yang selalunya ada pada pencabul kanak-kanak:

1 – Terlalu rapat/tertarik dengan kanak-kanak

pencabul kanak-kanak

Pencabul kanak-kanak akan mudah tertarik dan suka mendekati kanak-kanak

Kajian menunjukkan yang hampir 47% pencabulan kanak-kanak melibatkan pemangsa yang mengenali mangsa mereka. 

Ini bermaksud pencabul adalah ahli keluarga, kenalan rapat atau mungkin juga ahli keluarga penjaga dan pengasuh!

Satu tanda yang ibu bapa boleh lihat pada seseorang pencabul ialah mereka lebih cenderung tertarik atau rapat dengan seorang kanak-kanak. 

Pemangsa akan cenderung untuk memberi hadiah atau membawa berjalan. Dia akan membuat kanak-kanak yang diminatinya rasa lebih istimewa bersama mereka.

2 – Perubahan tingkah laku anak
pencabul kanak-kanak

Lihat perubahan sikap anak anda. Ada petanda mereka mungkin telah didekati pencabul kanak-kanak!

Perubahan tingkah laku anak anda secara tiba-tiba juga adalah tanda yang jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Pencabul atau pedofil sangat bijak memanipulasi kanak-kanak. Ia hingga menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menceritakan kepada ahli keluarga tentang apa yang terjadi.

Apabila dicabul, kanak-kanak lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan menjauhkan diri dari orang lain.

Mereka akan lebih gemar berada dekat dengan pencabulannya. Atau kadang-kala akan menyorokkan diri dari pencabulnya kerana terlalu takut.

3 – Menjauhi orang dewasa 

3 Tanda-Tanda Yang Mungkin Ada Pada Pencabul Kanak-Kanak

Satu lagi tanda yang ketara yang boleh dikesan ibu bapa ialah pencabul akan menjauhi orang dewasa yang lain.

Ini kerana mereka tidak selesa berada di antara orang dewasa lain.  Mereka hanya selesa berada di antara kanak-kanak yang jarak umur jauh dari mereka.

Jadi, berhati-hatilah ibu bapa semua. Mari kita elakkan daripada pelbagai perkara buruk terjadi pada anak-anak kita.

Anak-anak adalah tanggungjawab kita. Lindungi mereka daripada penderaan seksual. Lindungi mereka daripada pencabul kanak-kanak!

Sumber: Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca jugaLindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual! 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner