Bapa Kantoi Ketagih Cium, Jilat Seluar Dalam Anak 14 Tahun, Atas Alasan Isteri 'Busy'

lead image

Dia menyalahkan isteri yang kurang memberi layanan hingga bapa ini ketagih suka mencium dan menjilat seluar dalam anak. Namun, persoalannya adakah dia sudah 'menyentuh' darah dagingnya sendiri?

Kes pencabulan anak dan pedophilia semakin membimbangkan masyarakat. Bayangkan dengan sekeping gambar sahaja, lelaki tua boleh berimaginasi yang bukan-bukan tentang tubuh seorang kanak-kanak yang masih belum cukup umur!

Contohnya seperti perkongsian aktivis Syed Azmi yang menulis tentang ketagihan seorang bapa yang “kantoi” suka mencium dan menjilat seluar dalam anak gadisnya.

Menurut Syed Azmi, kawannya menerima panggilan dari seorang lelaki tua yang mendapat nombor telefonnya daripada seorang kenalan yang pernah mendapat khidmat nasihat dari farmasinya.

Pada mulanya, lelaki tua itu yang membahasakan dirinya pakcik agak malu-malu untuk memulakan perbualan hingga membuatkan kawan Syed Azmi itu hampir pasti ia tentu berkaitan dengan hubungan kelamin.

Namun sangkaannya meleset kerana pakcik itu bertanyakan tentang anak perempuannya yang berumur 14 tahun. 

Kes pencabulan anak, tahu seluar dalam anak ada lendir cair 

cabul anak

Menurut pakcik itu, sejak kebelakangan ini dia mendapati seluar dalam anaknya banyak lendir cair, lalu dia bertanya, adakah ia normal? Yang aneh dan peliknya, bagaimana lelaki tua itu boleh tahu berkenaan seluar dalam anaknya. Aneh, kan?

Pakcik itu menambah, selama ini dia memang selalu tengok seluar dalam anaknya hampir setiap hari. Maka dia beranggapan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya kerana lendir yang keluar berbeza dari kebiasaan.

Mengaku ketagih mencium dan menjilat seluar dalam anaknya

Kemudian, kawan Syed Azmi bertanyakan di manakah isterinya dan mengapa dia pula yang bertanyakan hal tersebut terutama perkara sensitif yang melibatkan anak gadis yang masih dara.

Namun, segalanya terbongkar satu persatu apabila pakcik itu mengakui ketagih mencium dan menjilat seluar dalam anaknya. Kegiatan ini dilakukan tanpa pengetahuan isteri dan anak merelakannya.

Setelah talian diputuskan, Syed mengesyaki tujuan soalan itu diajukan mungkin pakcik itu risau jika anaknya mengandung benihnya sendiri!

Isteri tak dapat puaskan nafsu suami

Pakcik itu turut mengatakan, isterinya tidak dapat memuaskan nafsunya kerana sibuk bekerja menolong kawan menjual kuih bermula 10 pagi hingga 5 petang. Sedangkan dia perlu dilayani tiga kali sehari.

Manakala dia pula hanya mengikut kawan bawa lori dua hari sekali. Sebab itu dia ada banyak masa untuk menonton video pornografi!

Keadaan lebih buruk apabila anaknya juga seolah-olah merelakan untuk memberi seluar dalam kepada ayahnya kerana jika dalam sehari si bapa itu tidak minta seluar dalamnya, dia pula yang akan pergi bertanya.

Malah sejak kebelakangan ini, seluar tidur anaknya selalu basah dengan air mazi kerana anaknya juga ketagih menonton video porno dan telefon bimbitnya ada 250 video lucah. Malah dia yakin anaknya ada berbuat sesuatu pada dirinya sendiri.

Kemudiannya, pakcik itu bertanya lagi pada Syed, bolehkah anaknya hamil jika memakai semula seluar dalam yang dipenuhi air mani ayahnya.

Pakcik itu memberitahu selepas melancap, seluar dalam yang ada air mani itu diletakkan semula atas katil anaknya supaya si anak dapat melihatnya. Tapi untuk apa nak tengok?

Katanya lagi, dia rasa bangga bila anak gadisnya itu dapat lihat yang dia ada banyak air mani dan dia juga tahu anaknya memakai semula seluar dalam itu.

Tak cukup dengan itu saja, bapa ini juga tahu tabiat anaknya yang suka melondehkan seluar jeans beserta dengan seluar dalam. Di akhir cerita, dia risau jika dia ‘terusik’ anak gadisnya itu.

Ya Tuhan, mengucap panjang membaca perkongsian ini… Apa yang boleh kita lakukan, wahai ibu ayah?

Cara menangani pencabulan anak atau kejadian rogol 

kes cabul

1. Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman supaya tidak terdedah dengan bahaya rogol.
2. Memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga tubuh badan agar tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak.
3. Memberi pendidikan agama tentang kemudaratan persetubuhan haram.
4. Memantau pergaulan anak-anak dan pastikan ia tidak melebihi batas.
5. Tidak mempercayai janji-janji bomoh yang mungkin berniat untuk menipu.
6. Tidak mudah menyerah kehormatan diri pada pasangan yang belum berkahwin.
7. Jangan mengikut pelawaan orang yang tak dikenali.
8. Semak kad kuasa seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum ikut arahan mereka.
9. Elakkan berjalan sendirian di lorong-lorong sunyi.
10. Waspada dengan orang sekeliling terutama mereka yang mencurigakan.
11. Semasa menggunakan kenderaan awam pastikan pemandu tersebut tidak mencurigakan dan ada penumpang wanita yang lain bersama anda. 

*****

Justeru, kami berharap lelaki tua ini insaf dengan perilaku buruknya itu dan meninggalkan tabiat negatif yang suka menonton pornografi dan mencium seluar dalam anak itu. Diharap pihak berwajib boleh membantu keluarga ini. 

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: World of buzz 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Bapa setan sengaja rogol anak gadis sendiri hingga HAMIL mengaku tak bersalah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner