Cara Pendaftaran Tahun 1 Online Untuk Parents Mohon Sekolah Anak

lead image

Anak masuk darjah 1 tahun depan? Kaedah pendaftaran tahun 1 anak kini lebih mudah kerana anda hanya perlu isi borang dan maklumat berkaitan anak secara online, seperti ini!

Selepas tamatnya pra sekolah atau tadika, ibu bapa bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun akan mula sibuk membuat permohonan pendaftaran tahun 1 bagi sesi persekolahan 2019/2020. 

Perhatian: ibu bapa atau penjaga yang ada anak lahir pada tahun 2012 dan 2013 wajib semak cara pendaftaran tahun 1 online seperti yang dilaksanakan sekarang ini.

Permohonan pendaftaran tahun 1 secara online telah dilakukan sejak Mac hingga April 2018 lalu untuk sekolah kerajaan di Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Adakah anda sudah melakukannya? Jika belum, jom kami ajar bagaimana anda boleh melakukannya.

Murid yang layak membuat pendaftaran tahun 1 sesi persekolahan 2019/2020

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/PERMOHONAN MURID TAHUN 1 2019 2020 ONLINE.jpg Cara Pendaftaran Tahun 1 Online Untuk Parents Mohon Sekolah Anak

Kanak-kanak yang layak adalah warganegara Malaysia yang lahir pada tahun berikut:

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (untuk sesi persekolahan 2019) 
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (untuk sesi persekolahan 2020) 

Cara mendaftar tahun 1 sesi persekolahan 2019/2020 secara ONLINE 

#1. Isi borong online 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sesi persekolahan anak.jpg Cara Pendaftaran Tahun 1 Online Untuk Parents Mohon Sekolah Anak

Borang tersebut boleh didapati di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pautan https://public.moe.gov.my/.

Cara-caranya:

  • Layari laman SPATKPM
  • Untuk pengguna sedia ada, log in nombor kad pengenalan dan kata laluan. 
  • Bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar di “daftar pengguna”
  • Maklumat yang perlu diisi adalah seperti prasekolah/tadika, profil kesihatan anak dan rekod imunisasi. 

#2. Cetak borang permohonan 

Borang permohonan yang sudah berjaya diisi harus dicetak bagi mendapatkan pengesahan sekolah.

Ibu bapa juga perlu membawa borang cetakan tersebut ke sekolah yang dimohon bagi mendapatkan pengesahan atau perakuan permohonan selepas 14 hari borang tersebut diisi. 

#3. Dokumen yang perlu dibawa ketika ke sekolah untuk pengesahan 

Pastikan semua dokumen ini lengkap dan tersusun dengan kemas supaya memudahkan proses pengesahan dilakukan. Antara yang perlu dibawa seperti berikut: 

  1. Sijil lahir kanak-kanak tersebut (asal dan salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga (asal dan salinan)
  3. Surat nikah atau surat cerai (asal dan salinan)
  4. Salinan bil air, elektrik atau cukai pintu untuk bukti alamat tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard bersama stem. (Saiz dan harga stem ditentukan oleh sekolah yang dipohon)
  6. Laporan kesihatan atau kad OKU (jika berkaitan) 
  7. Borong persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi 

#4. Semakan permohonan sekolah tahun 1 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Untitled.jpg Cara Pendaftaran Tahun 1 Online Untuk Parents Mohon Sekolah Anak

Keputusan permohonan pendaftaran tahun 1 akan diumumkan pada bulan Julai/Ogos (tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh di buat pada pautan SPATKPM. 

Bagi yang berjaya, pihak sekolah akan hantar surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Manakala yang kurang bernasib baik boleh membuat rayuan semula di pautan yang sama dan tarikh akan diberitahu kemudian.

Pertanyaan dan maklumat lanjut 

Sebarang masalah dan maklumat lanjut anda boleh E-mel : [email protected] 

Jika terdapat masalah teknikal boleh juga hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Putrajaya atau emel [email protected].gov.my 

Kongsikan artikel ini bersama dengan ibu bapa lain yang ada anak tahun satu bagi sesi persekolahan 2019/2020.  

Jika anda sudah tahu penempatan sekolah anak dan berjaya mendapat sekolah yang dipilih, semak semua dokumen yang disenaraikan tadi sebelum menghantar anak ke sekolah. 

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau, permohonan.my 

Baca juga:

Tahun depan anak masuk darjah satu? Ibu bapa WAJIB tahu 10 tips ini dulu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!