Nak cegah penderaan seksual pada kanak-kanak bermula dari rumah - parents buat tak langkah ini?

lead image

Penderaan seksual kanak-kanak adalah perkara yang kita ingin diberitahu oleh anak jika mereka mengalaminya. Lakukan cara ini untuk lindungi mereka.

Sebagai ibu bapa, kalau boleh kita tak nak fikir tentang isu penderaan seksual kanak-kanak. Ini sebab kita tak dapat dan tak mahu membayangkan perkara ini berlaku pada anak-anak kita.

Tapi, pendidikan tentang isu ini adalah sangat penting. Terlalu banyak cerita dan berita tentang betapa mudahnya pedofil melakukan penderaan seksual pada kanak-kanak lebih-lebih lagi di usia berteknologi ini.

Sebelum teknologi menjadi begitu canggih, satu-satunya cara pemangsa dapat mensasar mangsa adalah dengan mengenali mereka secara dekat, face-to-face.

Sekarang, dengan wujudnya internet dan lambakan ruang sembang alam maya yang senang diakses kanak-kanak, pemangsa lebih mudah untuk menjadikan anak-anak kita sebagai mangsa.

Laporan juga menunjukkan ramai orang yang tak dikenali menggunakan gambar kanak-kanan untuk tujuan yang tak baik.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/10/child sexual abuse 2.jpg Nak cegah penderaan seksual pada kanak kanak bermula dari rumah   parents buat tak langkah ini?

Jika anda ingat pedofil yang paling ramai adalah dikalangan orang yang tak dikenali, anda perlu fikir semula.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Mangsa Jenayah Negara di Washington, pemangsa selalunya di kalangan orang yang sangat dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak.

Apa itu penderaan seksual kanak-kanak?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penderaan seksual kanak-kanak adalah “apabila seorang kanak-kanak atau remaja digunakan untuk mencapai kepuasan seks dan seringkali kanak-kanak atau remaja tak faham tentang situasi ini atau tak dapat menghalang/mengelak dari situasi tersebut.”

Penderaan seksual termasuk pendedahan kepada kelakuan tak senonoh dan tak sopan, pornografi, sentuhan di payudara, kemaluan, atau melancap dan semua jenis kelakuan seks termasuk oral, faraj dan dubur.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/10/child sexual abuse 1.jpg Nak cegah penderaan seksual pada kanak kanak bermula dari rumah   parents buat tak langkah ini?

Jangan ambil ringan kesan penderaan seksual kanak-kanak

Kesan penderaan pada kanak-kanak boleh memberi implikasi serta- merta atau jangka panjang pada tahap fizikal, emosi dah psikologi.

Biasanya kita sukar untuk tahu dan sedar jika seorang kanak-kanak telah didera secara seksual. Ini kerana penderaan seksual biasanya berlaku secara rahsia, atau anak itu, lebih-lebih lagi yang masih sangat kecil, tak sedar yang mereka sedang didera.

Kanak-kanak biasanya tak akan beritahu kita jika ada sesuatu yang mengganggu mereka. Oleh itu, kita perlu memerhatikan perubahan pada sikap anak yang mungkin menunjukkan tanda penderaan seksual.

Berikut adalah beberapa tanda penderaan seksual pada anak yang boleh anda perhatikan:

  • Perubahan sikap seperti cepat marah, menangis atau menyendiri
  • Tekanan dan depresi meningkat
  • Takut ketika berseorangan dengan seseorang
  • Menunjukkan sikap yang tidak sesuai dengan umur atau tahu tentang bahasa atau perbuatan seksual

Simptom jangka panjang yang boleh berkekalan hingga meningkat dewasa adalah:

  • Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)
  • Depresi dan keinginan untuk membunuh diri
  • Masalah dan tekanan seksual
  • Bermasalah dalam berhubungan
  • Kurang keyakinan diri dan tak menjaga penampilan diri
  • Ketagih dadah atau alkohol, suka mencederakan diri sendiri dan gangguan makan

Salah satu cara untuk mencegah penderaan seksual pada kanak-kanak adalah meningkatkan kesedaran dan menyiapkan anak anda dengan skil melindung diri.

Penderaan seksual kanak-kanak: Bagaimana nak bercakap dengan anak tentang penderaan seksual?

Dalam artikel untuk Huffington Post, Mary L. Pulido, Pengarah Eksekutif Masyarakat New York dari Jabatan Pencegahan Kekejaman Terhadap Kanak-Kanak berkata, ibu bapa perlu mula mendidik anak-anak tentang penderaan seksual dan bagaimana mereka boleh melindungi diri mereka seawal yang mungkin.

Salah satu cara yang anda boleh lakukan dari awal adalah dengan merujuk bahagian peribadi anak anda dengan anatomi yang betul: zakar, faraj, punggung dan payudara.

Jika anda tak selesa, anda boleh rujuk sebagai “bahagian peribadi/sulit”. Ini akan memudahkan anda untuk bercakap tentang cara untuk melindungi diri mereka dari pemangsa bila tiba masa yang sesuai.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/10/BodySafety Poster.jpg Nak cegah penderaan seksual pada kanak kanak bermula dari rumah   parents buat tak langkah ini?

Penderaan seksual kanak-kanak: Apa beza sentuhan selamat dan tidak selamat?

Dalam artikel yang sama, Mary mencadangkan untuk bercakap dengan anak tentang sentuhan selamat/tak selamat.

Sentuhan selamat seperti ibu mandikan atau ayah tukar pampers. Kemudian beralih pada sentuhan tak selamat dengan menggunakan dialog yang dicadangkan oleh Mary.

“Kalau ada orang, walaupun orang yang adik (atau nama panggilan anak yang lain) kenal, cuba sentuh bahagian peribadi adik, dan sentuhan tu buat adik rasa sedih, marah, keliru atau tak selesa. Itu bukan sentuhan yang selamat.

Orang ini mungkin akan cakap yang dia tengah main dengan adik, atau ni permainan baru atau adik akan suka bila mereka sentuh.”

Selepas ini, beritahu anak yang mereka perlu beritahu anda atau orang dewasa lain yang mereka percaya jika perkara begini berlaku pasa mereka.

Anda juga perlu beritahu mereka ini, jika pemangsa ini suruh mereka simpan rahsia:

“Walaupun orang yang sentuh adik suruh adik rahsiakan dari ibu atau ayah, dan kalau dia beritahu yang dia akan marah atau sakitkan adik atauorang yang adik sayang, perkara itu tak penting.

Apa yang dia buat salah dan ia bukan salah adik. Adik tak boleh rahsiakan tau. Adik kena beritahu ibu terus. Ibu janji ibu akan buat segalanya untuk pastikan adik selamat.”

Penting untuk anda beritahu anak yang ia bukan salah mereka.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/10/child sexual abuse 3.jpg Nak cegah penderaan seksual pada kanak kanak bermula dari rumah   parents buat tak langkah ini?

Tip tambahan:

  • Beritahu anak dari kecil yang tubuh badan mereka adalah milik mereka. Beritahu mereka yang mereka boleh cakap “tidak“kepada orang dewasa yang buat mereka rasa tak selesa.
  • Walaupun budaya mengajar kita untuk hormat orang yang lebih tua, ajar anak yang hormat dan turut adalah dua perkara yang berbeza. Beritahu anak , jika orang dewasa termasuk ahli keluarga menyuruh mereka melakukan sesuatu yang merka tak selesa, tak apa untuk kata “tak nak”.
  • Jangan paksa anak anda untuk mencium atau memeluk saudara, rakan atau kenalan anda.
  • Luangkan masa untuk bercakap dengan anak anda tentang hari mereka. Tanyakan soalan seperti “Ada apa-apa yang adik nak cakapkan?” berbanding “bagaimana hari adik?” untuk memberi anak peluang bercakap tentang perkara yang mereka bimbangkan atau yang mereka ingin tahu.
  • Pastikana nak anda melayari internet di tempat yang anda boleh pantau dan halang mereka dari masuk ke mana-mana laman berbual di internet.

Penderaan seksual kanak-kanak: Apa yang anda perlu lakukan jika anak anda mengalami penderaan seksual?

Ibu ayah, jika anda rasa anak anda mengalami penderaan seksual, anda perlu kekal tenang dan pastikan anak anda tahu yang anda percayakan mereka dan beritau ini bukan salahnya.

Bawa anak anda ke hospital untuk lakukan pemeriksaan kesihatan dan buat laporan polis.

Pendidikan dan kesedaran tentang penderaan seksual kanak-kanak adalah dua perkara penting yang anda perlu lakukan sebagai cara untuk anak anda melindungi mereka dari penderaan seksual.

Sebarkan perkara ini untuk cegah penderaan seksual kanak-kanak yang masih berlaku ini!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Pedofilia makin mengganas, gambar seks dengan budak disebar ke group whatsapp!