7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

lead image

Pendidikan seks penting untuk mengajar anak kita tentang diri mereka malah melindungi diri mereka sendiri dari gangguan seksual. Ini antara 7 tips cara mendidik anak tentang seks menurut Islam.

Pendidikan seks masih menjadi satu subjek tabu bagi ibu bapa di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang beragama Islam. Hal ini tak sepatutnya berlaku.

Malah, seorang sarjana Islam terkenal, Imam Al-Ghazali juga telah menulis beberapa teks tentang seks dalam Islam.

Beberapa bukunya menyebut tentang topik ini seperti, Perkahwinan dan Seksualiti dalam Islam.

src=https://66.media.tumblr.com/33fbae1c480e039268ec4534c4a6f774/tumblr pd2e3d3PhI1woj0mjo1 500.jpg 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Jika seseorang seperti Al-Ghazali yang dipanggil sebagai “bukti agama Islam” boleh bercakap tentang subjek ini secara terang-terangan, mungkin inilah masanya untuk kita sebagai Muslim melihat subjek pendidikan seks ini dengan lebih mendalam lagi.

Sampai bila kita perlu mengelak dari bercakap tentang seks dan hanya berharap anak kita tak akan bertanyakan soalan ini?

Jadi, persiapkan diri anda dari sekarang dengan 7 tip pendidikan seks untuk anak menurut Islam ini.

7 tip pendidikan seks untuk anak menurut Islam

Anda boleh mula menerapkan pendidikan seks dalam Islam ini bermula dari anak kecil lagi.

Ikuti tip dari Zulia Ilmawati, seorang pakar psikologi masalah anak dan remaja dalam penulisannya yang berjudul Pendidikan Seks Untuk Anak-Anak ini:

1. Tanamkan rasa malu dalam diri anak-anak

Anda perlu menanamkan rasa malu dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Jangan biasakan anak bertelanjang depan orang seperti selepas mandi, menukar baju dan sebagainya.

2. Mengasingkan tempat tidur mereka

src=https://i.dailymail.co.uk/i/pix/2018/01/26/17/489BC23E00000578 0 image a 5 1516988178827.jpg 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Apabila umur anak masuk 7 ke 10 tahun, anak akan mengalami perkembangan yang cepat. Mereka akan mula meneroka dunia luar.

Mereka bukan saja berfikir tentang diri sendiri, malah mereka juga akan penuh dengan rasa ingin tahu tentang perkara yang berbeza dengan diri mereka.

Asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan seawal usia ini supaya mereka tahu tantang perbezaan dan perbatasan antara lelaki dan perempuan.

3. Menjaga kebersihan alat sulit

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/11/bath 664062 960 720.jpg 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Ajar anak tentang menjaga kebersihan alat sulit mereka agar sentiasa bersih. Biasakan mereka untuk membuang air dengan betul.

Dengan cara ini, anda dapat mendidik anak untuk berdikari, menjaga kebersihan dan berdisiplin serta pandai menguasai diri sendiri semasa melakukan hadas.

4. Kenal dengan mahram mereka

Menurut Islam, perempuan tak boleh menikahi lelaki mahramnya. Jadi, kenalkan anak anda tentang mahram mereka supaya mereka boleh menjaga pergaulan seharian mereka dan mereka tahu dengan siapa mereka perlu menjaga batas pergaulan.

5. Menjaga pandangan mata

src=http://repository.mysalaam.com/images/iep/galleries/images/original/201606130204202222.jpg 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk tertarik dengan jantina lawan mereka. Tapi, fitrah ini perlu dijaga untuk mengelakkan dari perkara buruk terjadi.

Malah, dalam Al-Quran, Allah menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan mereka dulu sebelum menyuruh wanita untuk menutup aurat.

6. Mendidik anak untuk tidak berkhalwat

Khalwat adalah apabila lelaki dan wanita yang bukan mahram duduk berdua di satu tempat.

Jadi, didik anak anda dari kecil untuk tak melakukan khalwat bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku kerana sesungguhnya orang ketiga adalah syaitan.

7. Ihtilâm dan haid

Ihtilâm adalah tanda anak lelaki baligh dan haid adalah tanda baligh bagi anak perempuan.

Jadi, persiapkan anak anda dengan ilmu yang perlu mereka lakukan selepas akil baligh seperti mandi wajib dan menjaga kelakuan mereka.

Semoga info ini bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga: 

4000 remaja bawah umur hamil anak luar nikah setiap tahun! Apa kita boleh buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!