Pengakuan Jujur Seorang Lelaki Tentang Wanita Yang Memberi Susu Badan

lead image

Hal susu badan sudah jadi perkara biasa di kalangan wanita di luar sana. Tapi apa pandangan lelaki tentang hal ini? Jom bongkarkan rahsia apa pandangan mereka!

Sebagai seorang wanita, kita memang perlu ambil tahu tentang susu badan kerana tugas untuk menyusu bayi baru lahir. Mungkin sesetengah wanita tidak memberi susu badan, tapi topik tentang ia dianggap sebagai pengetahuan am.

Tapi bagaimana dengan lelaki? Apa pandangan mereka tentang hal ini? Saya telah terjumpa sebuah pengakuan jujur dari seorang lelaki yang amat lucu!

Pengakuan ini ditulis oleh Clint Edwards, pengarang buku keibubapaan yang bertajuk Why We Can't Have Nice Things dan No Idea What I'm Doing. Pengakuan yang ditulis beliau amat bernas dan membuka persepsi baru. Jom ketahui apa pengakuan jujur seorang lelaki tentang wanita yang menyusu badan!

Edwards memiliki 3 orang anak. Dua bayi pertamanya tidak minum susu badan atas sebab-sebab tertentu. Namun bayi ketiganya, Aspen minum susu badan.

Setelah melihat dengan sendiri akan keperitan dan kesukaran proses menyusu, Edwards mengambil keputusan untuk menulis pengakuan ini bagi membuka mata semua lelaki di luar sana. Sepanjang tempoh memerhati isteri tercinta memberi susu badan pada Aspen, Edwards belajar pelbagai perkara. Antaranya:

1. Susu kadang-kadang bocor

Power betul payudara seorang ibu ini! Apabila bayi menangis, susu dari payudara isteri saya terus menitis. Lelaki mana ada kuasa begitu! Sungguh berharga badan seorang wanita. Badan mereka boleh menyesuaikan diri secara fizikal dan emosional dengan anak!

2. Payudara sentiasa terdedah di rumah, tapi bukan untuk saya (hehehe)

Dulu, saya dan isteri pernah menguji anak kami lebih menyayangi siapa. Saya atau isteri. Jadi, bila Aspen sudah boleh merangkak, kami sengaja panggil dia. Aspen mula merangkak ke arah saya. Tapi bila isteri membuka bajunya, Aspen terus menukar arah! Dia menuju ke arah isteri saya...

Isteri saya bukan tandingan. Dan payudara itu sentiasa terdedah di rumah, tapi bukan untuk saya. Ia lebih praktikal dan amat berguna dalam kehidupan ini. Dan saya tak kisah, janji dapat lihat anak-anak saya kenyang!

3. Menyusu badan buat bayi benci saya

Dalam tempoh tiga bulan pertama (selepas kelahiran Aspen), saya tidak berguna. Saya dibenci. Aspen akan menangis jika saya melihatnya terlalu lama. Saya langsung tak boleh mendukungnya! Adakah sebab saya tak ada payudara untuk menyusu? Diskriminasi...

4. Puting merumitkan...

Puting luka, krim puting, pelindung puting, penegang puting, T-shirt yang mendedahkan puting, puting tersembunyi... banyaknya! Saya tak boleh ikut lagi. Banyak benda tentang puting yang merumitkan.

5. Payudara semakin besar apabila penuh dengan susu

Ini memang jelas. Payudara isteri saya semakin membesar. Tapi saya takut ingin pegang, kerana tak mahu susu terpercik ke muka! Hehehe...

6. Saya rasa tidak berguna!

Pertama kali saya keseorangan di rumah dengan semua anak-anak, Aspen terjaga dari tidur. Dia terus menangis dan cuba menyelak bicep saya. Saya rasa tak berguna sangat! Dan buat pertama kali dalam hidup ini... saya teringin nak ada set payudara sendiri :(

7. Cemburu

Saya suka menggomol anak-anak kami. Dulu dengan dua anak saya, saya boleh menggomol mereka ketika memberi susu botol. Tapi dengan Aspen tak boleh! Aspen tak mahu menggomol saya. Tapi bila isteri memberi susu badan, dia sempat menggomol Aspen. Saya cemburu...

8. Wanita yang menyusu anak akan selalu bercakap tentang susu badan

Isteri saya selalu bersembang dengan rakan-rakannya tentang strategi menyusu badan, produk perlindungan dan sebagainya. Topik susu badan jadi topik utama ketika makan malam. Mula-mula, saya rasa janggal juga.

Tapi setelah meluangkan masa selama beberapa tahun melihat isteri saya menjadi seorang ibu yang memberi susu badan, saya sudah masak. Saya bersyukur saya dikurniakan seorang isteri yang mencuba seada-upayanya untuk memberi makan pada anak-anak kami.

9. Beri susu badan di tempat awam adalah kontroversi

Pertama kali isteri saya beri susu badan pada Aspen ketika kami keluar makan malam, semua mata memandang pelik ke arah isteri saya. Seolah-olah Mel sedang buang air besar. Sedangkan Mel memakai pakaian yang terlindung! Tak nampak apa-apa!

Sudah-sudahlah. Tiada apa yang seksual tentang proses menyusu badan pun. Bila saya teringat bagaimana sukar isteri saya cuba menghasilkan susu badan, saya ingin tumbuk semua mulut yang asyik mengata!

Saya dan isteri sudah berkahwin selama lebih daripada 10 tahun. Saya nampak segala pengorbanan isteri yakni ibu kepada anak-anak saya ini. Satu perkara yang pasti - saya hormat isteri saya - dan semua ibu di luar sana. Kalian sungguh kuat! 

 

Sumber rujukan: Clint Edwards