Lepas bersalin, hilangnya dosa ibu tersebut seperti sesuci bayi - ini buktinya!

lead image

Melihat saja wajah bayi yang dilahirkan, hilang segala kesakitan yang ditanggung. Inilah antara kesengsaraan insan bergelar ibu yang sanggup berkorban nyawa melahirkan anak..

Betapa beruntungnya seorang wanita apabila mengalami pengalaman bersalin. Bahkan, ganjaran dan kemuliaan ibu yang bersalin cukup tinggi di sisi Tuhan. 

Setelah mengandung selama sembilan bulan, kini, ibu selamat melahirkan seorang bayi comel yang sudah cukup melengkapkan kehidupan suami isteri. 

Namun, setiap pengalaman bersalin adalah berbeza-beza. Ada yang mudah dan ada yang sedikit sukar.

Malah pelbagai cabaran yang harus ditempuhi ibu sebelum dapat menatap wajah bayi yang dikandung selama ini. Jom kita ikuti perkongsian tiga ibu ini berdasarkan pengalaman bersalin mereka.

3 pengalaman bersalin yang dihadapi ibu

#1. Pengalaman bersalin: Proses episiotomi terlalu lama 

pengalaman bersalin, pengalaman bersalin normal, pengalaman bersalin czer, pengalaman jadi ibu, pengalaman menyusukan, pengalaman bersalin ibu muda, pengalaman bersalin anak sulung, pengalaman bersalin normal pertama kali, pengalaman bersalin pertama kali, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman

Menurut Noor Ayuni Awang, 22, beliau selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada jam 1.28 petang.

“Saya mula masuk wad pada 5 Ogos 2017 sebab air ketuban pecah pada pagi itu. Tapi langsung tak rasa sakit. Masa doktor cek bukaan baru 2 cm. Disebabkan itu saya ditahan dan tak dibenarkan pulang.

Hari keesokannya, 6 Ogos 2017, sekali lagi doktor cek bukaan. Masa itu 3 cm. Tapi agak lambat bukaan jalan saya dan doktor pun bimbang dan risau bayi lemas. Namun, saya tetap tidak rasai sebarang kontraksi.

Kemudian pada pagi 7 Ogos 2017, selepas sarapan, saya ditolak ke Labor room (LR) dan dimasukkan ubat untuk cepatkan proses bersalin. 

Selepas itu, bermula dari pukul 9 hingga 11 pagi, saya hanya melayan rasa sakit kontraksi. Sakitnya seperti kadang kadang sakit, kadang kadang hilang.

Sehingga jam 12 tengah hari, kontraksi semakin kuat seakan-akan baby sudah nak keluar. Meraung juga masa itu sebab tak tertenggung rasa sakit.;Kemudian, semasa doktor nak cek jalan, saya rasa tak tahan sakit terus terteran baby. Nasib baik sempat sambut.

>Alhamdulillah, suami ada sepanjang proses bersalin. Jam empat petang baru saya keluar dari LR sebab proses episiotomi agak lama kerana banyak koyak.

Manakala baby pula dimasukkan ke wad sebab lahir tak cukup bulan kerana masa itu baru lapan bulan,”.

#2. Pengalaman bersalin: Teran baby tanpa sedar 

pengalaman bersalin, pengalaman bersalin normal, pengalaman bersalin czer, pengalaman jadi ibu, pengalaman menyusukan, pengalaman bersalin ibu muda, pengalaman bersalin anak sulung, pengalaman bersalin normal pertama kali, pengalaman bersalin pertama kali, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman

Bagi Dayangkulynn ini merupakan pengalaman bersalin pertama kali baginya tapi disebabkan ambil air selusuh terlalu awal dia terpaksa menadah telinga dimarahi nurse yang bertugas sewaktu itu.

“Dua hari saya terpaksa menahan kontraksi teruk tapi bukaan masih 2 cm. Kemudian dimarahi jururawat dan doktor ketika itu sebab ambil air selusuh sebelum waktu bersalin. (Sebenarnya, saya sudah ambil sebulan sebelum due kerana keluarga mertua selalu amalkan air ini).

Masuk LR jam 12.30 tengah hari tapi pihak hospital tahan sehingga 6 petang. Sebab nak tunggu bukaan setiap satu jam 1 cm.

Tapi disebabkan tak tahan sangat, saya teran baby tanpa sedar. Masa itu doktor dan jururawat tak ada dalam bilik. Kemudian, dua orang bidan datang cek.

Tengok-tengok, kepala baby sudah nampak. Akhirnya pukul 3.47 petang baby selamat dilahirkan dengan berat 3.01 kg.

Keesokannya saya sudah boleh discharge tapi baby pula kena tahan wad semula sebab kuning tinggi,”.

#3. Pengalaman bersalin: Kena induce untuk paksa bersalin

pengalaman bersalin, pengalaman bersalin normal, pengalaman bersalin czer, pengalaman jadi ibu, pengalaman menyusukan, pengalaman bersalin ibu muda, pengalaman bersalin anak sulung, pengalaman bersalin normal pertama kali, pengalaman bersalin pertama kali, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman

Bagi Nur Afiqa Ali, 28 ini merupakan pengalaman bersalin kali kedua buat dirinya kerana semasa kelahiran pertama dahulu dia melalui bersalin secara czer kerana jalan tak buka dan bakal hadapi pelbagai risiko lain.

Namun untuk kelahiran kedua ini beliau diberi peluang untuk bersalin normal dan Alhamdulillah ia berlangsung dengan baik.

“Semasa hamil 38 minggu, saya melakukan temujanji dengan doktor pakar untuk lihat bahagian perut dan buat keputusan untuk bersalin normal.

Kontraksi ini seperti sakit senggugut. Ketika kontraksi awal keluar lendir dan darah tapi doktor masih belum tahan wad sebab air ketuban belum pecah. Tiga kali ulang alik ke hospital sebab kontraksi yang teramat sakit. Tapi doktor tetap tak tahan wad sebab bukaan baru 1 cm.

Kemudian pada jam 2 pagi, air ketuban pecah terus ke hospital dan doktor tahan wad selama dua hari. Semasa itu, kontraksi semakin lama semakin sakit.

Disebabkan, ingin bersalin secara normal doktor minta saya banyakkan berjalan untuk bukaan lebih cepat. 

Pada hari pertama di wad bukaan 3 cm dan hari kedua tetap sama. Tapi disebabkan kontraksi kuat sangat dan badan pun lemah akhirnya doktor buat keputusan untuk masuk ke LR pada jam 10 pagi. Kemudian induce satu kali dan ubat tahan sakit dua kali untuk paksa bersalin.

Sampai saja di jam 7 petang jalan sudah buka 8 cm dan terus 9 cm. Semasa itu, terasa macam ada ‘benda’ nak keluar dari punggung dan paksa juga teran. Kemudian keluarlah baby saya jam 7.20 petang, Alhamdulillah.

Ini merupakan pengalaman bersalin yang cukup bermakna sebab suami sentiasa ada di sisi. Tapi selepas itu sakit sedikit sebab doktor jahit tanpa bius sebab vagina digunting sedikit,”. 

Bagaimana pula dengan anda? Apakah pengalaman bersalin yang tak dapat dilupakan? Jom kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Kredit gambar: The Vocket 
 
Baca juga: