"Masa Check, Doktor Cakap Anak Seorang - Bila Bersalin, Keluar Kembar!"

lead image

Ibu terkejut apabila tiba-tiba dia perlu melahirkan anak kembar. Pengalaman melahirkan anak kembar buat dia tertanya, kenapa doktor tak tahu sebelum ini?

Seorang ibu tak menyangka yang dia akan merasa pengalaman melahirkan anak kembar beberapa bulan lepas. Selama kehamilannya, dia hanya mengetahui yang janinnya hanya satu!

Ibu muda terkejut merasai pengalaman melahirkan anak kembar pramatang

src=https://id Masa Check, Doktor Cakap Anak Seorang   Bila Bersalin, Keluar Kembar!

Ibu muda ini, Devi, risau kerana perlu bersalin bayi pramatang, tapi doktor meyakinkan yang normal untuk bersalin pramatang bila melahirkan anak kembar.

Tapi Devi tertanya-tanya, kenapa doktor tak tahu yang janin di dalam rahimnya adalah kembar?

Imbasan ultrasound boleh memberikan pelbagai maklumat tentang janin dalam kandungan, tapi ini tak bermakna semuanya sentiasa tepat. 

Pengalaman melahirkan anak kembar yang dilalui oleh Devi tanpa mengetahui yang dia mengandung anak kembar ini adalah keadaan di mana salah satu janin bersembunyi hingga tak dapat dikesan semasa ulrasound.

Keadaan ini dipanggil hidden twin.

src=https://id Masa Check, Doktor Cakap Anak Seorang   Bila Bersalin, Keluar Kembar!

Bagaimana hidden twin boleh berlaku?

Kes janin kembar tersembunyi memang jarang berlaku. Pemeriksaan ultrasound biasanya boleh memberikan gambaran di dalam rahim, tapi kadang-kadang gambar ini boleh disalah tafsir.

Contohnya, jika anda melakukan imbasan ultrasound pada usia kandungan lapan minggu dan hanya menunjukkan satu embrio, tak mustahil pada akhir trimester pertama atau kedua, doktor boleh melihat ada dua janin yang sedang berkembang dalam rahim.

Gambar dua dimensi semasa pemeriksaan ultrasound biasanya boleh melihat satu embrio dan satu lagi tak kelihatan kerana ia berada di belakang embrio yang kelihatan semasa imbasan ini.

Dalam banyak kes lain, janin kembar tersembunyi berlaku disebabkan kedua-dua janin berada dalam satu kantung hingga membuatkan posisi mereka menjadi sangat dekat dan salah satunya tersorok.

Macam mana pula dengan degupan jantung janin?

src=https://id Masa Check, Doktor Cakap Anak Seorang   Bila Bersalin, Keluar Kembar!

Dalam kehamilan kembar, tak semua degupan jantung bayi boleh dibezakan. Apabila degupan jantung kedua-dia janin selari, berkemungkinan doktor hanya mendengar satu degupan jantung saja.

Degupan jantung janin biasanya hanya boleh didengari pada akhir trimester pertama. Pemeriksaan ultrasound pada bulan-bulan terakhir boleh mengesan kehadiran janin kembar yang tersembunyi.

Melahirkan anak kembar memerlukan persiapan awal dari segi mental, emosi dan kewangan yang berbeza dengan melahirkan seorang anak.

Oleh itu penting untuk anda pastikan anda mengandung kembar atau tidak. Jika anda rasa anda mengandung kembar dan pemeriksaan mengatakan tidak, cuba untuk minta doktor lakukan pemeriksaan lanjut.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan

Baca juga:

Nak anak kembar? 7 benda ini meningkatkan peluang untuk hamil kembar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!