Pengasuh Bunuh Seorang Ibu Bersama Tiga Anaknya Dalam Kebakaran Dapat Reaksi Dari Netizen di China

Pengasuh Bunuh Seorang Ibu Bersama Tiga Anaknya Dalam Kebakaran Dapat Reaksi Dari Netizen di China

Seorang pengasuh di China telah membunuh seorang ibu bersama anaknya dengan memulakan kebakaran di ruang tamu. Tindakan tidak bermoral ini dapat reaksi hebat dari netizen.

Hangzhou, daerah Zhejiang, Cina, seorang ibu bersama tiga orang anaknya mati akibat kebakaran yang dipercayai  dimulakan oleh pengasuh mereka.

Kes ini telah menimbulkan debat yang hebat tentang perbezaan kelas atau taraf di negara itu.

Pengasuh tersebut telah ditahan selepas pihak polis mengesahkan yang api telah sengaja dimulakan di rumah tersebut Khamis lalu.

Sementara pihak bomba sedang memadamkan api tersebut pada jam 7 pagi, ibu tersebut telah meninggal di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Ketika kejadian suami mangsa sedang berada diluar bandar.

Menurut laporan lagi, mangsa yang tersedar dengan kebakaran itu telah meminta pengasuhnya pergi mendapatkan bantuan, menyebabkan pengasuhnya itu terselamat.

Pengasuh Bunuh Seorang Ibu Bersama Tiga Anaknya Dalam Kebakaran Dapat Reaksi Dari Netizen di China

Foto ehsan South China Morning Post

Pengasuh dilayan dengan baik oleh keluarga majikan

Pengasuh berusia 34 tahun yang berasal dari daerah Guangdong itu telah dilaporkan mengaku menggunakan pemetik api untuk memulakan api di ruang tamu.

Menurut adik mangsa, pengasuh tersebut telah di ambil bekerja melalui orang perantaraan.

Dia juga bergaul baik dengan keluarga mangsa sehingga dapat meminjam sejumlah wang untuk membayar hutang tabiat perjudiaannya yang lalu.

Butiran terperinci kes ini masih di dalam siasatan dan pihak polis menyembunyikan kemas kini insiden ini dari pengguna internet Cina.

Ini memandangkan yang kes ini adalah subjek yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.

Berharta vs. tidak berharta

Pengguna internet mengatakan yang ini terjadi akibat perbezaan etika dari mereka yang berharta dan mereka yang tidak

Walaubagaimanapun, ramai yang menyangkal dengan mengatakan gaji pengasuh tersebut jauh lebih tinggi dari mereka yang bekerja di pejabat.

Jadi, ini bukanlah kerana duit tetapi tiada kesedaran moral. Masalah utama ialah kejahatan dalam diri dan bukanlah duit.

Memang wajar untuk masyarakat keliling marah dengan apa yang terjadi kepada mangsa dan anak-anaknya.

Tetapi ia tetap tidak memberi mereka ‘lesen’ untuk menjadi keyboard warrior dalam menunding jari terhadap latar belakang seseorang itu.

Taraf kemampuan sara diri bukanlah pengukur baik jahat seseorang itu.

Semua yang kaya tidak semestinya penuh etika dan bermoral. Begitu juga sebaliknya.

Peranan kita sebagai ibu bapa mendidik anak menjadi insan yang tidak stereotaip

Dan di sinilah, peranan ibu bapa sangat penting dalam memupuk nilai murni di dalam diri anak-anak agar tidak menjadi seorang yang stereotaip hanya berdasarkan latar belakang seseorang itu.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai ibu bapa dalam memastikan anak-anak tidak membesar menjadi seorang yang stereotaip ialah;

  • Mengajar mereka untuk tidak menilai seseorang melalui rupa paras (cantik atau tidak bukan ukuran).
  • Mengajar mereka untuk berkawan tanpa memilih darjat (miskin atau kaya tetap sama-sama manusia).
  • Mengajar mereka untuk tidak mengabaikan orang (tidak semestinya semua orang tidak berkawan dengan seseorang itu, dia harus turut serta mengabaikan orang itu).

Banyak lagi yang anda boleh tunjukan pada anak-anak dalam membimbing mereka untuk tidak menjadi seorang yang memandang negatif terhadap orang lain.

Ia bukan proses yang mudah dan akan mengambil masa yang lama. Namun, siapa mereka nanti, bergantung pada bagaimana ibu bapa mencorakkannya.

Baca juga: 

Mari Didik Anak Lelaki dan Perempuan Kita Tanpa Sebarang Stereotaip

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner