Pengasuh dera 3 bayi berbeza di Johor akhirnya terbongkar!

lead image

Aktiviti seorang pengasuh dera bayi di Johor telah dibongkarkan selepas video dia mendera bayi-bayi yang dijaganya tular di media sosial.

Baru-baru ini sebuah video pengasuh dera bayi di Johor tular di Facebook. Ibu bapa yang risau dengan keselamatan bayi ini kongsi video berikut dengan harapan untuk mencari ibu bapa bayi malang terbabit.

Tiga video telah diambil secara rahsia oleh rakan pengasuh dera bayi ini untuk dijadikan bukti supaya boleh memberi amaran kepada ibu agar supaya jangan menghantar anak kepada pengasuh ini.

Menurut pos Barbara Siew, pengasuh ini menjaga empat kanak-kanak di rumahnya. Dua dari mereka telah dibawa pulang tetapi lagi dua masih tinggal bersama pengasuh ini.

Pengasuh dera bayi jaga empat orang kanak-kanak lain

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/bad nanny in johor 1.jpg Pengasuh dera 3 bayi berbeza di Johor akhirnya terbongkar!

Dalam video pertama, pengasuh ini sedang menyuapkan bayi bubur sambil mengadu tentang kesusahannya menjaga bayi tersebut. Pada pertengahan suapannya, bayi ini kelihatan seperti tercekik sedikit dan makanan keluar dari mulutnya.

Ini telah menimbulkan kemarahan pengasuh ini dan membuatkan dia memukul dahi bayi ini dengan ganas.

Dia sambung menyuap dan merasakan satu pukulan tak cukup. Dia kemudiannya menjerit pada bayi tersebut jika dia tak mahu makan.

Pada ketika ini, rakan pengasuh ini mula masuk campur dengan menyuruh pengasuh ini berhenti memukulnya. Pengasuh ini kemudian berkata, “kalau tak pukul, dia tak nak makan.” 

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/bad nanny in johor 2.jpg Pengasuh dera 3 bayi berbeza di Johor akhirnya terbongkar!

Di video kedua, pengasuh ini menyuap bayi lain. Pengasuh itu mula menjerit dan menampar muka bayi ini dan bayi ini mula menangis.

“Siapa nak jaga kau lepas ni? Siapa yang nak kan kau? Kenapa kau nak kena menangis masa makan bubur? Kau nak mati?”

Di video terakhir, pengasuh ini menyuap bayi ketiga yang juga tak mahu makan. Tapi pengasuh ini tak kisah dan terup menyuap walaupun bayi ini menangis.

“Telan! Cepat! Lepas ni mandi, mak kau dalam perjalanan, anak jahat!” jerit pengasuh ini sambil menyambung menyuapkan bayi ini. 

Kanak-kanak ini tinggal dengan pengasuh dera bayi siang dan malam

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/bad nanny in johor 3.jpg Pengasuh dera 3 bayi berbeza di Johor akhirnya terbongkar!

Pengasuh ini dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM1400 dan bayi-bayi tersebut dijaganya siang dan malam. Oriental Daily News menemuramah salah seorang dari ibu yang menghantar anaknya ke pengasuh dera bayi ini di Johor.

Menurutnya, orang yang merakam video ini memberitahu makciknya tentang penderaan ini pada Julai lepas tetapi makciknya tak percayakannya.

“Jadi dia merakam video ini untuk tunjuk bukti pada makcik saya. Makcik saya beritahu saya 3 minggu lepas dan suami saya terus balik dari Singapore dan kami ambil anak kami darinya,”

Ibu bayi ini berkata, dia tak boleh mengambil tindakan kepada pengasuh tersebut kerana pada masa itu, rakan makciknya tak mahu kongsikan video tersebut.

Dia tak mahu terlibat jadi mereka tiada bukti.

Sekarang, mereka akan laporkan pada polis dan mencari peguam untuk mengambil tindakan ke atas pengasuh ini.

Pengasuh dera bayi: Berhati-hati semasa memilih pengasuh

Dengan permintaan hari ini, kami faham kenapa ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke taska dan pengasuh. Tapi, sebagai ibu bapa, kita perlu berhati-hati dengan siapa yang kita percaya untuk menjaga anak kita.

Walaupun sibuk dengan pekerjaan, ambil masa untuk memilih pengasuh yang betul, tahu tanda-tanda anak didera dan lakukan pemeriksaan berkala.

Kami bersyukur kerana bayi-bayi ini tak mengalami kecederaan yang serius. Tapi jika pengasuh ini terus memaksa mereka untuk makan, mereka mempunyai risiko untuk tercekik dan mengundang bahaya.

Mungkin pengasuh ini berkata yang caranya memberi kesan yang baik (anak makan). Tapi memukul bayi adalah satu kesalahan.

Seperti di dalam video, dia dah memukul bayi-bayi ini dengan ganas walaupun ada orang memerhati, bayangkan apa yang dia lakukan semasa tak ada orang melihat?

Jangan ambil mudah perkara ini. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Bapa berang anak 3 bulan patah tulang paha lepas dijemput dari taska. Anda tahu tanda anak didera?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!