(Video) Pengasuh kejam dilihat tumbuk bayi tanpa belas kasihan!

lead image

Pengasuh tumbuk budak kerana tidak mahu berhenti menangis. Tindakan pengasuh ini berjaya dirakam oleh CCTV di dalam lif bangunan.

Banyak betul berita yang kita dengar tentang pengasuh dera budak. Baru-baru ini budak 3 tahun patah tulang paha di taska kemudian ada juga kisah pengasuh pukul budak hingga berdarah. Kes kali ini pula, pengasuh tumbuk budak!

Kes pengasuh tumbuk budak ini telah tular di media sosial kerana tindakannya sempat dirakam oleh CCTV di sebuah bangunan di China. Tindakan pengasuh ini membuatkan semua ibu bapa risaukan keselamatan anak mereka.

Pengasuh tumbuk budak dirakam oleh CCTV

pengasuh tumbuk budak, pengasuk dera budak, pengasuh pukul budak, pengasuh kejam, pengasuh yang baik, tanda anak didera

Klip ini adalah dari rakaman CCTV di sebuah bangunan di Bandar Zhengzhou, China.

Pada permulaan video, anda boleh lihat pengasuh ini sedang dukung budak di dalam lif. Dia juga dilihat melambai-lambai selamat tinggal kepada ibu budak ini.

Semua nampak seperti biasa sehingga pintu lif tertutup, ketika itu baru kita dapat melihat perangai sebenar pengasuh ini.

Pengasuh ini pada awalnya mengugut budak kecil itu apabila dia mula menangis. Disebabkan budak itu menangis, pengasuh kejam ini menumbuk perut dan belakangnya sekurang-kurangnya enam kali!

Dia kemudian meletakkan budak malang tersebut ke dalam stroller, tapi penderaan tersebut tidak terhenti di situ. Pengasuh kejam ini dilihat memukul kepala budak tersebut apabila dia terus menangis.

Pengasuh ini juga menggoncang stroller berulang kali sebelum pintu lif terbuka dan membawa budak tersebut keluar.

Lihat video pengasuh tumbuk budak ini:

Pengawal keselamatan beritahu ibu tentang pengasuh tumbuk budak

pengasuh tumbuk budak, pengasuk dera budak, pengasuh pukul budak, pengasuh kejam, pengasuh yang baik, tanda anak didera

Kejadian ini dilihat oleh pengawal keselamatan bangunan ini dan beliau telah memberitahu ibu budak malang ini. Ibu tersebut kemudian menelefon polis dan polis menahan pengasuh ini atas kesalahan mendera.

Pegawai kini sedang menyoal agensi yang menawarkan pengasuh tersebut. Pengasuh itu dikatakan mempunyai “reputasi yang baik”sebagai pengasuh.

Tiada laporan mengatakan sama ada budak malang itu mengalami kecederaan serius akibat didera.

Tip untuk mencari pengasuh yang baik

pengasuh tumbuk budak, pengasuk dera budak, pengasuh pukul budak, pengasuh kejam, pengasuh yang baik, tanda anak didera

Ralitinya tidak semua ibu bapa boleh menjaga anak mereka sentiasa. Oleh kerana itu, ramai ibu bapa mengupah pengasuh yang boleh menjaga anak mereka ketika mereka tiada.

Walauagaimanapun, ada risiko apabila kita mengupah orang lain untuk menjaga anak. Apabila anda mengupah pengasuh, anda telah mengambil seseorang yang anda tidak kenal untuk menjaga si kecil anda.

Memang menakutkan!

Tengok saja kes pengasuh tumbuk budak ini. Dia dikenai sebagai seseorang yang mempunyai reputasi yang bagus tapi pada akhirnya dia adalah pengasuh yang kejam.

Dengan tip ini, anda boleh mencari pengasuh yang baik untuk menjaga si kecil anda:

  • Periksa latar belakang. Ia sangat penting dan dapat membantu anda memastikan pengasuh anda tiada jenayah lampau atau salah laku.
  • Pasang  CCTV di rumah. CCTV adalah cara yang bagus untuk anda memerhatikan tindak-tanduk anak anda dan pengasuh semasa anda tiada di rumah.
  • Cari agensi yang bagus dan bereputasi. Jangan takut untuk bertanya. Jika rakan anda mempunyai pengasuh yang bagus, minta mereka cadangkan agensi atau pengasuh untuk anda.
  • Percaya pada “naluri ibu”. Jika anda rasa tidak sedap hati tentang seseorang walaupun dia dilihat baik, percayakan naluri anda dan cari orang lain. Tak berbaloi untuk anda risikokan keselamatan anak anda jika anda rasa tidak senang dengan orang yang menjaga anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Bapa berang anak 3 bulan patah tulang paha lepas dijemput dari taska. Anda tahu tanda anak didera?