Pengemis menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun cantik untuk anaknya

Share this article with other mums

Hari ini dia bukan seorang pengemis. Hari ini dia seorang raja kepada puteri yang cantik.

Ini kisah seorang bapa yang telah menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun yang cantik untuk anak perempuannya.

MD. Kawsar Hossain terpaksa mengemis untuk terus hidup selepas kehilangan tangan kirinya dalam kemalangan. Tidak pernah terlimpas difikirannya yang dia akan perlu mengemis untuk menyara kehidupan keluarganya.

Malangnya, sepuluh tahun lalu semasa menaiki keretapi pada waktu malam, gerabak keretapi yang dinaiki telah terjatuh dari jambatan.

Anak bongsunya selalu bertanya di mana tangan kirinya. Tetapi anak perempuannya yang bernama Sumaiyalah, yang selalu menyuapkan makanan ke dalam mulut bapanya. Sumaiya seolah-olah faham kesusahan bapanya untuk melakukan kerja dengan satu tangan sahaja.

Kehidupan sukar seorang pengemis

Memang tidak dapat dinafikan kehidupan mereka sukar, tetapi Hossain akan melakukan segalanya agar semua anaknya mendapatkan pendidikan yang baik.

“Sebenarnya ia amat sukar untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah. Kadang-kadang mereka tidak dapat menduduki peperiksaan kerana saya tidak mampu untuk membayar yuran peperiksaan mereka.”

Kalau Sumaiya tidak ke sekolah hari itu, dia pasti akan ikut Hossain ke bandar.

sumber: telegraph.co.uk

“Anak perempuan saya akan menunggu dengan kepala yang menunduk ke bawah, di tempat yang selamat dan saya akan memerhatikan dia dari jauh sambil mengemis. Saya berasa malu apabila dia melihat saya menghulurkan tangan kepada orang lain untuk meminta wang. Sumaiya tidak pernah meninggalkan saya bersendirian. Dia paling takut kalau saya ditimpa kemalangan lagi, dan saya mungkin dilanggar kereta ataupun mati.”

“Setiap kali saya berjaya mendapatkan wang, kami akan berjalan balik ke rumah sambil berpegang tangan. Walaupun basah apabila terkena hujan, kami akan terus berjalan dan bersembang tentang impian kami.”

Kalau pada hari itu Hossain tidak berjaya untuk mendapatkan wang, mereka akan kembali ke rumah tanpa berkata banyak.

“Banyak kali saya telah berasa mungkin ia lebih baik kalau saya mati. Tetapi pada waktu malam apabila anak-anak tidur sambil memeluk saya, saya akan berasa kehidupan saya tidak seteruk yang saya bayangkan.”

Raja dan Puteri

Hari ini anak perempuannya sedang memakai baju baru dan Hossain telah membawanya ke taman permainan untuk bermain seketika. Mungkin peluang untuk mendapat duit akan terjejas hari ini, tetapi hati seorang bapa gembira tak terhingga.

Hossain telah meminjam telefon bimbit dari jiran untuk menangkap gambar anaknya dalam gaun yang cantik. Satu hari nanti apabila dia mampu untuk membeli telefon bimbit, dia akan mengambil banyak gambar anak-anaknya buat kenangan.

Selalunya, Sumaiya akan disuruh untuk menunggu dengan kepala yang menunduk ke bawah, kerana Hossain malu bertentang mata dengannya apabila dia sedang mengemis. Tetapi hari ini anak perempuannya sangat gembira. Hari ini dia bukan seorang pengemis. Hari ini dia seorang raja kepada puteri yang cantik.

Sumber:GMB Akash, MensXP

Parenting tips Untuk Ayah