Penggalak susu untuk penghasilan ASI

lead image

Berikut adalah beberapa produk yang saya telah cuba dan juga beberapa produk yang saya ingin cuba di masa depan.

Sebagai seorang ibu berkerja dan masih menyusu bayi 13 bulan, kehidupan saya memang stress sampai tiada masa untuk pam susu untuk anak. Disebabkan hal ini, susu badan semakin berkurangan, dari 700ml sehari, hingga ke 300ml sehari sahaja.

Walaupun anak saya sudah boleh makan bubur nasi dan lain lain, beliau masih suka susu badan. Saya telah mencuba pelbagai “milk booster” di pasaran, dari tablet, teh, Biskut, dan juga coklat.

“Milk booster” tidak bermaksud bahawa susu badan akan melimpah apabila anda mengambilnya. Penggalak susu berfungsi secara berbeza bagi setiap ibu dan bukan setiap produk berfungsi. Anda hanya perlu mencari produk yang terbaik untuk diri sendiri. Dan juga, produk ini tidak akan berfungsi setiap kali.

Penggalak susu terbaik adalah untuk meminum air yang banyak (3 liter sehari), mengamalkan diet yang sihat, mengekalkan minda yang tenang dan meningkatkan sesi mengepam dan “direct latch”.

Berikut adalah beberapa produk yang telah dicuba oleh saya dan juga beberapa produk yang akan dicuba oleh saya di masa depan.

Nursing Tea

screenshot-2016-11-02-22-59-55

Gambar dari Fabulous Mom

Saya telah membeli Nursing Tea Joy Angel dari Fabulous Mom. Harganya RM23.21 sahaja dan ia adalah 100% teh herba semula jadi untuk ibu menyusu untuk meningkatkan bekalan susu mereka. Ia mengandungi biji halba, bunga lawing dan juga serbuk halba. Teh ini memang “panas” dan berperisa macam kari sayuran. Baunya juga kuat dan boleh dihidu dari luar kotaknya.

Bekalan susu saya tidak meningkat sampai melimpah. Ia terdapat peningkatan tetapi, sikit sahaja.

Shaklee Alfalfa Complex

screenshot-2016-11-02-23-01-43

Gambar dari Shaklee

Satu botol mengandungi 330 tablet dan harganya RM46 sebotol. Ia mengandungi nutrient penting seperti Chlorophyll dan Alfalfa yang boleh meningkatkan susu ibu sekalian. Anda perlu mengambil 10 biji sehari tetapi saya hanya mengambil 6 biji sehari. Sebiji tablet bersamaan dengan 1 daun sayur bayam.

Tablet ini senang diambil dan tiada rasa atau bau yang kuat tetapi kadangkala sahaja susu saya melimpah semasa pam.

MilkyBites Lactation Cookies (Peanut Butter)

screenshot-2016-11-02-22-57-53

Gambar dari Fabulous Mom

Oatmeal adalah antara sumber yang kaya dengan zat besi yang penting untuk tempoh penyusuan. Ia juga membantu untuk menurunkan kolesterol. Kacang tanah adalah sumber yang sihat protein dan lemak tak tepu. Ia mempunyai jumlah serat yang tinggi yang akan membuat anda tidak lapar untuk masa yang lama, membantu penghadaman dan mengimbangkan gula dalam darah. Ia juga sangat bagus untuk kulit yang sihat!

Namun, saya tidak begitu suka texturnya yang sangat keras. Ia juga bukannya murah dengan harga RM30 satu pek 400G.

Saya akan cuba resipi-resipi “milk booster” cookies yang “home made” supaya saya boleh tambah bahan bahan lain seperti Chia seeds, chocolate chips dan peanut.

Bekalan susu saya tidak meningkat.

Mom’s Breastfeeding Chocolate

screenshot-2016-11-02-22-55-38

Gambar dari Fabulous Mom

Saya sempat mencuba sekeping coklat yang berperisa Oren. (Tidak senang didapati) Satu kotak berharga RM37 dan hanya untuk mencuba keberkesanan coklat, saya membeli 3 keping sahaja dengan RM4.50 sekeping.

Coklat ini mengandungi halba dan anda disyorkan untuk mengambil 3 bar sehari untuk meningkatkan bekalan susu ibu.

Walaupun coklat ini sedap, bekalan susu saya tidak berapa meningkat.

Minuman Tradisional

Biasanya kaum Cina hanya meminum minuman ini semasa berpantang. Mereka tidak mengambil air, jus atau apa-apa minuman lain, hanya minuman tradisional ini.

Ia senang dimasak; kurma merah, kurma hitam, beri goji, “paper pith” direbus selama 1 jam dan diminum semasa panas.

Walaupun setahun selepas berpantang, saya masih minum minuman tradisional ini.

Ini adalah penggalak susu saya dan saya masih boleh pam selepas anak saya “direct latch”.

Mamom

Baru-baru ini, Beberapa ibu berkongsi testimoni mereka untuk Mamom tablet kunyah. Keterangan mereka seolah-olah meyakinkan dan saya ingin mencuba dalam masa depan.

Kurma, madu lebah, ekstrak habbatussauda, spirulina, susu kambing dan ekstrak alfalfa berfungsi untuk tujuan menggalakkan penghasilan susu badan.

Farm Fresh Kurma

13567045_1040483279375689_8712972574152114016_n

Gambar dari Farm Fresh Dairy Produce

Minuman susu dengan kurma dari jenama Farm Fresh ini juga adalah penggalak susu kebanyakan ibu yang lain. Saya telah mencari stok di semua pasaraya tetapi tidak dijumpai.

Saya ingin mencuba jika senang didapati.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner