Penghuni Pusat Jagaan Diabai Dan Didera
36 penghuni diabaikan dan dibiarkan kelaparan dan juga dianiaya oleh sebuah pusat jagaan anak yatim di Kelantan.
BACHOK: Ia difahamkan bahawa rumah jagaan tersebut menjaga kanak-kanak dan remaja yang berumur 7 hingga 18 tahun yang merupakan anak-anak yang kehilangan ibu bapa, menjadi mangsa perceraian, miskin, kurang upaya dan penghidap HIV.
Pusat jagaan tersebut juga difahamkan telah beroperasi secara haram dan seorang individu yang digelar sebagai ustaz diamanahkan pengurusan pusat tersebut dengan dana amanah oleh seorang dermawan yang telah meninggal dunia.
Pusat jagaan ini bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan kanak-kanak namun, mereka pula menjadi mangsa penderaan fizikal dan telah melarikan diri dari pusat tersebut.
Seorang penghuni pula takut untuk meminta makanan kerana ustaz garang dan jika mereka berani meminta makanan, mereka akan dipukul, ditampar dan telinga mereka akan dipulas.
Kanak-kanak yatim juga pernah memecah ke setor makanan kerana sudah terlalu lapar. Penghuni pusat tersebut diberi makan 3 kali sehari; mee goreng atau Milo sahaja untuk sarapan pagi, nai putih dan semangkuk sup untuk makanan tengah hari pada pukul 2:30PM dan makan malam pada pukul 9:30 malam.
Selain daripada ustaz tersbut, pusat ini juga mempunyai 2 orang pekerja untuk mengajar Al-Quran dan menguruskan makan minum penghuni, namun itu juga dikatakan terabai.
Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat dihubungi untuk memberi pengulasan tentang pusat tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengesahkan bahawa pusat jagaan anak yatim berkenaan tidak berdaftar dengan jabatan berkenaan walaupun sudah beroperasi selama 10 tahun walaupun telah dinasihatkan untuk melengkapi permohonan pendaftaran.
Jabatan Kebajikan Daerah bagaimanapun berkata mereka tidak mengetahui sebarang salah laku di pusat berkenaan sebagaimana yang didakwa dan pendedahan ini dibuat sewaktu kunjungan wakil Majlis Belia Kelantan bagi meraikan hari lahir lapan penghuni pusat berkenaan baru-baru ini.
Rencana dan gambar dipetik daripada Astro Awani.