Akibat nak dilihat perfect, akhirnya wanita ini alami stres melampau! Baca perkongsiannya...

lead image

Besar jasa isteri/ ibu pada keluarga. Suami, hargailah isteri anda.

Pengorbanan isteri terhadap keluarga memang tak ternilai dengan wang ringgit. Bukan hanya melahirkan dan membesarkan anak, tapi tugas isteri lebih daripada itu.

Semuanya dilakukan demi keluarga tercinta. Jadi, para suami, hargailah isteri dan ibu anda kerana mereka ini adalah wanita terhebat yang dilahirkan dan melahirkan anda agar menjadi insan berjaya.

Ikuti perkongsian dan luahan bicara dari hati seorang isteri ini tentang bagaimana beliau akhirnya mengalami stres melampau gara-gara ingin menjadi isteri yang sempurna untuk keluarganya.

(Teks dan gaya bahasa telah diubah) 

Pengorbanan isteri terhadap keluarga; perkongsian daripada seorang ibu 

pengorbanan isteri terhadap keluarga, pengorbanan isteri, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu bapa, gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya,

Sewaktu pagi… 

“Kalau nak tahu, saya ini spesis ibu yang mungkin dalam keturunan garang macam naga. Dalam sehari, rasanya hampir 5 ke 6 kali anak kena sembur dengan api (dimarahi). Kemungkinan, bapa budak itu turut terkena dan terasa bahang tempias api itu. 

Boleh dikatakan saya adalah mak-mak paling stres dalam dunia. Bahkan, kalau dulu banyak pantang larang dalam urusan harian saya tiap hari. Pendek kata, saya ini seorang yang sangat cerewet.

Saya pasti, ramai perempuan yang macam saya. 

Perkara yang paling rasa nak marah dan terbakar jiwa apabila melihat rumah bersepah teruk. Yalah kan, bangun pagi walaupun masih rasa mengantuk, terus tengok keadaan rumah sama ada bersih atau tidak.

Terus kemas bila terlihat mainan anak berselerak atas kaki permaidani. 

Bukan takat itu sahaja, kalau jumpa rambut gugur tercicir atas lantai, saya juga yang akan sapu dan bersihkan. Kemudian buang. Semuanya dibuat atas kehendak diri supaya rumah kemas dan bersih sentiasa. 

pengorbanan isteri terhadap keluarga, pengorbanan isteri, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu bapa, gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya,

kredit: Basyirah Ahmad

Pengorbanan isteri terhadap keluarga selepas pulang dari kerja  

Pada sebelah petang, sepulang dari kerja, lantas terus membuka kerudung kepala. Beg tangan masih di badan manakala badan yang masih penat dan berlengas tak saya hiraukau.

Terus tangan tekun mengemas dapur, membasuh baju, mengemop lantai dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak ada seminit untuk rehat!

Disebabkan terlalu cerewet, pakaian yang disidai pagi perlu diangkat dan dilipat malam itu juga dan baju yang setengah bakul perlu segera dibasuh. Bukan setakat itu, yang dah ready nak basuh perlu disidai masa itu juga.

Prinsip saya, bakul baju kotor kena basuh hari-hari dan kosong sentiasa. Manakala lantai wajib bersapu dan mop setiap hari tanpa ada alasan malas dan tak gagal. 

Pengorbanan isteri terhadap keluarga di sebelah malam pula… 

Bayangkan, jam dah berdetik pukul 11 malam tapi saya belum tidur. Kenapa? Sebab lantai belum berseri-seri. Sebelum tidur, sinki tak boleh ada sepiring pinggan mahupun cawan.

Susun atur rumah perlu buat 2 3 kali sebulan. Hal melipat baju pula perlu cantik dan bucu hujung baju harus sama.

Kalau sesekali encik suami tolong lipat baju, saya diam-diam lipat semula sebab tak ikut kehendak yang saya mahukan. Rupa-rupanya dia perasan dan tahu. Terus merajuk panjang dengan saya. 

Bahkan, baju nak pakai kerja terus berseterika untuk seminggu pakai dan perlu dilakukan hujung minggu. Mana pakaian yang dah siap basuh untuk disidai perlu ikut warna pun ada.

Segala rencah mak nenek ini memang biasanya buat seorang diri, di atas prinsip perempuan boleh lakukannya. 

Bila minta tolong orang lain menguruskan rumah, itu tanda kita lemah dan tak mampu jadi supermom mengikut standard yang ditetapkan. Orang lelaki ini pulak lain sikit, bila kita tak minta tolong, dia akan ingat kita boleh uruskan semuanya. 

Tapi suami tahu tak, segala susah payah ini akhirnya makan diri? Semua prosedur yang saya ciptakan ini memang boleh menciptakan saya jadi seorang yang cekap dan berdisiplin.

Tambah-tambah benda remeh macam kutip rambut itu, memang fitrah seorang perempuan sukakan kecantikan dan kebersihan. 

pengorbanan isteri terhadap keluarga, pengorbanan isteri, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu bapa, gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya,

kredit: Basyirah Ahmad

Pengorbanan isteri terhadap keluarga : Mula rasa terbeban dan stres 

Malangnya, perkara sebegini bila terlalu ikut akan jadi tekanan negatif buat kita sebagai isteri. Ada waktunya  akan rasa stres. Anak tak boleh sepahkan barang sikit, kita mudah melenting. Baru dia nak letak mainan sekejap, kita sudah gelisah bagai cacing kepanasan. Terkejar-kejar nak siapkan task dalam satu masa. 

Kemudian, mulalah buat kerja dalam keadaan marah dan terus jadi tak ikhlas. Bila orang tak boleh ikut cara kita, berandaian dia tak faham kita. 

Hati mula meronta-ronta untuk menonton tv sambil berebut remote dengan anak-anak dan suami. TAPI urusan rumah belum selesai lagi. 

“Langsung tak ada istilah me time dalam hidup! Kehendak diri pula rasa tak dipenuhi. BENCI!

Ada ketikanya kena tegur dengan encik suami. “Awak ada nak marah saya apa-apa ke? Padahal suami tak ada buat salah pun. 

Apa yang kita nak kejar sebenarnya? Ada ketikanya, kita mengharapkan semua orang berterima kasih dengan segala penat lelah kita itu. Tak ada pun seorang yang buat! 

Boleh dikatakan saya dulu macam itu. Tapi saya sedar dan tak mahu hidup macam itu lagi. Saya yang sekarang nak hidup tenang dan gembira. Tapi ia bukannya mudah.

Saya buang segala peraturan yang ditetapkan itu. Jika rumah tak bersiap, pejam mata sahajalah. Itu rumah kita, apa yang ingin dikejar sangat?

Kalau tak sempat nak masak, kedai kan ada? Anak-anak kadang kala nak makan juga makanan kedai. Bosan juga bila hari-hari rasa mak dia saja yang masak. 

Bermula dari saat itu, saya mula minta bantuan suami. Rupanya, suami senang saja hulurkan bantuan. Yang dahulu saya duk buat seorang diri, dah kenapa agaknya? Sedangkan suami boleh saja tolong. Bahkan kini, hidup lebih bahagia. 

Kesimpulannya selepas penat berleter panjang. Saya berpendapat 

  • Pertamanya, sayang dan hargai diri dulu. Baru orang lain akan mula hargai kita. Jaga kesihatan diri, jika kita sihat dan gembira, baru boleh jaga anak-anak. 
  • Tak kisah sama ada kita bekerja atau suri rumah. Jika penat berhenti sekejap dan berehat
  • Cari ‘me time’ dan minta suami tengokkan anak yang sedang melasak depan mata. 
  • Jangan biarkan orang lain sibuk masuk campur hal kita. Sedangkan dia tak tahu hidup kita macam mana. 
  • Kita sendiri sebagai isteri jangan rendahkan martabat diri kita kerana ada momen dalam hidup ini yang mungkin kita terlepas dan tak dapat merasainya lagi selepas ini. Jadi, enjoy sahaja dengan apa yang kita nak buat setiap hari.

Bebas dari stres adalah satu kejayaan besar dalam hidup. Kalau dulu buat tentu muka saya macam awet muda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Basyirah Ahmad 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Tak salah isteri minta bantuan suami. Ikuti surat terbuka dari isteri ini yang akan membuka mata anda…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah