Sanggup Ikut Cara Keluarga Suami Sepanjang Masa, Ini Pengorbanan Isteri Yang Ramai Suami Tak Ambil Tahu

lead image

Apabila seorang wanita berkahwin, dia bukan sahaja berkahwin dengan lelaki pilihannya. Tetapi dia harus menerima keluarga lelaki itu yang belum tentu boleh menerima gaya hidupnya yang kebiasaan.

Terlafaznya akad nikah, bermulalah satu pengorbanan isteri yang rata-rata suami tidak sedar sebenarnya.

Pengorbanan isteri yang dimaksudkan adalah menerima keluarga si suami yang cara kehidupannya mungkin sama sekali tidak sama dengan cara keluarganya sendiri.

Mungkin ada yang mempertikaikan yang suami juga menerima keluarga si isteri, jadi kenapa isteri yang lebih berkorban? Kita sedia maklum yang apabila pasangan berkahwin, si isteri lebih terdorong mengikut suami berbanding sebaliknya. 

Pengorbanan Isteri Bila Bersama Keluarga Si Suami

pengorbanan isteri, suami isteri, masalah dengan mertua, tips baik dengan mertua, tips keluarga bahagia, keluarga mertua, gaduh dengan mertua, geduh dengan keluarga mertua

Tiada isteri yang sempurna, namun rata-ratanya ramai yang tersenyum dan terima sahaja apabila berlaku perbezaan pendapat. Mereka boleh bertolak-ansur untuk memastikan keluarga bahagia.

Tapi ada juga yang bermasalah dengan mentua dan ipar duai. Sudahlah berkecil hati, si suami pula seolah tidak mahu mempedulikan perasaan isteri kerana baginya, isteri patut ikut cara keluarga suami setelah berkahwin!

Berikut sedikit perkongsian menarik dari Puan Farizal Radzali berkaitan isu ini.

Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dgn mak mentua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak mmg tak boleh la kan.

Tak psl2 dpt status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal.

Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama.

Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain?

Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Perlu diingatkan, si isteri dibesarkan oleh ibu bapanya dengan cara yang berlainan dari si suami. Bukankah sebaiknya kita serba menerima cara masing-masing, bukannya mendera emosi isteri dengan memaksa dia mengikut cara anda sepenuhnya.

Kekalkan Hubungan Yang Baik Dengan Semua Pihak

Berikut adalah 3 ciri-ciri utama dalam mengekalkan hubungan yang baik dalam hubungan menantu dan keluarga mertua.

#1 Lain Lubuk, Lain Ikannya

mertua suka pilih kasih

Kredit: Nextavenue.org

Bila anda di rumah mertua, tidak salah untuk anda mengikut peraturan keluarganya. Sama juga sekiranya mertua menziarahi rumah anda, keluarga mertua haruslah mematuhi cara anda pula.

Tetapi ingat ya, saling hormat menghormati dan bertolak ansur, itu kunci utama.

#2 Peranan Suamiisteri terbaik buat suami tip - featured

Suami memainkan peranan yang sangat penting sebagai orang tengah dalam hubungan isteri dan keluarganya.

Suami bertanggungjawab besar dalam menjaga hati kedua pihak dan yang pastinya, sekiranya ada kegusaran dalam hati isteri, suamilah yang seeloknya berdepan dengan keluarganya untuk mengelakkan salah faham.

#3 Elakkan Mengungkit

bergaduh depan anak

Apapun yang terjadi, elakkan berkira atau mengungkit tentang apa jua keburukan dan jasa anda kepada keluarga mertua. Kan lebih elok jika anda melakukan dengan ikhlas. Lagipun keluarga suami ibarat keluarga sendiri bukan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner