12 Perkara Yang Ibu Alami Tanpa Anak Tahu, Hatinya Boleh Terguris Jika Anda Buat No.8 Itu

Dalam beberapa perkara anda tidak pernah tahu betapa ibu berkorban jiwa dan raganya untuk kita. Ini membuktikan cinta ibu tidak pernah habis dan tiada bernoktah. Malah sampai hujung nyawa ibu sentiasa ada dengan kita

Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita hingga menjadi seorang anak yang baik.

Sekiranya kita bertanyakan kepada semua orang, siapakah sumber inspirasi terbesar anda, kemungkinan anda akan mengatakan ‘ibu’ adalah inspirasi anda. 

Hal ini kerana, ibu memainkan peranan yang cukup besar dalam kehidupan kita setiap hari dan merekalah yang membawa kita ke dunia ini selepas 9 bulan kita di dalam kandungannya.

Namun sebagai anak kita kadang-kadang terlupa untuk menghargai mereka.

Sekiranya anda tahu mengapa kita harus berterima kasih dengan segala pengorbanan seorang ibu tentu anda akan sentiasa membalas jasa-jasa mereka itu.

Inilah antara perkara yang mana anda harus berterima kasih dengan ibu anda dan ini yang dilakukan ibu setiap hari.

Pengorbanan seorang ibu

#1. Sakit di saat melahirkan 

selamat hari ibu

Kita kadang-kadang sering terlupa untuk bersyukur dengan perkara- perkara yang terjadi dalam hidup seperti peluang untuk merasai kehidupan dan bernafas pada hari-hari yang seterusnya.

Malah anda tidak pernah tahu bagaimana rasanya membawa ‘satu nyawa’ selama 9 bulan atau apa yang dilalui ibu di saat melahirkan anda.

Jadi di Hari Ibu inilah masa untuk anda berterima kasih dengan pengorbanan dan jasa ibu.

#2. Selalu mendorong anda untuk menjadi yang terbaik

Selain itu, ibu juga sentiasa mendorong anda untuk memecahkan halangan dan menjadi luar biasa. Malah mereka mempercayai anda dengan sepenuh hati dan mereka tahu anda mampu mencapai sesuatu perkara yang lebih
besar dan mencabar.

Malah, ibu juga tidak pernah gagal untuk membuat anda merasa seperti seorang yang istimewa di dalam hatinya.

#3. Penat menyediakan makanan kegemaran anda

Tidak apa yang dapat menggembirakan hati seorang anak apabila terhidang makanan kegemaran mereka di atas meja makan dan dimasak sendiri oleh ibunya.

Sebelum memasak, ibu kena keluar membeli barang di kedai dan pulang saja ke rumah terus ibu masak untuk kita.

Walaupun semasa itu ibu mungkin keletihan namun dia masih berjaya melakukannya setiap hari tanpa mengeluh.

Malah ibu juga tanpa merungut mencuci pinggan, menyediakan pakaian buat keluarga dan melakukan hal yang lain.

Pendek kata ibu memang superwoman di hati kita.

#4. Tolong carikan barang yang anda tidak jumpai di rumah

Selalu tak terjadi pada anda semasa nak cari barang kerap tak jumpa, tapi bila ibu yang carikan pasti ada.

Pada dasarnya ibu tahu di mana terletaknya semua barang-barang tersebut di rumah dan tanpa teragak-agak untuk meminta bantuan orang lain.

Jadi, luangkan masa yang ada ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu anda untuk setiap perkara yang selalu dia lakukan.

#5. Selalu toleransi dengan hidup anak

Semas kecil ibu bersabar dengan tantrum anaknya. Bila dewasa ibu sabar dengan setiap perangai anak-anaknya yang berbeza-beza.

Ini semuanya kerana ibu betul-betul mengasihi anak-anaknya dan menyayangi mereka dengan sepenuh kasih dan sayang.

Meskipun kadang-kadang ibu kecewa dengan kita namun mereka tidak pernah menunjukkan itu dan selalu memberi semangat agar anaknya menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

#6. Sentiasa berusaha untuk berhubung dengan anak

pengorbanan seorang ibu

Pernah tak ibu meminta anda membuatkan akaun Facebook untuknya? Malah dia berterusan meminta anda ajarnya bagaimana nak ‘connect’ dengan orang melalui laman sosial itu.

Jika ya, itu bermakna ibu ingin sentiasa dekat dan berhubung dengan anda kerana dalam fikirannya akan sentiasa ada nama anaknya dan ingin tahu apa yang dilakukan anda di dalam socmed itu.

#7. Sanggup minta cuti semata nak jaga anaknya

Ramai yang masih tidak tahu betapa banyakkan pengorbanan seorang ibu ini dalam menjalankan kewajipannya setiap hari.

Seperti hari-hari yang lalu, ibu terpaksa meminta cuti dengan majikannya supaya dapat membawa anda berjumpa doktor kerana tidak sihat.

Jadi setidaknya ucapkanlah terima kasih kepada ibu di atas jasa-jasa yang telah dicurahkan itu.

#8. Memaafkan anaknya walaupun mereka lupa hari lahirnya

Memang memalukan sekiranya anda pernah ‘terlupa’ untuk ucapkan hari lahir pada ibu anda.

Namun, ternyata anda tidak akan memaafkan diri sendiri kerana ibu tidak pernah melupakan hari jadi anda.

Walaupun hati ibu mungkin terguris, namun dia tidak pernah menunjukkan kesedihan itu di hadapan anak-anaknya.

Kalau anda rasa ibu okey saja, cuba tanya pada perasaan anda, bagaimana jika seseorang yang disayangi melupakan hari lahir anda?

#9. Sentiasa mahu menjadi ibu yang hebat

Selain itu, ibu juga akan sentiasa berusaha menjadi ibu yang baik setiap kali berada di hadapan rakan-rakan anda.

Anda dapat melihat ibu begitu ramah dengan rakan-rakan anda, namun anda tahu dia melakukan semua itu demi anaknya yang tersayang.

#10. Menghantar anda ke sekolah setiap hari

Syukur sekiranya ibulah juga yang menghantar anda ke sekolah sehingga anda tidak pernah lambat tiba di sekolah.

Malah anda harus bersyukur tidak perlu bergelut untuk menaiki bas atau membawa basikal ke sekolah.

Maka anda sangat bertuah jika ibu yang menghantar anda ke sekolah.

#11. Ibu merasakan dirinya tidak boleh melakukan kesalahan

Dalam mata ibu, dirinya tidak boleh melakukan kesalahan dan itulah definisi sempurna dalam hidupnya.

Walaubagaimanapun, seperti orang lain, ibu juga turut memiliki kekurangan dalam perkara-perkara tertentu.

Ini bermaksud ibu ingin menunjukkan pada kita bahawa tidak ada salahnya untuk berbuat kesalahan tapi pastikan kita sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

#12. Kesabaran ibu sangat tinggi

pengorbanan seorang ibu

Ibu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi walaupun kadang-kadang dia terpaksa melepaskan kemarahan terhadap kita.

Apabila kita melakukan sesuatu yang salah, mereka akan berada di sana untuk membimbing kita ke jalan yang betul.

Tak cukup dengan itu, jika kita tidak membalas mesej atau membuat panggilan telefon kepada mereka. Ibu akan sentiasa menanti agar anaknya dalam keadaan yang baik dan selamat.

Justeru, inilah bukti betapa seorang ibu itu mencintai anaknya tanpa sebarang syarat. Ingatlah, kegembiraan kita turut ada kegembiraan mereka.

Tidak ada cinta lain melainkan cinta seorang ibu terhadap anaknya.

Kasih seorang ibu terhadap anaknya tidak akan sama seperti yang lain di dunia ini. Malah, ibu berani melakukan segala hal demi melihat anaknya membesar dan sihat setiap hari.

Jadi bermula hari ini, telefonlah ibumu setiap hari tanyakan khabar mereka. Adakah mereka sihat dan sebagainya.

Hargai pengorbanan seorang ibu ini sehingga ke akhirnya.

Terima kasih ibu.

12 Perkara Yang Ibu Alami Tanpa Anak Tahu, Hatinya Boleh Terguris Jika Anda Buat No.8 Itu

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Smart Local 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

6 Perkara Untuk Mengajar Anak Anda Tentang Kasih Sayang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!