Penipuan Tentang Menyusu Badan: Bagaimana Menyusu Badan Menaikkan Berat Badan Saya

Walaupun, saya teleh membaca beribu-ribu komen dan artikel yang menyatakan bahawa penyusuan ibu boleh menurunkan berat badan, saya memang kecewa; kecewa kerana saya menambah berat badan sementara ibu-ibu lain menurunkan berat badan.

Sejurus saya tiba di rumah dari hospital selepas melahirkan bayi saya yang sihat dan seberat 8.5 paun, saya melihat berat badan saya.

Berat badan saya sudah turun 15 paun selepas bersalin dan mungkin, saya masih boleh memakai seluar jeans kurus saya.

Lapan bulan kemudian, berat badan saya telah naik sebanyak 10 paun. Saya masih memakai pakaian mengandung saya.

Dan kerana berat tambahan telah berpindah dari perut saya ke pinggul saya, kebanyakan pakaian saya telah regang ketika saya mengandung 9 bulan.

Penyusuan susu ibu yang gagal membantu menurunkan berat badan

Apa yang harus dipersalahkan untuk kenaikan berat badan yang mengecewakan ini? Penyusuan susu ibu.

Walaupun, saya teleh membaca beribu-ribu komen dan artikel yang menyatakan bahawa penyusuan ibu boleh menurunkan berat badan, saya memang kecewa.

Jangan salah faham. Saya seorang penyokong setia penyusuan susu ibu - faedahnya pada bayi tidak terhitung banyaknya - dan saya tidak menyesal menyusu badan.

Saya masih melakukannya dan merancang untuk melakukannya sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan lagi.

Tetapi saya tidak akan berbohong bahawa saya mempunyai motif yang lain untuk menyusukan anak saya - iaitu untuk menurunkan berat badan dengan membakar kalori sebanyak 700cal setiap hari apabila saya menyusukan bayi saya.

Mudahnya ibu lain menurunkan berat badan...

Ketika saya mengandung, di mana-mana sahaja saya dapat melihat ibu-ibu telah memuji tentang penurunan berat badan mereka kerana menyusukan bayi mereka:

"Saya turun berat badan yang banyak kerana menyusukan bayi saya!" "Nombor pada skala mula menurun serta-merta!" "Berat badan menurun begitu sahaja!" "Saya boleh makan apa sahaja yang saya mahu dan saya berat badan saya terus menurun!"

Penipuan Tentang Menyusu Badan: Bagaimana Menyusu Badan Menaikkan Berat Badan Saya

Dan ia bukan hanya anekdot. Mesej bahawa penyusuan susu ibu telah secara langsung dikaitkan dengan kehilangan berat badan lebih cepat telah disebarkan oleh doktor saya, oleh kelas-kelas bersalin di hospital, oleh buku "Tahun pertama bayi" yang saya baca.

Saya juga melihat selebriti muncul di atas permaidani merah sebulan selepas melahirkan anak dan memberi kredit tentang bentuk badan yang cantik kepada "penyusuan badan!" (Saya melihat anda, Beyoncé.)

Setiap kali saya membaca senarai manfaat penyusuan susu ibu untuk ibu, antaranya adalah pengurangan risiko kanser payudara dan kencing manis, dan akan sentiada ada manfaat mengenai penurunan berat badan.

Oleh itu, apabila berat badan saya tidak menurun namun semakin meningkat, saya fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.

Pada majlis perjumpaan keluarga, saya menyuarakan kekecewaan saya, termasuk tangisan lebih seminggu di mana saya bekerja keras untuk mengurangkan berat badan tetapi pada masa yang sama cuba untuk mengekalkan bekalan susu saya.

Abang saya, seorang penyelidik postdoctoral dalam metabolisme, terdengar aduan saya dan memberikan nasihat yang mengejutkan saya.

Fakta ironi tentang penurunan berat badan selepas menyusukan bayi

Rupa-rupanya, menyusukan sebenarnya tidak membantu anda menurunkan berat badan.

Walaupun memang benar bahawa aktiviti penyusuan membakar kalori, untuk membuat susu, badan anda memerlukan tenaga dalam bentuk, kalori.

Jadi, bertentangan dengan pendapat umum, wanita perlu makan beberapa ratus kalori tambahan sehari untuk bersaing.

Membantu badan anda menghasilkan susu adalah hormon prolaktin, hormon yang dikeluarkan semasa menyusu badan yang merangsang pengeluaran susu dan juga merangsang kelaparan.

Dalam beberapa kes, ia juga menyekat keupayaan badan untuk memetabolismekan lemak.

Bukan itu sahaja, badan wanita hamil secara automatik akan mempunyai lapisan tambahan pada tisu lemak - lebih kurang sebanyak lapan paun - jadi mereka akan mempunyai bekalan lemak yang cukup untuk memulakan penyusuan.

Tetapi mengapa begitu ramai wanita boleh menurunkan berat badan seolah-olah dengan mudah sekali manakala saya pula asyik menambahkan berat badan saya?

Faktor lain yang membantu menurunkan berat badan selepas bersalin

Ia mungkin disebabkan oleh banyak faktor yang tidak berkaitan dengan penyusuan badan.

Kecergasan anda selepas bersalin memainkan peranan penting seperti juga jumlah berat badan anda semasa mengandung.

Berat badan saya telah bertambah 10 paun lebih daripada 25 paun yang doktor saya telah mengesyorkan.

Juga, senaman yang sederhana, tidur, dan tahap tekanan yang rendah dapat membantu dengan metabolisme.

Tetapi ini semua perkara yang sukar untuk dicapai apabila saya terikat kepada kerusi sehingga lima jam sehari dengan bayi yang baru lahir.

Pendedahan yang telah diberikan oleh abang saya - bahawa berat badan saya meningkat adalah kemungkinan besar kerana penyusuan - tidak akan menukar keputusan saya untuk menyusu badan.

Dia juga meyakinkan saya yang itu adalah normal. Dan, doktor saya mengesahkan bahawa apabila saya berhenti menyusukan, kelaparan kemaruk saya akan hilang.

Saya juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk tidur dan senaman, dan berat badan saya akan menurun.

Ya, saya sepatutnya makan diet yang lebih baik, minum lebih banyak air, rehat yang cukup, dan membuat senaman ringan.

Menyusu badan bukan faktor tunggal yang membantu menurunkan berat

Tetapi sebagai ibu baru yang sangat letih, ia adalah lebih baik untuk mengetahui betapa penting faktor-faktor ini untuk menurunkan berat badan.

Ya, ia adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana penyusuan susu ibu memberi manfaat kepada kita (kerana ia memang telah terbukti!), tetapi ia tidak boleh sama sekali dianggap sebagai pil pengurus badan!

Sebagai tips, anda boleh cuba diet dan senaman ringan selepas selesai proses penyusuan.

Rencana diterjemahkan daripada Pop Sugar.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!