Wow, nak nampak awet muda? Wanita ini suruh sapu DARAH HAID ke muka!

undefined

Ada banyak cara dan rawatan penjagaan muka yang disarankan oleh orang ramai. Tapi, wanita ini sarankan cara yang lebih ekstrem. Betul ke ia berkesan?

Bila bercakap tentang penjagaan muka untuk kekal awet muda, memang banyak petua yang kita dengar. Ada  suka produk atas kaunter dan ada yang lebih senang menggunakan bahan semula jadi.

Tapi, seorang wanita telah kongsikan tip penjagaan muka yang lebih ekstrem, iaitu dengan menggunakan darah haid sendiri pada muka. Biar betul!

Penjagaan muka untuk awet muda guna darah haid?!

penjagaan muka, penjagaan wajah, darah haid, rawatan muka, vampire treatment, produk kecantikkan, penjagaan kencantikan

Seorang wanita dengan nama Nina Emelyn di Facebook telah berkongsi yang dia mengamalkan penjagaan kulit wajah menggunakan darah haid dan mendapat hasilnya. 

Menurut wanita ini:

“Orang tua-tua cakap dulu, kalau period, darah dia boleh ambil sikit dan sapu dekat muka dan cuci balik bersih-bersih untuk bagi jerawat tak naik, muka bersih, awet muda.

Macam kita buat vampire treament tu.  Tapi jangan ambil banyak, sikit cukuplah. “Saya juga amalkan. Orang panggil memang ‘darah kotor’ tapi semua dari dalam badan kita adalah ubat untuk diri sendiri. Mungkin ada yang dekat sini amalkan. Buatlah, awak memang lambat tua. Mak cik saya yang ajar dan dia memang nampak muda.”

Tapi benarkan resepi penjagaan muka untuk kekal awet muda ini?  Kami mendapatkan pandangan pakar untuk memahami dengan lebih lanjut tentang tip tersebut.

Menurut Dr. Nadia Octavia, seorang doktor pakar kulit dari Indonesia, darah haid tidak boleh menghilangkan jerawat bahkan membuatkan muka awet muda. 

“Ini kerana, darah haid mengandungi banyak bakteria. Jika ia disapukan ke muka, lebih-lebih lagi ke atas jerawat, ia boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan.

Jika dibiarkan, ia boleh merebak dan menjadi bisul dan anda perlu membuat rawatan khas untuk memulihkannya.”

Juga, sehingga saat ini, tak ada bukti saintifik kukuh yang mengatakan bahawa darah haid boleh merawat dan mencantikkan muka.

Penjagaan muka: Apa itu sebenarnya vampire treatment?

penjagaan muka, penjagaan wajah, darah haid, rawatan muka, vampire treatment, produk kecantikkan, penjagaan kencantikan

Jadi, apa itu Vampire Treatment yang disebutkan oleh Nina Emelyn ini sebenarnya?

Gambar-gambar selebriti Hollywood yang menunjukkan terdarah darah pada muka mereka bukan datangnya dari darah haid ya. Ia adalah rawatan yang diberi nama Vampire Treatment.

Rawatan ini adalah gabungan microdermabrasion yang dibuat dengan meletakkan platelet-rich plasma (PRP) pada bahagian wajah.

PRP diperolehi dari bahagian serum darah yang mengandungi platelet. Platelet ini mengandungi faktor pertumbuhan dengan kadar yang tinggi. Apabila diletakkan ke atas kulit, ia akan merangsang perolehan sel.

Dalam bahasa mudah, ia adalah rawatan yang menggunakan darah anda sendiri untuk membantu mempromosikan pergerakan sel kulit yang sihat.

Apa yang penting, darah yang digunakan untuk vampire treatment ini adalah darah yang diambil apabila kulit dicucuk dengan jarum dan bukannya dari darah haid.

Malah, dalam Islam sendiri pun, darah haid termasuk dalam golongan najis. Jadi, kenapa kita nak letak najis ke muka sendiri?

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jom sama-sama kita sebarkan kebenaran tentang penjagaan muka ini agar tiada lagi wanita di luar sana yang terkeliru dan tertipu dengan sesuatu tip mitos palsu.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Klik Dokter, Allure

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-wanita-capai-klimaks/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!