Dengan Duit Menjual Teh, Lelaki Ini Bawa Isteri Melancong Ke 18 Buah Negara
Walaupun bukan berasal dari keluarga berada, lelaki ini tidak menjadikan kerjanya yang hanya menjual teh sebagai batu penghalang untuk bawa isteri melancong ke hampir 18 buah negara!
Kehidupan berumah tangga mudah untuk menjadi rutin dan sedikit bosan jika tiada pembaharuan atau aktiviti menarik dilakukan antara pasangan suami isteri.
Melancong? Mana mampu! Itu pasti reaksi daripada kebanyakkan kita, terutamanya yang baru nak memulakan kehidupan berkeluarga.
Tetapi tunggu dulu!
Ada seorang penjual teh di India telah berjaya mengubah persepsi ramai yang melancong berdua bersama isteri, atau honeymoon, adalah sesuatu yang mustahil atau aktiviti orang kaya sahaja.
Mesir, Switzerland, dan Afrika Selatan adalah antara destinasi hebat dunia yang berjaya dijelajahi oleh pasangan Vijayan dan Mohana dari Kochi, India ini.
Yang menariknya, perbelanjaan perjalanan adalah hasil daripada pendapatan yang diperolehi daripada kedai menjual teh yang dimiliki oleh mereka!
Pada usia 65 tahun, pasangan ini sesuai dipanggil sebagai pelancong tegar
Setakat ini, Vijayan telah berjaya membawa isterinya bercuti ke hampir 18 buah negara di seluruh dunia dan berazam untuk menjelajah ke lebih banyak tempat lagi.
Sebenarnya, melancong dan mengembara adalah hobi Mr Vijayan sewaktu remaja lagi. Dahulu, dia sering mengikut bapanya berjalan ke beberapa buah kuih di Kerala, India.
Pada waktu itu, dia sedar yang dia sangat suka mengembara dan baginya, melancong adalah antara cara terbaik untuk mencipta memori manis dalam kehidupan.
Namun, aktiviti melancong terhenti selepas bapanya meninggal dunia dan Vijayan terpaksa menghabiskan seluruh masanya mencari wang demi menampung kehidupan keluarga.
Pada tahun 1988, apabila dia diterima sebagai pekerja tukang masak, dia memulakan semula minat melancongnya itu.
Ada satu ketika, dia telah berjaya menemani seorang lelaki ke Pergunungan Himalaya!
Sejak itu, dia tidak pernah berhenti merancang aktiviti pengembaraan. Dia ingin terus melawat ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia.
Dan kini, Mohana, isteri tercinta yang telah dikahwininya selama hampir 40 tahun adalah peneman setianya.
“Saya tidak boleh melancong tanpanya, saya gembira kalau dia ikut sekali.”
Isu kewangan bukan satu penghalang
Tidak dapat dinafikan, isu kewangan adalah antara penyekat utama minat mereka berdua, tetapi mereka cukup kreatif dan berazam.
Mereka akan membuat pinjaman untuk pergi mengembara dan bekerja kuat selepas itu selama beberapa ketika untuk menghabiskan pembayaran pinjaman tersebut.
Malah, Vijayan turut berusaha menyimpan 300 rupees (lebih kurang RM20) setiap hari demi membeli tiket kapal terbang.
Walaupun kedua-dua mereka bukanlah dari keluarga berada, namun mereka berimpian besar. Akhirnya, mereka berjaya mengecapi apa yang mereka ingini.
Perkara baik untuk dicontohi
Dalam kisah menarik pasangan romantis dari India ini, ada pengajaran buat kita suami isteri.
Kita tidak perlu hidup dalam rutin yang membosankan atau bergantung kepada unsur material semata-mata.
Pergilah mengembara, luaskan pandangan dan perspektif diri, dan gunakan kesempatan melancong berdua sebagai platform untuk mengeratkan perhubungan dan persefahaman antara suami isteri.
Carilah nilai sahabat setia dalam diri pasangan hidup kita itu. Dan, yang paling penting, cari nilai pengajaran dalam setiap perjalanan yang kita tempuhi bersama.
Semoga apabila pulang daripada melancong nanti, kita dapat kembali kepada ahli keluarga kita sebagai seorang ibu atau ayah yang mempunyai wisdom, atau hikmah diri!
Sumber: Ntd.tv
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
10 Perkara Suami Isteri WAJIB Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim & Berkekalan