Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

lead image

Walaupun punca penyakit asma belum dikenalpasti secara tepat, namum ada beberapa risiko yang boleh menyumbang penyakit asma yang perlu anda ketahui.

Punca penyakit asma masih belum diketahui dengan tepat. Asma mungkin bermula pada awal usia, sewaktu sistem imun masih berkembang.

Ciri-ciri tertentu pada sistem imun seseorang boleh menjadikannya lebih terkesan kepada alergen atau virus.

Oleh itu, pendedahan kepada beberapa alergen atau virus boleh mencetuskan perubahan dalam sistem imun ke arah penyakit asma dan alahan.

Memandangkan asma ditemui dalam ahli keluarga yang sama, beberapa ciri penting sistem imun mungkin berada dalam bentuk genetik. Walau bagaimanapun, gen sebenar yang berkaitan dengan asma masih belum diketahui.

Meskipun punca penyakit asma masih menjadi kajian, terdapat beberapa faktor risiko yang didapati berkait rapat dengan kejadian penyakit asma.

Punca penyakit asma: Sebelum kelahiran

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/AdobeStock 155514111.jpeg Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

1 – Ibu Merokok

Kanak-kanak mempunyai risiko asma yang lebih tinggi jika ibu merokok semasa mengandung. Kesannya dalam dilihat setelah mereka dilahirkan.

Pada usia dua tahun, kanak-kanak ini 40% lebih cenderung mengalami nafas berbunyi (wheezing) dan 85% lebih cenderung untuk mengalami asma.

Antara umur lima hingga 18 tahun, mereka adalah 52 % cenderung mengalami nafas berbunyi dan 23% lebih cenderung untuk mengalami asma.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap sewaktu dalam kandungan mengalami penurunan fungsi paru-paru sepanjang hayat.

Penyakit asma pada bayi dan kanak-kanak

2 – Alahan

Alergen adalah salah satu daripada dua faktor risiko yang paling penting. Alahan berkembang selepas seseorang terdedah kepada alergen.

Bentuk-bentuk biasa alergen adalah hama debu, lipas, dan kulat. Alergen merangsang sistem imun anda membuat antibodi.

Antibodi penting untuk melawan jangkitan berbahaya. Walau bagaimanapun, ia juga menyebabkan tindak balas alahan terhadap perkara-perkara yang tidak berbahaya, seperti hama debu atau haiwan.

Apabila alahan telah tercetus, pendedahan berterusan kepada alergen boleh menyebabkan asma.

Satu kajian meneliti risiko penyakit asma pada kanak-kanak berusia enam tahun yang mengalami alahan semasa berusia tiga tahun.

Berbanding dengan kanak-kanak tanpa alahan, keputusan menunjukkan bahawa risiko asma adalah:

  • Lebih daripada 9 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan anjing.
  • Hampir 4 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan kucing.
  • Hampir 3 kali lebih tinggi dalam kanak-kanak dengan alahan hama debu atau kulat.

Jangkitan virus dan nafas berbunyi

Jangkitan virus adalah faktor risiko utama lain terhadap penyakit asma. Kanak-kanak yang nafas berbunyi ketika mengalami selesema lebih cenderung mengalami asma berbanding yang tidak berbunyi ketika mereka berumur enam tahun.

Dua virus selesema biasa yang dikaitkan dengan asma ialah RSV (respiratory syncytial virus)dan HRV (human rhinovirus).

RSV adalah jangkitan virus biasa yang menyebabkan selesema. Bayi yang mempunyai jangkitan RSV mempunyai simptom yang kelihatan seperti asma.

Satu pertiga daripada kanak-kanak yang mendapat jangkitan RSV mengalami nafas berbunyi secara berterusan. Ini kemungkinan besar berlaku jika salah seorang ibu bapa mempunyai asma.

HRV sering menyebabkan selesema biasa, dengan simptom yang menjejaskan hidung, tekak, dan paru-paru.

Kanak-kanak yang nafas berbunyi semasa menghidap selesema adalah hampir 10 kali ganda lebih berkemungkinan mengalami asma berbanding yang nafas tidak berbunyi.

2 – Pendedahan kepada asap rokok

Kanak-kanak yang membesar dalam rumah dengan perokok menghadapi peningkatan risiko nafas berbunyi dan asma.

Bagi kanak-kanak berumur dua tahun yang ibunya merokok, risiko nafas berbunyi kira-kira 70% lebih tinggi dan risiko asma adalah 20% lebih tinggi berbanding mereka dengan ibu yang tidak merokok.

Akibat daripada asap rokok secondhand boleh memberi kesan walaupun setelah dewasa.

Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang terdedah kepada asap rokok secondhand sewaktu kanak-kanak hampir dua kali ganda berisiko menghadapi asma berbanding orang lain.

Faktor lain

Faktor lain boleh meningkatkan risiko asma, walaupun kaitannya tidak jelas. Contohnya termasuklah:

  • Pencemaran udara
  • Diet tidak sihat
  • Penggunaan antibiotik berlebihan
  • Pendedahan kepada perengsa (irritants)
  • Tekanan dan kesusahan hidup yang berterusan

Penyakit asma pada dewasa

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/se cs .png Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

1 – Merokok

Sukar untuk mengkaji sama ada merokok menyebabkan asma pada orang dewasa, tetapi kebanyakan kajian menunjukkan bahawa kedua-duanya saling berkait.

Dalam tempoh sepuluh tahun, merokok adalah faktor risiko asma bagi orang dewasa yang mengalami alahan pada hidung (allergic rhinitis/hay fever).

Asma lebih kerap berlaku dalam perokok tegar berbanding perokok ringan.

Berbanding dengan bukan perokok, perokok yang menghisap 1-10 tahun pek (tahun pek= bilangan pek rokok/hari x tahun) adalah dua kali ganda berkemungkinan mengalami asma bahkan mereka yang mempunyai sejarah lebih 21 tahun pek berisiko sebanyak lima kali ganda.

2 – Alahan

Sesetengah asma muncul pada masa dewasa kerana alergen dan kerengsaan (irritants) di tempat kerja. Tukang cuci, jururawat, pekerja fabrik dan petani yang kerap terdedah kepada kerengsaan di tempat kerja lebih cenderung mengalami asma.

Dalam keadaan lain, pendedahan besar-besaran terhadap kerengsaan yang tinggi, seperti tumpahan toksik, telah dilaporkan menyebabkan asma.

Mereka yang hidup di rumah yang mempunyai tahap kerengsaan yang tinggi, seperti sebatian organik juga mempunyai risiko asma yang lebih tinggi.

Obesiti

Selama beberapa tahun sebelum ini, obesiti dan asma kelihatan meningkat bersama-sama. Kaitan antara keduanya tidak diketahui. Obesiti boleh menyebabkan perubahan saluran udara yang menyebabkan sesak nafas.

Orang yang berat badan berlebihan juga mungkin mudah mengalami keradangan yang membawa kepada masalah dengan saluran pernafasan.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png Ibu hamil yang terdedah pada rokok tingkatkan risiko asma pada anak?

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

Anak hidap asma atau lelah boleh sembuh dengan 9 kaedah mudah ini