JANGAN bagi anak tembikai atau buah dari peti sejuk, mereka boleh keracunan makanan!

lead image

Penyakit bawaan makanan adalah merbahaya, lebih-lebih lagi jika terkena pada anak. Sebab itu penting untuk anda simpan makanan dengan betul.

Simpan buah dan sayur yang sudah dipotong semalaman dalam peti sejuk adalah perkara biasa yang kita buat. Tapi tahukah anda cara penyimpanan yang salah boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan?

Penting untuk kita sebagai ibu bapa berhati-hati dengan cara menyimpan buah dan sayur walaupun dalam peti sejuk kerana anak kecil sangat mudah terdedah pada bakteria.

Kisah lelaki ini yang mengalami sakit perut teruk selepas makan tembikai yang dibiarkan semalaman dalam peti ais sepatutnya dijadikan peringatan untuk kita.

Lelaki ini terkena penyakit bawaan makanan selepas makan tembikai

penyakit bawaan makanan, keracunan makanan, cirit birit, sakit perut, bayi sakit perut, anak sakit perut, cara simpan makanan, simpan makanan dengan betul

Menurut Apply Daily, seorang lelaki, Zhang, berusia 70 tahun yang tinggal di Bandar Xiangxiang, Hunan, China telah makan tembikai pada 25 Julai 2018. Tembikai ini telah disimpan semalaman di dalam peti sejuk.

Makanan yang kelihatan tak membahayakan ini telah membuatkan perutnya sangat sakit dua jam selepas itu. Zhang telah pergi ke hospital pada pagi keesokan harinya.

Dia telah dirujuk ke Hospital Changsa untuk mendapat rawatan lanjut pada 28 Julai 2018 di mana dia membuat ujian laparotomi.

Zhang kemudian disahkan mengalami necrotising enterocolitis (NEC), iaitu keadaan perubatan yang menyebabkan usus mereput dan mati!

Doktor terpaksa mengeluarkan 70cm usus kecilnya yang telah mula reput dan perlu membinanya semula.

Doktor percaya penyebab kejadian ngeri ini adalah kerana jangkitan bakteria menyebabkan penyakit bawaan makanan dari tembikai yang dimakannya.

Doktor juga telah meminta orang ramai supaya tak menganggap makanan yang disimpan di dalam peti sejuk adalah selamat untuk dimakan.

Penyakit bawaan makanan necrotising enterocolitis adalah penyakit yang selalu dihidapi bayi

penyakit bawaan makanan, keracunan makanan, cirit birit, sakit perut, bayi sakit perut, anak sakit perut, cara simpan makanan, simpan makanan dengan betul

Apa yang menakutkan, necrotising enterocolitis adalah penyakit berbahaya yang sering dihidapi oleh bayi, lebih-lebih lagi bayi pra matang.

Jika penyakit ini boleh didapati oleh tembikai yang tak disimpan dengan betul dalam peti sejuk, ini bermakna kita perlu fikir dua kali tentang cara kita menyimpan makanan.

Dalam kes Zhang ini, adakah dia telah menyimpan tembikai ini berdekatan dengan daging mentah? Ataupun tembikai ini dah dimakan separuh dan telah tercemar dari air liurnya?

Adakah dia basuh tangan sebelum menyimpannya? Ataupun dia menggunakan pembalut yang sudah digunakan untuk membalutnya? Kita tak tahu.

Tapi apa yang kita tahu adalah jika kita menyimpan makanan dengan betul, kita dapat melindungi kesihatan keluarga kita. 

Ini apa yang boleh berlaku jika anda tak simpan makanan dengan betul dalam peti sejuk

Penyakit bawaan makanan boleh menjadi teruk dan membawa kepada kematian, lebih-lebih lagi jika terkena pada kanak-kanak, ibu mengandung atau orang tua.

Apa penyebab penyakit bawaan makanan? Siapa yang boleh terkesan?

Bakteria merbahaya dan virus seperti (salmonella dan E.coli) adalah penyebab utama keracunan makanan.

Semua orang berisiko untuk mendapatnya tapi beberapa jenis orang lebih berpeluang untuk mendapat keracunan makanan berbanding yang lain. Mereka ini adalah:

  • Bayi dan kanak-kanak
  • Ibu mengandung dan janin
  • Warga emas
  • Orang yang mempunyai sistem imunisasi lemah

Kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapat keracunan makanan kerana sistem  imunisasi mereka masih berkembang.

Berbanding dewasa, sistem mereka tak kuat untuk melawan bakteria dan virus. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati kerana sistem imunisasi mereka tak stabil. 

Tanda biasa keracunan makanan:

  • Perut sakit atau kejang
  • Mual
  • Muntah
  • Cirit birit atau cirit birit berdarah
  • Demam
  • Sejuk

Tip simpan makanan untuk elak penyakit bawaan makanan

penyakit bawaan makanan, keracunan makanan, cirit birit, sakit perut, bayi sakit perut, anak sakit perut, cara simpan makanan, simpan makanan dengan betul

  • Jangan abaikan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan betul sebelum menyediakan atau memegang makanan.
  • Simpan buah dan sayur segar dalam peti sejuk.
  • Simpam buah dan sayur di tempat yang berlainan kerana buah yang telah masak boleh menyebabkan sayur hijau bertukar kuning.
  • Simpan makanan segar berasingan dengan daging mentah dan makanan laut.
  • Pastikan suhu peti sejuk anda sejuk, biasanya antara 0ºC dan 4ºC.
  • Simpan sayur dan buah yang telah dipotong dalam bekas yang bertutup.
  • Simpan sayur berakar seperti kentang dan buah segar pada suhu bilik.
  • Guna landas dan peralatan memasak berasingan

Cara yang betul untuk simpan buah dan sayur

  • Jangan simpan tomato dalam peti sejuk. Hanya tomato yang dah dipotong sahaja.
  • Jangan simpan avokado dalam peti sejuk.
  • Simpan epal pada tempat bersuhu bilik jauh dari buah lain kerana ia mengeluarkan gas etilena yang menyebabkan buah lain masak dengan cepat.

Pastikan sekarang anda berhati-hati semasa menyimpan makanan. Walaupun ia nampak leceh, tapi ia boleh menyelamatkan keluarga, lebih-lebih lagi anak anda dari penyakit merbahaya.

 

 

 

 

 

 

Baca juga:

11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda