6 Wabak Berbahaya Yang Pernah Menggemparkan Malaysia & Meragut Banyak Nyawa!

Beberapa jenis penyakit disebabkan virus yang pernah tular dan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. Jom kita imbas semula

Tahukah anda tentang penyakit berjangkit yang pernah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu? 

Sebelum itu, di zaman yang serba canggih kini, negara kita tentunya banyak berhubung dengan masyarakat luar dan ada juga yang menetap di negara lain untuk menyambung pelajaran, melancong mahupun bekerja di sana.

Atas sebab keluar masuk ini semakin aktif sekaligus ia boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit yang mungkin dibawa dari negara yang dikunjungi.

Oleh kerana itu, negara kita beberapa kali digemparkan dengan kes penyebaran wabak berbahaya hingga menyebabkan masyarakat takut jika ia boleh meragut nyawa ramai orang.

Di sini kami kumpulkan beberapa kes penyakit berjangkit yang pernah tular di negara kita suatu masa dahulu hingga sekarang.

6 penyakit berjangkit yang tular di Malaysia

#1. Virus selsema burung

penyakit berjangkit

Kredit: Free Malaysia Today

Virus selsema burung ini mempunyai kod H7N9 yang dipercayai berpunca dari China selepas ditemui buat pertama kali sekitar tahun 2003.

Jika diimbas kembali kes pertama dilaporkan berlaku di China namun ia turut ditemui di negara kita pada tahun 2014.

Kisah bermula apabila seorang wanita 66 tahun yang berasal dari Guangzhou datang ke Malaysia untuk melancong. Ketika berada di Sabah, wanita tersebut mula mengalami demam panas, batuk dan cirit birit.

Semasa dirawat doktor mendapati wanita itu mengalami degupan jantung yang tinggi, tekanan darah yang rendah dan ada bunyi dari pergerakan paru- parunya.

Punca jangkitan pada wanita itu dipercayai datang dari 3 ekor ayam yang disembelih untuk dimasak pada 30 Janurari 2014.

Dalam tahun 2013 hingga 2019, seramai 616 orang telah mati dan semuanya berasal dari China.

#2. SARS

SARS atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk merupakan jangkitan wabak paling berbahaya kerana berlaku secara global semasa dunia sedang bergelut dengan masalah ekonomi pada tahun 2002.

Ia dipercayai datang dari Guangdong selepas kematian seorang petani kerana jangkitan paru-paru yang belum pernah ditemui pada 16 November 2002.

Kemudian ia merebak lalu menjangkiti kira-kira 305 individu lain dan 5 kematian dilaporkan pada tahun berikutnya.

Lebih mengejutkan, berlakunya kematian warga Malaysia selepas lelaki yang bersal dari Jerantut Pahang itu pulang dari China pada 30 Mac 2003 selepas dimasukkan ke wad.

Seleps setahun lebih, China dan seluruh dunia mengisytiharkan bebas SARS pada 19 Mei 2004.

#3. Serangan virus Nipah

6 Wabak Berbahaya Yang Pernah Menggemparkan Malaysia & Meragut Banyak Nyawa!

Virus Nipah merupakan satu-satunya kes yang berlaku dalam negara kerana membabitkan satu kes jangkitan yang berlaku di Ipoh Perak.

Penyebaran wabak ini juga mencipta sejarah dalam bidang perbubatan kerana manusia dan haiwan iaitu kelawar dan babi terlibat, sama ada sebagai perumah, pembawa dan mangsa jangkitan.

Semua bermula apabila berjuta ekor babi didapati mengalami demam panas dan masalah pernafasan.

Disebabkan bimbang dengan apa yag berlaku kerana penguatkuasa turut gagal menghalang penjualan segera yang dilakukan peniaga babi lantas kerajaan mengarahkan 1.1 juta babi dibunuh dengan bayaran pampasan sebanyak RM120 seekor diberikan kepada penternak.

Disebabkan itu, 618 rumah diarah dikosongkan dan beberapa buah sekolah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan diarah tutup.

Bahkan, 257 kes jangkitan terhadap manusia direkodkan dengan 115 orang meninggal dunia selepas mengalami sakit kepala dan demam yang teruk selama 48 jam.

Majoriti yang meninggal itu bekerja dalam sektor penternakan babi komersial.

#4. Wabak Ebola

Wabak Ebola ini masaih merebak sehingga kini di beberapa bahagian Afrika seperti Congo dan Uganda.

Bahkan pada tahun lepas, seramai 1500 orang disahkan meninggal dunia kerana jangkitan wabak ini.

Atas sebab itu, Kementeria Kesihatan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau pelawat dari Congo dan Uganda pada bulan Julai 2019.

#5. Mers-CoV

Sindrom Pernafasan Akut Timur Tengah pernah mengejutkan negara kita selepas kes pertama dikesan melibatkan seorang pesakit berusia 54 tahun yang telah ke Jeddah Arab Saudi pada 15 hingga 28 Mac 2014.

Semasa dalam rombongan pesakit dikatakan berkunjung ke sebuah kawasan penternakan unta dan minum susu unta tersebut.

Selepas pulang ke rumah, pesakit mengalami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia.

Disebabkan itu, bila tibanya musim haji, proses pemantauan yang ketat telah diperkenalkan supaya dapat mengawal gejala dan wabak ini.

#6. Corona Virus

corona

Kini kita digemparkan dengan satu lagi wabak penyakit berjangkit yang dikenali sebagai corona virus yang dikatakan tersebar melalui sebuah pasaraya yang menjual makanan eksotik di Wuhan, China.

Sehingga kini virus telah mengorbankan seramai 130 rakyat China dan hampir 6,000 daripada penduduk telah dijangkiti penyakit tersebut.

Atas sebab itu, China akan mengeluarkan satu tinjauan mengenai perkembangan sektor kerana rangkaian kedai, restoran dan pawagam dijangka menyaksikan kejatuhan jualan kerana rakyat China mengambil langkah
berjaga-jaga dari dijangkiti corona virus.

Bahkan, KKM juga turut mengarahkan rakyat Malaysia supaya mengamalkan kebersihan dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya wabak tersebut tidak tular di negara kita dek kerana ada warga negara China yang telah dijangkiti wabak tersebut dan telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Sebab itu, kerajaan telah mengekang kemasukan warga negara China khususnya di beberapa wilayah yang terkesan supaya tidak dapat masuk ke Malaysia.

Apapun, diharap virus yang boleh mengancam nyawa manusia ini dapat diatasi dengan cara yang paling terbaik.

6 Wabak Berbahaya Yang Pernah Menggemparkan Malaysia & Meragut Banyak Nyawa!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Iluminasi 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcorona-virus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!