Hati-Hati Jika Anda Nak Ke Thailand Cuti Sekolah Ini, Pastikan Anak Divaksin!

lead image

Adakah anda bercadang untuk bawa anak anda bercuti di Thailand cuti sekolah ini? Kalau ya, pastikan keluarga anda dah mendapat vaksin penyakit campak ya!

Cuti sekolah makin dekat. Adakah anda dan keluarga merancang nak bercuti ke Thailand? Jika ya, hati-hati kerana kes penyakit campak atau demam campak sedang meningkat di sana.

Sebanyak 14 kematian dan 1,500 kes telah dilaporkan sejak Sepetember 2018. Daerah selatan Thailand seperti Yala, Pattani dan Narathiwat adalah antara tempat yang paling banyak dijangkiti.

Kenapa kes penyakit campak ini meningkat secara tiba-tiba?

Kes penyakit campak meningkat di Thailand gara-gara khabar angin tentang vaksin

src=https://factdr.com/wp content/uploads/2018/05/Measles newborn.png Hati Hati Jika Anda Nak Ke Thailand Cuti Sekolah Ini, Pastikan Anak Divaksin!

Peningkatan kes campak di Thailand berlaku kerana kadar vaksin rendah di kalangan komuniti Muslim di Selatan Thailand.

Komuniti Muslim di sana telah mendengar khabar yang mengatakan vaksin demam campak mengandungi gelatin diperbuat dari produk berasaskan babi.

Walau bagaimanapun, pihak kesihatan Thai menjelaskan Thailand mengimport vaksin campak yang tak mengandungi gelatin dari babi.

Majlis Islam Pusat Thailand juga turut menjelaskan, jika vaksin ini mengandungi bahan yang terlarang dalam agama sekali pun, kebaikan perubatan terhadap seseorang dan komuniti adalah jauh lebih penting.

Jadi, jika anda bercadang untuk pergi ke Thailand cuti sekolah ini, pastikan seluruh keluarga anda sudah diberi vaksin campak.

Vaksin MMR ini adalah cara paling efektif untuk menghalang penyakit campak.

Apa itu penyakit campak?

Campak adalah jangkitan yang sangat mudah berjangkit disebabkan oleh virus. Ia boleh menyebabkan ruam pada seluruh badan dan simptom demam dan selesema.

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/measles 2 1.jpg Hati Hati Jika Anda Nak Ke Thailand Cuti Sekolah Ini, Pastikan Anak Divaksin!

Simptom-simptom biasa termasuklah:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Mata bengkak (konjungtivitis)
  • Ruam merah besar dan rata di seluruh badan
  • Tompokan putih kebiruan kecil di dalam mulut – juga dipanggil tompokan Koplik

Ruam akan keluar tiga ke lima hari selepas simptom bermula atau diikuti dengan demam panas sehingga 40°C.

Rawatan untuk penyakit campak

Pesakit demam campak perlu diperhatikan secara dekat kerana kadang-kadang boleh berlaku komplikasi seperti jangkitan telinga, bronkitis, cirit-birit, ensefalitis dll.

Cara terbaik untuk melindungi anak-anak adalah memastikan anak mendapat imunisasi untuk melawan demam campak.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: 

Sudahkah anak anda dapat semua vaksin wajib ini? Rujuk jadual imunisasi berikut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!