5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam...

lead image

Ramai ibu bapa terlepas pandang tanda-tanda penyakit refluks senyap ini kerana menyangka bayi yang muak dan muntah susu itu normal. Tapi sebenarnya, anak sedang menderita...

Jika bayi anda mengalami penyakit Gerd atau refluks, anda masih boleh melihat tanda-tanda sakitnya. Namun, bagaimana jika anak kecil itu mengalami refluks senyap? 

Refluks senyap salah satu penyakit Gerd yang tidak menunjukkan sebarang tanda, melainkan bayi muak atau muntah. Sebab itu ramai ibu bapa yang terlepas pandang masalah ini!

Mari kita ketahui lebih lanjut tentang penyakit Gerd dan refluks senyap kerana tak ramai ibu bapa yang tahu tentang penyakit ini. 

Apa itu penyakit Gerd dan refluks senyap? Apa penyebabnya? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Infant Feeding Problems Teething.jpg 5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam...

Penyakit Gerd atau gastroesophageal reflux adalah keadaan apabila isi perut iaitu makanan atau minuman yang diambil bayi tertolak semula ke saluran esofagus iaitu struktur seperti tiub yang menyambung mulut dengan perut.

Ia sekaligus akan menyebabkan bayi sedu, meludah atau muntah.

Keadaan ini selalu terjadi di kalangan bayi berumur setahun ke bawah di mana fungsi pencerut esofagus belum matang sepenuhnya. Kadang-kala, ia diburukkan lagi dengan pemberian susu lebih daripada apa yang bayi perlukan (terlampau banyak).

5 simptom refluks pada bayi – ibu bapa wajib peka!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/1 C1cvImgq6JifQhfvGpGswg.jpeg 5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam...

Kebanyakan ibu bapa melaporkan bayi mereka selalu muak setiap kali selepas penyusuan dan ada ketikanya berlaku semasa menyusu. Hal ini sekaligus membuatkan ibu bapa lebih risau. 

Muak atau muntah adalah normal bagi bayi, tapi hati-hati dengan simptom refluks senyap.

Refluks senyap adalah keadaan apabila isi kandungan perut keluar, contohnya bayi sudah menelan susu tapi ia mengalir keluar semula dari perut. Refluks senyap juga dikenali sebagai Laryngopharyngeal Reflux (LPR).

Berikut simptom yang boleh dialami bayi yang mengalami refluks senyap: 

Kesan-kesan penyakit Gerd dan refluks senyap pada bayi 

Perlu atau tidak bayi dibawa berjumpa doktor? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/the jama network.jpg 5 Tanda Bayi Muak Kerana MENDERITA Sakit Refluks Dalam Diam...

Kredit : The jama network

Ya, bayi perlu dibawa berjumpa doktor supaya pakar dapat memastikan si kecil itu hanya mengalami masalah refluks fisiologi. Ciri-cirinya seperti berikut: 

Rawatan yang boleh diberikan pada bayi yang mengalami masalah refluks senyap

  • Tinggikan sedikit kepala sewaktu penyusuan dalam 45 darjah. 
  • Kekalkan posisi sama lebih kurang 30 minit selepas menyusu.
  • Doktor akan beri anggaran keperluan dan jumlah susu yang perlu diminum sehari sekiranya ia susu formula. 
  • Ibu dinasihatkan supaya tidak memberi terlampau banyak susu sewaktu penyusuan yang boleh menyebabkan overfeeding. Namun, jika bayi menyusu badan ia jarang berlaku kerana bayi akan melepaskan puting setelah kenyang. 
  • Elakkan pakai barut atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggang. 
  • Jika terlalu kerap muak, doktor akan memulakan rawatan ubat-ubatan bagi mengurangkan masalah ini. 

Namun begitu, ibu bapa tak perlu bimbang kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan pulih sepenuhnya apabila usia mereka mencecah satu tahun.

Tapi sebilangan kecil mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. 

Justeru, anda harus selalu berjumpa pakar pediatrik jika prihatin terhadap kesihatan bayi anda walau apa cara sekalipun. 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Baby YumYum 

Sumber: My Health & Penulis asal Nalika. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Bayi Muntah Susu Selalu? Ketahui 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!