Sebelum Ke Mana-Mana Cuti Sekolah Ini, Ambil Tahu Penyakit Yang Tengah Tular Berikut!

lead image

Bercadang hendak ke melawat Bali atau mana-mana negara Asia cuti sekolah ini? Hati-hati kerana penyakit Japanese Encephalitis sedang merebak!

Cuti sekolah sudah bermula. Anda mungkin sedang sibuk memilih destinasi untuk dijadikan tempat percutian keluarga. Tapi sebelum itu, ambil tahu tentang penyakit Japanese Encephalitis yang sedang merebak di beberapa negara Asia ini!

Salah satu negara yang dilaporkan dengan banyak kes penyakit Japanese Encephalitis adalah Indonesia.

Di Australia, para pelancong yang ingin bercuti ke Bali telah diberi amaran tentang penyakit ini kerana ramai orang telah dijangkiti penyakit ini di Bali.

Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Eropah (ECDPC) juga mengatakan penyakit ini telah merebak secara meluas di Asia di India, Pakistan, Jepun dan beberapa negara lain.

Penyakit Japanese Encephalitis: Indonesia ambil langkah berjaga-jaga

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Untitled 3.jpg Sebelum Ke Mana Mana Cuti Sekolah Ini, Ambil Tahu Penyakit Yang Tengah Tular Berikut!

Pihak kesihatan Indonesia kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga di Bali, Sulawesi Utara dan Manado. Tapi, setakat ini kes terbanyak ditemui di Bali.

“Untuk mencegah penyakit ini dari terus merebak, kami telah memberikan vaksin di Bali dan hasil yang diterima cukup baik” kata Pengarah Pengawasan dan Kuarantin Bahagian Kesihatan Indonesia, Vensya Sitohang.

Vaksin ini ditujukan pada kanak-kanak seawal usia sembilan bulan hingga 15 tahun kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Setakat ini, pihak kementerian mengatakan, sudah 979,953 orang telah divaksinkan. “Kami berharap untuk mencegah dari awal sehingga tak ada risiko maut,” tambah Vensya.

Pada bulan Oktober lalu, Portal Kesihatan Nasional India telah mengeluarkan amaran tentang penyakit JE ini.

“Ensefalitis Jepun merupakan penyakit virus yang ditularkan oleh nyamuk kepada manusia hingga menyebabkan radang di bahagian otak.”

Virus ini biasanya dibawa oleh nyamuk, tapi boleh juga terdapat pada burung, kelawar, kerbau dan babi.

5 perkara anda perlu tahu tentang penyakit Japanese Encephalitis

1. Gejala penyakit Japanese Encephalitis kelihatan selepas 5-15 hari

src=https://id Sebelum Ke Mana Mana Cuti Sekolah Ini, Ambil Tahu Penyakit Yang Tengah Tular Berikut!

Gejalanya termasuk sakit kepala, muntah, keliru dan sukar bergerak.

Kemudian, akan ada bengkak di sekitar otak dan ia boleh membawa maut. Lebih kurang satu daripada 250 jangkitan berakhir dengan kematian. Ini bermakna, Ensefalitis Jepun adalah penyakit yang anda tak boleh abaikan!

2. Manusia boleh dijangkiti melalui gigitan nyamuk dan virus ini boleh disebarkan dari babi, nyamuk dan burung air

Virus Japanese Encephalitis biasanya tersebar semasa musim panas di kawasan tropika. Walau bagaimanapun, ia jadi lebih banyak semasa musim hujan di daerah penanaman padi.

Manusia boleh dijangkiti melalui gigitan nyamuk, jadi penting untuk anda bersihkan persekitaran anda dari  menjadi tempat pembiakan nyamuk.

3. Orang yang tinggal di kawasan pedalaman dan di kawasan banyak nyamuk berisiko tinggi untuk dijangkiti

Kerana nyamuk boleh mendapat virus ini dari burung atau babi yang telah dijangkiti, orang yang tinggal di kawasan yang menjadi tempat penghijrahan burung dan kandang babi lebih berisiko tinggi.

4. Tiada rawatan antivirus untuk penyakit Japanese Encephalitis tetapi ada vaksin untuk mencegahnya

Sedihnya, bila seseorang dijangkiti virus ini, tak ada rawatan yang boleh digunakan untuk melawan jangkitan ini. Perkara terbaik yang boleh doktor lakukan adalah mengurangkan gejala dan menstabilkan pesakit.

Tapi, ada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini dan memakai penghalau serangga, baju lengan panjang dan persekitaran yang bersih dan bebas nyamuk adalah cara yang baik untuk mencegahnya.

5. Penyakit Japanese Encephalitis adalah penyakit berbahaya

Jika anda atau orang tersayang telah menunjukkan gejala penyakit ini, penting untuk anda melawat doktor untuk mendapatkan rawatan sepatutnya. 

Untuk ibu bapa, pastikan anak-anak anda mendapat perlindungan dan vaksin yang dijadualkan sebelum anda membawa mereka bercuti ke mana-mana.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia, theAsianparent Singapore

Baca juga: 

Hati-Hati Jika Anda Nak Ke Thailand Cuti Sekolah Ini, Pastikan Anak Divaksin!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!