theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!

8 penyakit kanak-kanak yang ada dalam senarai ini patut diketahui ibu bapa agar anda boleh memantau tanda-tandanya pada anak anda. Jangan leka ibu bapa!

Kanak-kanak adalah individu yang paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit merbahaya di dunia. Penyakit kanak-kanak ini sebenarnya antara punca jumlah kematian kanak-kanak semakin meningkat.

Akan tetapi, ia boleh dicegah jika kanak-kanak itu diberi vaksin dan dijaga dengan betul. Walaubagaimanapun, masih ramai ibu bapa di luar sana yang tidak bersedia dan tidak dididik tentang penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa anak mereka. 

Maklumat ini diperoleh daripada pihak WHO sendiri.

8 Penyakit Kanak-Kanak Setiap Ibu Bapa Perlu Ambil Berat

1# Penyakit kanak-kanak: Pneumonia

penyakit kanak-kanak

Kredit: childrenswellcenter.com

Hampir 81% kematian akibat penyakit pneumonia terjadi pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. 

Radang paru-paru ini boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit. Namun, penyelidik menganggarkan ia boleh dicegah dengan vaksin.

Antara sebab utama mengapa kanak-kanak diserang pneumonia adalah kerana kekurangan zat, penyusuan susu ibu yang kurang optimal, dan kekurangan zink. 

Baca juga: Akibat Menangis Terlalu Kuat, Paru-Paru Bayi Ini ROSAK, 7 Cara Hentikan Tangisan Bayi

2# Penyakit kanak-kanak: Cirit-birit

penyakit kanak-kanak

Kredit: Freepik

Cirit-birit yang dialami kanak-kanak sebahagian besarnya disebabkan oleh jangkitan dari virus rotavirus, bakteria salmonella atau dari parasit giardia. 

Kunci utama untuk mengelak penyakit ini adalah dengan mencegah anak terkena dehidrasi (kurang air). 

Cirit-birit boleh membuatkan tubuh anak anda kehilangan banyak air, jadi untuk kembali pulih, mereka perlu minum banyak air.

Kalau tidak, cirit-birit boleh membawa kepada sawan, kerosakan otak atau maut.

3# Penyakit kanak-kanak: Malaria

penyakit kanak-kanak

Kredit: Freepik

Malaria adalah penyakit yang paling berbahaya untuk kanak-kanak. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk dan boleh menjangkiti individu dengan mudah.

Kanak-kanak yang menghidap malaria akan mengalami demam, menggigil kesejukan, selesema dan boleh maut jika tidak dirawat dengan segera.

4# Penyakit kanak-kanak: Polio

penyakit kanak-kanak

Kredit: cdc.gov

Polio boleh tersebar melalui sentuhan dengan najis, mukus, atau dari air liur penghidapnya.

Polio mampu menyerang otak dan saraf tunjang hingga menyebabkan kelumpuhan. Ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin yang diberi pada bayi ketika berusia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu.

5# Campak

penyakit kanak-kanak

Kredit: medlineplus.gov

Campak adalah virus yang berbahaya buat kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ia amat senang dijangkiti oleh mereka.

Biasanya, anak yang terkena campak akan naik titik-titik di mulut dan hidung mereka. Kemudian, mereka akan menghidap selesema dan demam. 

Campak boleh menyebabkan krup, bronkitis dan menjangkiti sistem saraf. Campak boleh diatasi dengan pemberian vaksin. 

6# Difteria

8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!

Kredit: Healthline

Difteria adalah penyakit yang melibatkan pernafasan atau kerongkong. Ia boleh berjangkit namun mampu dielak jika anak anda telah diberi vaksin yang sepatutnya.

Penyakit ini menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan pada jantung atau sistem saraf dan boleh membawa maut. 

Dalam kes-kes tertentu, difteria boleh menyebabkan nodus limfa kanak-kanak membengkak lalu menyukarkan pernafasan.

7# Tetanus (kancing dagu)

8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!

Kredit: thedo.osteopathic.org

Tetanus atau kancing dagu boleh berlaku akibat pencemaran di kawasan luka. Jangkitan ini boleh menyebabkan kekejangan otot di rahang atau di seluruh badan.

Organisma yang boleh menyebabkan tetanus ada dalam tanah. Jadi, jika mana-mana kawasan luka anak anda terkena tanah, mereka mungkin boleh dijangkiti tetanus.

Tetanus juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Namun, ia boleh dicegah dengan pemberian vaksin. 

8# Pertussis (batuk kokol) 

8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!

Kredit: maine.gov

Pertusis atau dikenali sebagai batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak yang paling mudah merebak.

Ia menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas dan mengalami batuk kokol selama lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal.

Penyakit ini bermula dengan selesema, kemudian anda akan dengan anak batuk “tercungap-cungap” seolah mereka susah untuk menarik nafas.

Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan muntah, turun berat badan, kecederaan otak dan maut. Bayi adalah insan paling berisiko.

Oleh itu ibu bapa semua, sentiasa jaga malah pantau tahap kesihatan anak-anak anda. Semua penyakit berbahaya ini boleh dicegah dengan pemberian vaksin.

Jadi, dapatkan vaksin seperti yang sepatutnya. Jika anda ada sebarang persoalan dan kemusykilan, segera rujuk ia pada doktor pakar.

Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi.

Sumber rujukan: AFK Insider dan Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi 11 Vaksin Patut Beri Pada Anak Jika Tak Nak Dia Mudah Sakit!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 8 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Merbahaya Yang Boleh Ragut Nyawa Anak - Ibu Perlu Baca!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 7 Tanda Anak PERLU Jumpa Doktor, Ramai Parent Abaikan Tanda-Tanda Kecil Ini!

    7 Tanda Anak PERLU Jumpa Doktor, Ramai Parent Abaikan Tanda-Tanda Kecil Ini!

  • Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

    Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • 7 Tanda Anak PERLU Jumpa Doktor, Ramai Parent Abaikan Tanda-Tanda Kecil Ini!

    7 Tanda Anak PERLU Jumpa Doktor, Ramai Parent Abaikan Tanda-Tanda Kecil Ini!

  • Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

    Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi