Pneumonia atau radang paru-paru adalah antara punca utama bagi kematian bayi dan kanak-kanak di negara Filipina. Mujurlah penyakit ini boleh dielak dan dirawat. Atas sebab itu, ibu bapa harus lebih peka dalam mengenal tanda tanda pneumonia dan mengetahui langkah mudah yang mampu mencegah penyakit ini.
Hakikatnya setiap ibu ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun sekiranya anda berdepan keadaan ini, pastikan si manja memperoleh rawatan di hospital yang berdekatan.
Baca juga: 11 Suntikan Vaksin Ini WAJIB Diambil Oleh Anak-Anak Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit
Tanda tanda pneumonia yang perlu diwaspadai

Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara akan dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.
- Kesukaran bernafas
- Demam dengan suhu bawah 38.5 C
- Rasa tidak selesa
- Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
- Batuk kering dan tanpa henti
- Bernafas dengan laju dan berdehit
- Sakit perut
- Sakit dada
- Menggigil
- Muntah
- Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
- Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)
Tanda-tanda penyakit pneumonia berbeza-beza bergantung pada bahagian paru-paru yang telah dijangkiti kuman. Paru-paru dengan jangkitan di bahagian tengah dan atas akan mengakibatkan kesukaran bernafas; manakala paru-paru dengan jangkitan di bahagian bawah mampu mengakibatkan muntah, loya dan sakit perut.
Puncajangkitan paru paru pada bayi atau anak kecil

Pneumonia boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit. Bakteria yang mengakibatkan penyakit pneumonia adalah streptokokus dan mikoplasma (pneumonia yang biasa digelar “walking pneumonia”). Virus pula adalah virus demam selesema (influenza) dan virus sinsitium pernafasan (RSV).
Bagi individu dengan sistem ketahanan badan (imun) yang lemah, penyakit pneumonia boleh diakibatkan oleh organisma “pneumocystis jiroveci”. Organisma ini mengakibatkan serangan radang paru-paru pada pesakit HIV. Atas sebab itu, doktor akan meminta anda menjalani ujian HIV.
Kanak-kanak boleh dijangkiti radang paru-paru apabila:
- Menghidu udara yang telah dijangkiti pneumonia atau bakteria tertentu.
- Menghidap jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema
- Mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak
- Dalam kes sawan dan strok, jangkitan terjadi akibat menarik nafas dengan jus gastrik dalam perut, perut dipenuhi makanan, atau muntah dalam paru-paru.
*Perhatian: Virus atau bakteria yang mengakibatkan penyakit radang paru-paru sering ada dalam hidung. Apabila virus atau bakteria ini merebak ke paru-paru, individu yang sihat juga mampu dijangkiti pneumonia. Ia sering terjadi selepas selesema atau ketika menghidap penyakit paru-paru obstruktif yang kronik.
Pneumonia boleh tersebar melalui komuniti (seperti di sekolah atau tempat kerja) atau tersebar melalui tempat penjagaan kesihatan (seperti di hospital). Kedua-dua konsep penyebaran memerlukan rawatan yang berbeza. Dalam artikel ini, perbincangan akan difokuskan pada penyebaran melalui komuniti kerana kanak-kanak lebih cenderung dijangkiti di sekolah berbanding di fasiliti penjagaan kesihatan.
Individu yang berisiko mengalami simptom pneumonia
- Individu dengan sistem ketahanan badan yang lemah. Individu dengan HIV atau AIDS, sedang menjalani kemoterapi, pemberian steroids jangka masa panjang, dan baru menjalani proses pemindahan organ.
- Individu dengan penyakit kronik seperti sakit jantung, asma, atau penyakit paru-paru obstruktif kronik.
- Usia – Bayi, kanak-kanak dan orang tua yang berusia 65 tahun ke atas adalah individu dengan sistem ketahanan badan yang lemah, atau memiliki isu kesihatan sedia ada yang memudahkan jangkitan pneumonia.
- Individu yang menerima rawatan di hospital, seperti yang berada dalam wad ICU dengan alat bantuan pernafasan.
Demam adalah salah satu tanda-tanda penyakit yang boleh dipantau, bagi mengesan penyakit pneumonia. Pantau suhu badan anak-anak anda setiap pagi dan petang. Hubungi doktor jika suhu badan anak mencecah 38 C (bagi bayi baru lahir) dan 38.9 C ke atas (bagi bayi 6 bulan ke atas & kanak-kanak).
Ujian dan diagnosis

Pneumonia boleh dikesan menerusi pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor. Doktor akan mendengar bunyi pernafasan dan bunyi “crackling”. (bunyi crackling salah satu tanda pneumonia)
Pneumonia juga boleh dikesan melalui pemeriksaan X-ray dada, ujian darah, ujian kahak (sampel cecair dalam paru-paru, atau kahak dianalisis); dan ujian oksimetri nadi (mengukur tahap oksigen dalam darah).
Kanak-kanak harus segera menerima rawatan di hospital, jika…
- Berusia lebih muda daripada 2 bulan
- Sukar untuk bernafas
- Dehidrasi
- Sering kali mengantuk
- Memiliki tahap oksigen dalam darah yang rendah
- Suhu badan yang lebih rendah daripada biasa
Rawatan di rumah dan langkah pencegahan
- Beri kanak-kanak minum air dan makan sup reneh dengan banyak, untuk mengeluarkan toksin dari badan.
- Jika kanak-kanak sakit dada, demah dadanya.
- Pastikan kanak-kanak mengambil ubat-ubatan dengan betul, untuk menghapus bakteria.
- Basuh tangan dengan kerap dan betul
- Elakkan daripada guna cawan, pinggan atau perkakas yang sama dengan pesakit
- Memiliki sistem imunisasi yang terkini, untuk mengelak jangkitan lain
- Meningkatkan sistem imun kanak-kanak yang dijangkiti dengan memberi mereka tidur dan senaman yang mencukupi, malah diet yang seimbang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: Google Images
Baca juga: Ibu Ini Dakwa Anaknya Dapat Pneumonia Kerana Tidur Bawah Kipas!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!