Kurang vitamin D dan kalsium boleh buat anak cacat seperti ini!

lead image

Penyakit riket adalah disebabkan kekurangan vitamin D dan kalsium. Ia selalunya terjadi pada kanak-kanak, jadi penting untuk anda tahu tentang penyakit ini.

Anak anda tak suka minum susu atau makan ikan? Jika mereka kekurangan vitamin D dan kalsium, mereka boleh terdedah pada penyakit riket iaitu gangguan tulang yang menyebabkan tulang jadi lembut dan mudah patah serta kecacatan!

Oleh itu, penting untuk anda tahu tentang penyakit ini bagi mencegah atau mendapatkan rawatan awal agar kesan jangka panjang pada anak boleh dielak.

Apa itu penyakit riket?

penyakit riket, penyakit tulang, kurang kalsium, kurang vitamin D, anak tak nak susu, tulang kaki anak bengkok, tulang lembut

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Ia menyebabkan tulang menjadi lemah dan cacat.

Penyakit riket ini  selalu dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Ia terjadi kerana pengambilan vitamin D yang kurang dan kurang pendedahan pada cahaya matahari.

Riket biasanya dihidapi oleh kanak-kanak, tapi orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini yang dikenali sebagai osteomalacia.

Dalam kebanyakan kes, anak telah mengalami kekurangan nutrisi dari peringkat awal kanak-kanak.

Tanda-tanda penyakit riket

penyakit riket, penyakit tulang, kurang kalsium, kurang vitamin D, anak tak nak susu, tulang kaki anak bengkok, tulang lembut

Tanda dan simptom penyakit riket adalah seperti berikut:

  • anggota badan bayi jadi lembik
  • sakit tulang
  • tulang lembut
  • tulang patah dengan mudah
  • pembengkakkan kosokulum, atau tulang belakang pada tulang di antara tulang rusuk dan plat payudara
  • alur Harrison, garis melintang di dada di mana diafragma melekap pada tulang rusuk
  • paras kalsium dalam darah rendah
  • lutut bercantum pada kanak-kanak yang lebih berumur
  • tengkorak lebut
  • ketinggian dan berat kurang
  • kecacatan pada tulang belakang, pelvik atau tengkorak
  • kaki bengkok
  • kekejangan otot yang tidak terkawal yang boleh menjejaskan seluruh badan
  • pergelangan tangan lebar

Simptom ini adalah mengikut keparahan penyakit.

Komplikasi yang boleh berlaku

  • Jika tak dirawat, kanak-kanak yang mengalami riket terdedah pada patah tulang. Orang yang mengalami riket parah dan berlanjutan boleh mengalami kecacatan tulang kekal.
  • Paras kalsium yang rendah dalam darah boleh menyebabkan kekejangan otot, sawan dan kesukaran bernafas.
  • Kes yang jarang berlaku, riket boleh melemahkan otot jantung.

Penyebab penyakit riket

penyakit riket, penyakit tulang, kurang kalsium, kurang vitamin D, anak tak nak susu, tulang kaki anak bengkok, tulang lembut

1 – Kurang vitamin D

Badan memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium dari usus. Cahaya UV dari matahari membantu sel kulit untuk menukarkan vitamin D dari tak aktif ke aktif.

Jika anak tak cukup vitamin D, kalsium tak diserap dengan baik dari makanan yang mereka makan dan menyebabkan paras kalsium dalam darah rendah.

Kekurangan kalsium menyebabkan kecacatan pada tulang dan gigi serta masalah saraf dan otot.

Menambah vitamin D dalam makanan adalah sangat mudah. Ini antara senarai makanan yang kaya dengan vitamin D:

  • telur
  • minyak kan
  • marjerin
  • susu dan jus
  • ikan sardin dan salmon

2 – Genetik

Riket hypophosphatemic adalah kesalahan genetik yang menghalang buah pinggang untuk memproses fosfat dengan betul. Paras fosfat rendah dalam darah menyebabkan tulang lemah dan lembut.

3 – Penyakit

Beberapa penyakit buah pinggang, hati dan usus boleh mengganggu cara badan menyerap mineral dan vitamin dan menyebabkan riket. in rickets.

Rawatan penyakit riket

penyakit riket, penyakit tulang, kurang kalsium, kurang vitamin D, anak tak nak susu, tulang kaki anak bengkok, tulang lembut

Rawatan riket adalah dengan menfokuskan untuk menaikkan pengambilan kalsium, fosfat dan vitamin D pada pesakit.

Ini melibatkan pendedahan kepada cahaya matahari, makan minyak ikan dan ergocalciferol atau cholecalciferol iaitu vitamin D. Pendedahan pada cahaya matahari dan pengambilan kalsium biasanya cukup untuk merawat atau mencegah riket.

Jika penyakit ini dialami kerana masalah genetik, pesakit akan diberikan ubat phosphorus dan hormon aktif vitamin D.

Jika ia disebabkan oleh penyakit seperti buag pinggang, penyakit ini perlu dirawat dan dikawal.

***

Jadi, ibu bapa perlu pastikan pemakanan anak tinggi dengan vitamin D dan kalsium.

Pendedahan cahaya matahari juga penting tapi jangan dilakukan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kanser kulit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Medical News Today

Baca juga:

Penyakit kawasaki jika lambat dirawat boleh menjejaskan jantung anak!