Anak nakal sebab ibu bapa! Otak reptilia mereka aktif jika anda marah/pukul anak

lead image

Penyebab anak nakal berpunca dari ibu bapa yang tak boleh mengawal emosi dan perasaan apabila sering kali marah dan pukul anak tanpa sebab!

Bahagia rasanya apabila anak semakin membesar. Mereka sudah tahu menguruskan diri sendiri bila sampai usia tujuh tahun. Namun, kekadang mereka ini nakal sangat! Tapi sebelum anda berkata apa-apa, anda tahu tak penyebab anak nakal? 

Sedih betul kita nasihat anak-anak, namun kadang-kadang tak jalan pun. Apakah dengan cara marah atau memukul boleh jadi penyebab anak nakal? 

Jawapannya YA. Selalu memarahi dan memukul anak boleh jadi penyebab anak nakal.

Hal ini kerana jika anda marah anak,  ia akan menjadi penyebab anak nakal kerana otak reptilianya semakin aktif lantas si dia akan bersikap lebih nakal dan sukar nak dikawal. 

Penyebab anak nakal – adakah kerana kemarahan ibu bapa?

penyebab anak nakal, anak nakal, punca anak nakal, nakal, anak yang bersikap nakal, anak-anak yang nakal, layan karenah anak nakal, punca anak nakal, punca punca anak nakal, sebab anak nakal, kenakalan anak

Namun begitu, bila kita kata jangan marah anak bukanlah bermaksud tak boleh marah langsung, tapi ada caranya.

Seperti yang dilakukan Rasulullah S.A.W beliau mendidik anak bawah enam tahun adalah dengan cara tegur secara lembut dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan mereka. Tapi, ia bukan dengan mengherdik atau memukul. 

Selain daripada itu, otak reptilia anak juga bukan hanya akan membuatkan anak semakin aktif, tapi ia juga membuatkan si kecil semakin ganas dan tak terkawal setiap perilaku mereka. 

Penyebab anak nakal: Ibu bapa harus kawal marah dengan cara ini

penyebab anak nakal, anak nakal, punca anak nakal, nakal, anak yang bersikap nakal, anak-anak yang nakal, layan karenah anak nakal, punca anak nakal, punca punca anak nakal, sebab anak nakal, kenakalan anak

Bila anak sedang tunjuk perangai nakal mereka itu, anda jangan marah tapi anda boleh melakukan perkara ini seperti:

  • Tarik nafas panjang 
  • Buat perkara lain seperti mengemas rumah, mencuci pinggan atau membasuh kereta 
  • Lihat gambar anak-anak semasa kecil supaya hati kembali sejuk dan terus tak jadi nak marah 
  • Ambil angin di halaman rumah 
  • Memasak dan menyediakan makanan kegemaran anak dan seisi keluarga 
  • Lain-lain cara yang anda selesa nak buat supaya dapat meredakan kemarahan 

Paling penting, anda perlu ingat adalah jangan marah atau mengherdik anak apabila mereka sedang nakal seperti berlari-lari di dalam rumah, membuat bising hingga mengganggu ketenteraman, memecahkan barang di dalam rumah atau lain-lain.

Hal ini kerana jika otak reptilia mereka semakin aktif, suatu hari nanti anak pula yang akan mengherdik anda apabila otaknya itu sudah dapat mendominasi dirinya.

Anda perasan tak bila marah anak, mereka semakin memberontak dan menangis tanpa henti walaupun sudah dipujuk?

Inilah penyebab anak nakal apabila anda membuat silap dengan memarahi mereka terlebih dahulu. 

Antara penyebab anak nakal adalah kerana emosi ibu bapanya

penyebab anak nakal, anak nakal, punca anak nakal, nakal, anak yang bersikap nakal, anak-anak yang nakal, layan karenah anak nakal, punca anak nakal, punca punca anak nakal, sebab anak nakal, kenakalan anak

Kredit: The Spruce.com

  • Bila penat di tempat kerja kemudian melihat pula perangai anak yang nakal, ada ketikanya anda tertengking mereka tanpa sebab. 
  • Ibu tak sengaja marah anak apabila hormon tak stabil disebabkan PMS. 
  • Letih di tempat kerja belum habis, ditambah pula dengan sikap anak yang nakal. Lantas anda memarahi anak bila tak nak dengar cakap orang tuanya. 

Sebagai ibu bapa, kita jangan selalu marahkan anak disebabkan sikap mereka itu. Tapi kita perlu cerminkan diri terlebih dahulu terhadap emosi dan tingkah laku kita seharian terhadap anak. 

Jangan lupa kongsikan ilmu keibubaapaan ini bersama teman dan pasangan anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: Terapi Psikologi 

Sumber: Nota Taufiq Razif

Baca juga:

3 perangai normal anak yang selalu DISALAH ANGGAP sebagai masalah tingkah laku