AWAS, 1 dari 50 wanita tanpa sedar hamil luar rahim! Ini 9 tanda kehamilan ektopik

lead image

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan luar rahim, sebaiknya segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Jangan berlengah kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda.

Anda tahu tak apa penyebab kehamilan ektopik terjadi? Kehamilan ektopik, atau kehamilan luar rahim berlaku apabila sel telur yang telah bersenyawa, menempel di luar dinding rahim.

Hal ini kerana telur yang telah disenyawa biasanya mengambil masa lebih kurang lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub follopian dari ovari ke rahim, di mana ia akan diimplantasi dan berkembang. 

Namun, penyebab kehamilan ektopik terjadi apabila tiub tersebut rosak lalu mengakibatkan ia tersumbat atau sempit. Ini menghalang telur untuk sampai ke destinasinya (rahim). 

Kebanyakan kehamilan luar rahim berlaku di bahagian tiub follopian hingga ada yang menyebutnya sebagai tubal pregnancy.

Kawasan tersebut (selain rahim) tidak diciptakan untuk menampung tumbesaran janin.

Kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim biasanya terjadi pada 1 dari 50 kehamilan. Manakala di Barat pula, ia berlaku pada 12,000 kehamilan setiap tahun. 

Jika tidak ditangani dengan segera, kehamilan luar rahim boleh membahayakan kesihatan ibu!

Apa penyebab kehamilan ektopik?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/Ectopic Pregnancy.jpg AWAS, 1 dari 50 wanita tanpa sedar hamil luar rahim! Ini 9 tanda kehamilan ektopik

  • Infeksi atau pembengkakan di bahagian tiub follopian sehingga menyebabkan embrio tidak sampai ke rahim. 
  • Terdapatnya luka pada tiub follopian kerana pembedahan atau bahagian tersebut pernah mengalami jangkitan sehingga menghalang embrio menuju ke rahim. 
  • Pernah melakukan pembedahan di bahagian pelvis atau tiub follopian. 
  • Ketika lahir, ibu mengalami tumbesaran yang tidak normal hingga membuatkan bentuk tiub follopian tidak sempurna.
  • Ibu menderita penyakit pembengkakan pelvis atau jangkitan di bahagian alat sulit. 
  • Pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini. 
  • Penggunaan ubat kesuburan. 
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan IVF (in vitro fertilization) 
  • Mengandung ketika menggunakan IUD
  • Ibu merokok 
  • Hamil di usia 35-40 tahun

Gejala kehamilan ektopik (luar rahim) 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/kandungan luar rahim hamil luar rahim risiko hamil risiko luar rahim.jpg AWAS, 1 dari 50 wanita tanpa sedar hamil luar rahim! Ini 9 tanda kehamilan ektopik

Walau bagaimanapun, kehamilan luar rahim ini tidak memiliki gejala signifikan yang membuatnya berbeza dengan kehamilan biasa.

Namun, kondisi ini dapat dilihat ketika pesakit dirawat di hospital. 

Malah, gejala ini muncul pada minggu keempat atau ke 12 kehamilan, seperti berikut: 

  • Menstruasi atau haid lewat.
  • Sakit di bahagian bawah perut 
  • Vagina mengeluarkan darah atau cairan berwarna coklat cair. 
  • Sakit di bahagian bahu
  • Rasa sakit ketika buang air kecil dan besar
  • Rasa sakit seperti “sekejap sakit, sekejap tidak”. (Disebabkan darah akibat pecahan ektopik yang berkumpul di bawah diafragma).
  • Sakit kepala, lemas dan pengsan 
  • Mual dan muntah. Kemudian disertai rasa sakit 
  • Senak perut 

Kehamilan luar rahim boleh menyebabkan pecahnya tiub follopian sehingga ibu mengalami sakit yang luar biasa dan pendarahan teruk.

Segera hubungi pihak hospital sekiranya ibu mengalami gejala-gejala tersebut. 

Cara tangani kehamilan ektopik 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/sirap limau 1.jpg AWAS, 1 dari 50 wanita tanpa sedar hamil luar rahim! Ini 9 tanda kehamilan ektopik

Kredit: sirap limau

Ketika kehamilan luar rahim terjadi, sel telur yang telah disenyawakan tidak dapat bertahan hidup mahupun berkembang di luar rahim.

Sekiranya dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius pada ibu berkenaan.  Berikut merupakan 3 cara yang akan dilakukan doktor bagi merawat kehamilan luar rahim ini. 

  • Pemantauan. Ibu dipantau secara teliti dan tindakan seterusnya akan dilakukan jika embrio masih berkeadaan yang sama. 
  • Ubat-ubatan. Ibu akan disuntik dengan ubat methotrexate. Ubat ini digunakan bagi hentikan proses kehamilan. 
  • Pembedahan. Laparoscopy dilakukan untuk angkat embrio dari sel telur yang telah disenyawakan serta tiub folopio yang telah dijangkiti. 

Adakah pesakit berpeluang hamil lagi setelah kehamilan ektopik? 

Peluang ibu untuk hamil normal setelah berlakunya kehamilan luar rahim barangkali berkurang. Namun begitu, semuanya bergantung pada sejarah kesihatan ibu sendiri.

Jika tiub folopian tidak dibuang ketika pembedahan, ibu masih memiliki 60% untuk memiliki anak. 

Secara kesuluruhan, 65% wanita yang pernah mengalami hamil luar rahim hanya dapat menjalani 18 bulan hamil setelah kehamilan ektopik ini. 

Biasanya, mereka perlu mendapatkan bantuan rawatan kesuburan seperti IVF untuk terus berjaya hamil sehingga melahirkan. 

Pencegahan terhadap penyebab kehamilan ektopik 

Malangnya, kehamilan ektopik ini tidak boleh dicegah dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Akan tetapi, ibu boleh kurangkan risiko kehamilan luar rahim ini dengan menghindari penyebab terjadinya keadaan ini. 

Guna kondom ketika melakukan hubungan seksual bagi mengurangkan risiko penyakit inflamasi pelvis atau radang pelvis. 

Diingatkan juga untuk berhenti merokok ketika mengandung. Bagi mengurangkan risiko ini. 

Semoga artikel ini memberi manfaat. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Hamil Luar Rahim: Seorang Doktor Keguguran Ketika Sambut Bayi Pesakit!