Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

Sebagai ibu bapa baharu, pasti banyak persoalan bermain di minda anda mengenai anak anda ia termasuklah penyebab kembung bayi.

Sebagai ibu bapa baharu, pasti banyak persoalan bermain di minda anda mengenai anak anda ia termasuklah penyebab kembung bayi yang buat anda selalu tidak tidur malam.

Jangan tak tahu ya, kembung menjadi antara penyebab paling biasa yang membuatkan bayi anda tidak selesa sekaligus menyukarkannya untuk tidur lena pada waktu malam.

Perut yang kembung boelh menyebabkan bayi meragam sepanjang hari tidak kiralah sama ada siang atau malam. Disebabkan perut yang tidak selesa, bayi akan moody sepanjang hari yang mana ia ternyata akan menganggu jadual anda.

Penyebab kembung yang mungkin anda tidak tahu selama ini

Makanan antaranya menjadi faktor paling biasa yang menyebabkan kembung dalam kalangan bayi.

Ada yang memang anda biasa bagi pada mereka tanpa anda sedar ia menyebabkan kembung pada anak.

Cuba semak dahulu, jangan terlalu yakin dengan apa yang anda berikan kepada anak kerana jika tersilap, anda yang merana perlu melayan ragam mereka.

#1. Susu

Boleh jadi anak anda kembung kerana susu yang diberikan. Lebih-lebih lagi susu formula kerana ada bayi yang mempunyai alahan pada protein susu lembu.

Jadi bagi begini biasanya mereka perlu minum susu daripada susu yang berasaskan soya dan bukan protein susu lembu.

Memang ada susu di pasaran yang dikhaskan untuk bayi yang mempunyai alahan pada protein susu lembu.

Selain itu bayi yang minum susu ibu juga boleh menghidap kembung mungkin berpunca daripada pemakanan ibunya. Jadi ibu yang menyusu perlu peka dengan apa yang anda makan bagi  mengelak kembung perut berlaku pada bayi anda.

Elakkan makanan yang berangin yang boleh menyebabkan kembung pada bayi anda.

#2. Bijirin

Penyebab kembung

Apabila bayi mula diberikan makanan pejal, mereka memang ada potensi untuk diserang sembelit yang akhirnya akan mengakibatkan kembung perut.

Bijirin yang mempunyai serat tinggi baik untuk bayi tetapi jika bijirin itu tinggi karbohidrat dan diambil dalam kuantiti yang banyak, maka ia boleh menyebabkan sembelit pada bayi anda.

Anda perlu lihat jenis bijirin yang sesuai dan tidak mendatangkan sembelit kepada bayi anda.

Jika mahu beri mereka bijirin, pastikan anda berikan juga mereka serat seperti buah-buahan dalam kadar yang mencukupi untuk keseimbangan diet anak anda.

#3. Nasi putih

Nasi putih memang menjadi makanan rutin orang Asia dan tidak salah untuk ajar anak anda makan nasi putih.

Tetapi ia mungkin juga penyebab anak anda sembelit dan akhirnya kembung kerana bayi tidak dapat membuang air besar dengan lancar.

Nasi putih makanan yang agak berat untuk perut bayi, jadi penyelesaiannya adalah anda boleh berinya dalam kadar yang sedikit dan berpada-pada. Lihat dulu reaksi badan anak terhadap makanan itu.

Jangan terus berinya makan dalam kuantiti yang banyak kerana dikhuatiri perut anak kecil itu tidak dapat menampung kepadatan nasi putih yang anda beri.

#4. Roti putih

Penyebab kembung

 

Roti putih adalah salah satu makanan yang amat mengenyangkan. Jika anda berikan anak satu roti putih, ia sudah boleh buat dia kenyang untuk jangka masa beberapa jam.

Jadi tidak mustahil makanan ini boleh menyebabkan kembung dan sembelit pada anak. Sembelit membawa kesan yang sangat tidak selesa pada perut ia akan menyebabkan bayi sentiasa rasa perutnya penuh dan kembung.

Jadi cuba elakkan beri roti putih dalam kadar yang terlalu banyak kepada bayi anda. Jika berikan mereka makanan yang berat sebegini, pastikan anda pantau jumlah air yang mereka minum.

Pastikan mereka cukup minum air bagi mengelakkan kembung dan sembelit yang akan mendatangkan ketidakselesaan pada anak.

#5. Pasta

Penyebab kembung

Pasta diperbuat daripada tepung dan tepung antara makanan yang boleh menyebabkan sembelit adalah tepung.

Justeru, boleh bagi anak anda makan pasta tetapi pastikan dia minum air secukupnya untuk mengelakkan sembelit.

Pantau pengambilan air mereka. Pastikan anak anda mengambil serat yang mencukupi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan anak anda cukup zat dan khasiat dalam makanannya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: parents.com

Kredit foto: Sumber

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyakit-lelah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!