Apa penyebab payudara wanita ini membesar sampai begini?

lead image

Jonalyne yang hamil empat bulan ini mula menyedari akan penyakit ini tiga tahun lepas dan tak mengetahui apa penyebab payudara membesar dan sakit.

Jonalyne Bacus dari Cebu, Filipina tak menyangka akan perubahan besar yang terjadi kepadanya hanya dalam masa tiga tahun. Ibu berusia 24 tahun ini mengalami penyakit yang dikenali sebagai gigantomastia, penyebab payudara besar dan sakit.

Dalam sebuah rancangan tv di Filipina, Jonalyne telah berkongsikan kesusahan harian yang perlu dilaluinya.

Dia susah untuk mandi malah berjalan dan tidur. Payudaranya sentiasa rasa panas dan gatal, baju-baju lamanya juga dah tak muat dipakai.

Apa yang lagi menyedihkan, tak ada bra di kedai yang mempunyai ukuran untuk payudaranya jadi dia perlu buat bra sendiri menggunakan baju lama.

src=https://assets ph.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/11/2018/06/Jonalyne article.jpg Apa penyebab payudara wanita ini membesar sampai begini?

Jonalyne kini meminggirkan diri kerana malu dengan penyakit yang dihidapinya. Jirannya juga sering mengejek Jonalyne dan buatnya rasa janggal untuk keluar dari rumah

Doktor sangka penyebab payudara membesar dan sakit kerana mastitis.

Jonalyne menganggap kehamilan berterusan adalah penyebab payudara membesar dan sakit.

Dalam temubual, dia berkata selama beberapa minggu dia mula perasan payudaranya membesar, apabila dia pergi membuat pemeriksaan doktor dia didiagnos dengan mastitis penyakit jangkitan payudara. Dia diberikan antibiotik tapi tetap tak ada perubahan.

Kerana kekurangan kewangan, Jonalyne telah berhenti membuat pemeriksaan yang diperlukan di hospital.

Walau bagaimanapun, GMA News telah membawa Jonalyne untuk rujuk kepada pakar dan dia telah didiagnos dengan penyakit gigantomastia.

Selepas anak ketiganya mati, ibu ini mengandung lagi

Anak ketiga Jonalyne, John Niño, lahir dengan meningitis dan mati beberapa hari selepas lahir.

Kini, ibu kepada dua orang anak ini sedang mengandung. Kerana penyakitnya ini, dia tak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.

Suaminya, Jason Pitogo membantu Jonalyne melakukan kerja rumah disamping mencari rezeki untuk keluarga. Kini mereka masih berusaha untuk menghadapi semua ini.

Gigantomastia adalah penyakit jarang berlaku pada wanita yang menyebabkan pembesaran payudara. Menurut pengkaji, ia memerlukan pengurangan sebanyak 1,000 ke 2,000 gram per payudara.

Pembesaran payudara boleh berlaku dalam masa beberapa tahun. Bagaimanapun, beberapa kes dilaporkan pembesaran tiga cawan saiz atau lebih pernah berlaku dalam beberapa hari. Pembesaran payudara boleh berlaku pada satu payudara atau keduanya.

Simptom dan penyebab payudara membesar dan sakit (gigantomastia)

Wanita yang menghidap gigantomastia mungkin mengalami kesakitan di payudara dan jangkitan. Ia akan ada kemerahan, gatal dan kehangatan pada atau di bawah payudara dan kehilangan sensasi pada puting.

Kerana berat yang berlebihan pada payudara, mereka juga mengalami masalah postur badan dan sakit pada bahu, belakang dan leher.

Punca utama belum diketahui dan kes yang dilaporkan hanya berjumlah dua ratus saja. Beberapa orang percaya yang hormon wanita seperti prolactin dan estrogen memainkan peranan terhadap punca penyakit ini.

Rawatan gigantomastia

Tiada rawatan standard buat masa ini kerana ia bergantung pada kes. Jika punca penyakit gigantosmania dari kehamilan, ia mungkin akan hilang selepas beranak.

Pengurangan mammoplasty adalah sejenis pembedahan pengecilan payudara yang selamat dan efektif.

Manesoktemi adalah jenis pembedahan lain yang menawarkan rawatan yang lebih definitif. Doktor mungkin akan memberi ubat sekali.

Untuk Jonalyne yang sedang hamil 4 bulan, dia perlu menunggu sehingga dia beranak untuk melakukan pembedahan ini.

Anda dinasihatkan untuk merawat gigantomastia seawal mungkin untuk mengelakkan komplikasi. Berita baiknya, penyakit ini tak menyebabkan kanser dan tak merebak ke seluruh badan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Lois Ruth Bacoli; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Philippines

Baca juga:

8 tanda awal kanser payudara yang ramai wanita abaikan