Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

undefined

Tahukah anda bahawa penyebab sawan boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan minyak angin yang mengandungi champor? Sentiasalah awasi pergerakan anak-anak!

Penggunaan minyak angin sering menjadi pilihan kebanyakan ibu sekiranya berdepan masalah kembung perut, terseliuh atau sakit kepala. Namun, tahukah anda bahawa ia berisiko menjadi penyebab sawan kepada anak kecil juga?

Ia mungkin sesuai digunakan untuk golongan dewasa, tetapi tidak boleh sesuka hati diberikan kepada kanak-kanak kerana terdapat kandungan berbahaya di dalam sesetengah minyak angin.

Penyebab sawan sehingga meragut nyawa

minyak angin penyebab sawan

Menurut perkongsian oleh seorang Pakar Pediatrik, Dr. Redza Zainol dalam laman Facebook, minyak angin dengan kandungan Camphor mendatangkan kemudaratan bagi kanak-kanak berusia 2 tahun.

Hal ini kerana ia menjadi penyebab sawan dan berisiko meragut nyawa mereka. Dr. Redza turut menerangkan bagaimana ia memberikan kesan tidak baik kepada kanak-kanak.

Berdasarkan sebuah kisah benar dan tidak akan dilupakan oleh Dr. Redza, sepasang suami isteri telah berpindah rumah dan ruang tamu dipenuhi dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.

Sambil si ibu dan ayah sibuk mengemas, anak mereka telah terjumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak. Tidak lama selepas itu, dia mula mengalami muntah-muntah yang teruk dan terus tidak sedarkan diri.

Tiada siapa pun yang ternampak bahawa dia telah minum minyak angin tersebut, tetapi baunya sangat kuat dari dalam mulut.

Di dalam wad, pelbagai ubat telah diberikan untuk menghentikan sawan. Tetapi, anak malang tersebut berterusaan sawan sehingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.

”Puan, kami sudah mencuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan sudah tidak ada.”

Masih terngiang-ngiang permohonan maaf tersebut dari pakar saya pada si ibu. Dia telah meraung sekuat-kuatnya. Digoncang-goncang sekujur badan kecil tersebut. Tidak bergerak, tidak bernafas dan kulitnya mula bertukar biru kesejukan.

Si ayah pula hanya tersandar di dinding. Masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Kelu tidak berkata apa-apa.

Kandungan Camphor amat berbahaya

punca sawan

Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor atau kapur barus yang dilarang bagi kegunaan kanak-kanak bawah dua tahun.

Ia adalah bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan di pasaran bagi melegakan kesakitan, batuk, selesema dan kegatalan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah dengan kesan toksik Camphor kerana ia mudah meresap melalui kulit dan membran mukus seperti mata, bibir dan bahagian dalam hidung.

Jika produk yang mengandungi Camphor atau kapur barus ini digunakan oleh anak kecil, ia berpotensi menjadi penyebab sawan dan risiko kematian.

Boleh menyebabkan keracunan

minyak angin punca sawan

Selain berisiko sawan, minyak angin juga mampu menyebabkan keracunan. Antara gejalanya ialah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ.

Bagi kes ibu mengandung pula, dia telah mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin bagi merawat sakit gigi. Kapas dibasahkan dengan minyak angin dan diletakkan pada bahagian gigi yang sakit.

Semasa usia kandungan cukup bulan, pesakit telah mengalami masalah loya dan pening. Hasil ujian CTG/ jantung ke atas bayi mendapati bahawa kandungannya lemas dan pembedahan c section segera dilakukan.

Semasa proses pembedahan pula, pakar bius terkejut kerana mengalami kesukaran dalam mengendalikan kes ini. Kesannya, ibu malang berkenaan dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan anaknya tidak dapat diselamatkan.

Sekiranya anda perhatikan pada kotak produk yang berdaftar, sudah terpapar label tanda amaran.

Justeru, ibu ayah perlu lebih berhati-hati. Jangan meletakkan sebarang minyak angin pada bahagian hidung, mata atau kulit yang luka. Ia boleh meresap di dalam darah dan mencapai tahap toksik dalam badan.

Apa pun produk yang anda ingin gunakan pada anak, biasakan diri untuk rajin membaca label bagi memastikan sebarang gejala tidak diingini berlaku.

Sumber: Redza Zainol, Rushdan Noor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdemam-pada-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!