Adakah anda bercadang nak susukan anak semula? Ikut 7 tips ini!

lead image

Penyusuan semula atau relaktasi bukanlah perkara yang mustahil. Dengan teknik dan cara yang betul, anda boleh kembali menyusukan anak anda.

Ramai ibu yang berhenti menyusu anak atas sebab-sebab tertentu. Tapi apabila berhenti, ada ibu yang mahu cuba penyusuan semula.

Ia mungkin sebab anak tak serasi dengan susu formula, keadaan kesihatan anak atau ibu, perubahan tempat kerja/rumah atau sebab mereka rindu nak menyusuk anak semula lepas bercerai susu terlalu awal.

Adakah penyusuan semula (relaktasi) satu benda mustahil selepas susu kering?

Apa itu relaktasi (penyusuan semula)? 

Relaktasi adalah teknik mengeluarkan semula susu badan. Teknik ini dapat meningkatkan bekalan, membantu anda menghasilkan susu untuk anak angkat dan yang paling penting, anak kembali menyusu badan. 

Penyusuan semula memerlukan kesabaran kerana ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau minggu, tapi kalau anda bersungguh mahu menyusu anak semula, ini cara paling berkesan.

Apa tips paling efektif untuk penyusuan semula?

Beberapa tips efektif relaktasi adalah sentuhan kulit ke kulit, kurangkan penggantungan terhadap puting tiruan serta menukar posisi menyusu. Tapi banyak lagi cara lain yang boleh anda cuba.

Antaranya seperti:

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2017/12/Relactation tips copy1.jpg Adakah anda bercadang nak susukan anak semula? Ikut 7 tips ini!
  • Perah susu dengan tangan atau pam: Ini adalah cara paling biasa digunakan untuk merangsang susu badan. Buat ia selama 8-12 kali sehari, sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi. Ini akan merangsang prolaktin, hormon utama dan menghasilkan susu.
  • Sentuhan kulit ke kulit: Sentuhan ini akan merangsang refleks menyusu semula jadi mereka. Anda juga boleh cuba mandi bersama mereka dengan meletakkan bayi di antara payudara (seperti semasa mereka baru lahir dulu). Anda boleh dukung bayi menggunakan kain untuk mendekatkan mereka dengan anda atau tidur rapat dengannya. Jagan risau jika mereka tak hisap serta-merta. Beri mereka masa.
  • Elak guna botol: Anda boleh cuba susukan bayi guna jari atau cawan. Ini akan mengurangkan kebergantungan mereka terhadap puting tiruan. 
  • Elak guna puting bayi: Jangan galakkan anak bergantung pada puting bayi untuk tenangkan mereka. Sentuhan kulit ke kulit atau menghisap jari adalah lebih baik dan akan membuatkan mereka lebih mudah menghisap payudara anda semula.
  • Cuba susukan mereka semasa mereka tidur. Kadang-kadang, bayi boleh menghisap semasa hampir tidur. Rapatkan bayi ke payudara dan biarkan mereka hisap. 
  • Tukar dari botol ke payudara. Cara lain yang bijak untuk buat anak kembali menyusu adalah dengan menyuapkan anak dengan botol dan bila susu botol sudah setengah, tukarkan ke payudara. 
  • Cuba tukar kedudukan menyusu. Mencuba posisi baru boleh membantu bayi menghisap dengan cepat. Cuba posisi sandar ke belakang, atau posisi silang tangan semasa memegang bayi anda atau pun baring mengiring sambil bayi anda menghisap puting.  
src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2017/12/Relactation tips copy2.jpg Adakah anda bercadang nak susukan anak semula? Ikut 7 tips ini!

Saya patut buat penyusuan semula ketika payudara lembut atau penuh?  

Payudara yang lembut akan membuat anak menghisap dengan mudah, tapi payudara yang penuh akan buat anak anda diberi ganjaran dan puas. 

Apa perlu saya buat lepas anak sudah hisap payudara? 

Apabila bayi anda dah melekat pada payudara, ada empat perkara yang perlu anda ingat, iaitu:

  • Beri mereka susu secara berterusan: Apabila bayi sudah mula menghisap, jadikan payudara anda sebagai penenang mereka. Susukan mereka setiap dua jam pada waktu siang dan setiap empat jam pada waktu malam. Tahap prolaktin lebih tinggi pada waktu malam, jadi jangan skip susu anak pada waktu malam. Susukan mereka dengan kedua-dua payudara untuk menambahkan bekalan susu.
  • Praktis cara menyusu yang betul: Periksa posisi penyusuan mana yang disukai anak anda. Jika anda tak pasti, rujuk pada doktor anda.
  • Kenal pasti bila anda perlu pam: Pam susu selepas menyusu akan menambahkan bekalan susu. Jika anda merasa tekanan untuk pam susu anda, anda boleh cuba rangsangan tangan dan penukaran payudara.  
  • Pastikan bayi kenyang: Pastikan bayi anda diberi susu yang cukup. Periksa berat mereka untuk ketahui jika susunya cukup atau tak.

Tip penyusuan semula ini bermaksud yang ianya tak mustahil untuk anda menghasilkan susu semula dan kembali menyusukan bayi anda.

Jangan gopoh dan beri masa untuk anda dan bayi anda untuk menyesuaikan diri.

Apa yang penting, jika anda ada sokongan dari keluarga dan bimbingan yang betul, proses ini bukan saja membuahkan hasil, malah ia akan menjadi pengalaman merapatkan hubungan anda dengan bayi yang paling berharga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal: Deepshikha; Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

11 sebab kenapa susu badan anda kurang – apa anda patut buat seterusnya?