18 Peralatan Kanak-Kanak Yang Canggih, Asalnya Untuk Ibu Bapa

lead image

Sebenarnya, ada banyak peralatan kanak-kanak yang canggih dan boleh meringankan beban ibu bapa. Tak percaya? Jom tengok 18 peralatan ini. Anda pasti terkejut!

Tugas ibu bapa menjaga kanak-kanak adalah tugas yang menyeronokkan dan sukar pada masa yang sama.

Tapi dengan adanya beberapa peralatan kanak-kanak canggih yang dicipta oleh pencipta (mesti ibu bapa juga) hebat, tugas kita sekarang makin senang.

Jom tengok apa inovasi hebat yang mulanya dicipta untuk orang dewasa, tapi ia jadi peralatan kanak-kanak yang canggih pula!

Anda pasti tercengang melihat kecanggihan ini –

#1 Bebola bercahaya

Dengan bebola ini, kanak-kanak tak perlu takut gelap ketika tidur atau jika mereka nak pergi ke bilik air pada waktu malam.

#2 Katil tukar lampir pintar

Tilam kecil ini boleh menghitung berat badan dan ketinggian bayi anda. Ia juga boleh menunjukkan jadual makanan serta rutin hariannya dan semua ini boleh disemak dengan menggunakan telefon pintar saja!

#3 Stroller mampat

Nampak macam stroller biasa? Haa.. ia sebenarnya boleh dilipat hingga jadi bentuk segi empat yang kecil dan padat untuk dimuatkan dalam beg anda. Beratnya hanya empat kilogram dan ia telah masuk rekod dunia sebagai stroller yang paling padat di dunia.

#4 Aplikasi menterjemah nangis bayi

18 Peralatan Kanak-Kanak Yang Canggih, Asalnya Untuk Ibu Bapa

Sumber gambar : Pixabay

Aplikasi penterjemahan bayi menawarkan pengguna: empat jawapan mengapa bayi baru lahir menangis.

Kadar ketepatan aplikasi sebanyak 92% dan ia boleh menentukan sama ada tangisan bayi itu menunjukkan dia kelaparan, rasa sakit, lelah, atau kerana lampin dia sudah kotor.

Tapi, kadar ketepatannya akan berkurang hingga 77% apabila anak semakin besar. Pencipta aplikasi telah menganalisis 200,000 rakaman tangisan bayi yang baru dilahirkan sebelum mencipta aplikasi ini.

#5 Botol susu yang boleh dipanaskan sendiri

Botol ini membolehkan ibu bapa memanaskan susu anak di mana sahaja, tanpa kabel atau elektrik.

Ia boleh memanaskan botol dalam masa 4 minit dengan menggunakan kartrij yang mengandungi garam dan air. Suhu maksimum yang boleh dicapai oleh botol ini ialah 37 ° C.

Baca juga:

Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

#6 Gelang Keselamatan

Kehilangan anak adalah mimpi ngeri, kan? Tapi anda tak perlu bimbang lagi dengan adanya gelang keselamatan ini!

Ia sama seperti jam tangan dan disambungkan ke aplikasi telefon pintar. Lokasi anak anda boleh ditentukan dan jika anak bergerak di luar kawasan penjejak aplikasi, isyarat amaran akan dihantar ke telefon ibu bapa.

#7 Termometer jenis pelekat 

Termometer yang boleh dilekatkan pada badan anak membolehkan ibu bapa menyemak suhu anak tanpa perlu mengganggu atau memaksa mereka untuk duduk diam.

Ia melekat pada kulit dan boleh mengukur suhu dengan ketepatan yang tinggi!

Apabila suhu anak meningkat, ibu bapa akan diberi amaran menerusi aplikasi telefon. Aplikasi ini juga akan merekodkan semua perubahan suhu yang berlaku.

#8 Berus gigi pintar

Berus gigi ini boleh disambungkan ke telefon pintar anda menggunakan Bluetooth. 

Ia menunjukkan setiap pergerakan gosok gigi yang dilakukan oleh anak dalam 3D. Setiap kali anak anda membuat langkah yang betul, mereka mendapat mata dan hadiah. 

Ini boleh menggalakkan anak untuk memberus gigi dengan betul sambil menjadikan ia permainan yang menyeronokkan.

#9 Pad alas lutut

Bagi bayi yang baru mula belajar untuk berjalan, dunia penuh bahaya dengan ada batu-batu tajam dan lain-lain. Pad alas lutut yang comel ini akan melindungi kulit halus anak dari lebam dan tercalar.

#10 Pinggan-pinggan comel dan menyeronokkan

Pinggan-pinggan yang menyeronokkan ini akan mengubah cara anak anda makan.

Masa makan akan menjadi permainan dan ini adalah jalan penyelesaian yang paling best untuk ibu-ibu yang sudah penat dengan anak yang suka merengek waktu makan.

#11 Botol picit dengan sudu

Peranti ini adalah gabungan sudu dan botol picit yang boleh diisi dengan makanan bayi. 

Ia mudah untuk digunakan apabila anda keluar berjalan-jalan. 

Jika anak sudah kenyang, ibu bapa hanya perlu tukar sudu dengan penutup botol dan baki makanan itu boleh disimpan sehingga anak ingin makan lagi.

#12 Puting dan Teether semua dalam satu

Puting dan juga teether ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh dibasuh. Ia membolehkan anak merangsangkan semua bahagian gusi pada masa yang sama.

Disebabkan reka bentuknya yang ringkas, ini bermakna mikroba pada puting ini susah nak berkembang!

#13 Projektor visual dengan bunyi

Projektor ini sangat baik untuk membantu bayi anda tidur. Ia mempamerkan gambar-gambar comel pada dinding dan memainkan bunyi-bunyi lembut serta lagu yang menenangkan.

#14 Set peralatan makanan comel

Anak anda enggan makan apa-apa? Cuba terbangkan makanan dengan pemegang sudu berbentuk pesawat ini!

Set pemegang sudu pesawat ini pasti akan menghibur hati sambil memujuk mereka untuk menghabiskan makanan.

#15 Pakaian bayi dengan baby monitor terbina di dalamnya

Pakaian khas ini mempunyai peranti yang terbina di dalamnya untuk memantau pernafasan dan aktiviti kanak-kanak supaya ibu bapa tak perlu selalu menjenguk bayi pada waktu malam. 

Peranti berbentuk kura-kura ini boleh merekodkan pernafasan, posisi kanak-kanak, dan suhu bayi dalam bilik, lalu menghantar semua maklumat ini ke telefon pintar anda.

#16 Penyedok dan bekas comel untuk mainan mandi

Dengan bekas yang berbentuk katak ini, anda boleh menyedok semua mainan mandi dengan mudah untuk dibasuh dan digantung di dinding untuk sesi seterusnya.

#17 Alat Pengayun Stroller Bayi

18 Peralatan Kanak-Kanak Yang Canggih, Asalnya Untuk Ibu Bapa

Peranti ini boleh mengayunkan bayi dengan meniru pergerakan lengan anda. Ibu bapa hanya perlu lekatkan peranti ini pada stroller anak dan ia akan ayunkan bayi secara automatik. Hebat bukan?

#18 Katil istemewa untuk ibu bapa baru

18 Peralatan Kanak-Kanak Yang Canggih, Asalnya Untuk Ibu Bapa

Ha… ini tak payah explain! Anda tengok sendiri pun terus rasa nak beli kan? Hehe.

Sumber: Brightside

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak-kanak

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner