6 perkara semua ibu bapa di Malaysia akan risau tentang anak mereka

lead image

Peranan ibu bapa adalah untuk sentiasa memastikan yang terbaik buat anak-anak. Sebab itu ibu bapa selalu risau tentang 6 perkara ini. Betul tak? Ibu bapa setuju?

Peranan ibu bapa dalam membesarkan anak

Pepatah mengatakan ibu bapa ini umpama malaikat yang diletakkan di muka Bumi untuk menjaga anak-anaknya. Peranan ibu bapa sungguh besar dan ia bukannya mudah.

Tapi walau apapun yang berlaku, seorang ibu bapa akan mencuba sehabis baik untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak. Sebab itu mereka tak berhenti risau tentang 6 perkara ini pada anak-anak.

Cuba anda lihat, anda setuju tak dengan senarai kami ini? Kalau bukan anda salah seorang ibu bapa yang selalu risau itu, mungkin ibu bapa anda, kan? 

Peranan ibu bapa #1: Risau anak tiada duit

8 things malaysian parents confirm never stop worrying about their kids world of buzz 6 perkara semua ibu bapa di Malaysia akan risau tentang anak mereka

Setelah menggalas tanggungjawab ini, peranan ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pilihan yang terbaik.

Sebab itu ibu bapa juga seolah-olah ada sixth sense yang mampu tahu jika anak ada duit atau tidak. Kadang-kadang, tanpa tanya pun, mereka boleh bagi kita sedikit duit!

Peranan ibu bapa #2: Risau anak cukup makan atau tidak

Kalau anda masih menyusu anak, pasti anda akan risau adakah susu badan anda cukup atau tidak. Kalau anak sudah besar sikit, anda risau beratnya tidak naik dan anak cerewet makan.

Apabila anak makin membesar, makin anda risau sama ada anak akan cukup makan atau tidak. Sampaikan anda sangguplah bungkuskan makanan untuk mereka kelak. Ada tak yang buat begini?

Atau mungkin ibu anda pernah buat begini juga?

Peranan ibu bapa #3: Risau tentang keselamatan anak

8 things malaysian parents confirm never stop worrying about their kids world of buzz 5 6 perkara semua ibu bapa di Malaysia akan risau tentang anak mereka

Ibu bapa mana yang tidak risau dengan keselamatan anak-anak. Itulah salah satu peranan ibu bapa yang amat penting.

Walaupun anak baru jalan ke depan itu saja, macam-macam kita cuba untuk memastikan keselamatannya. 

Peranan ibu bapa #4: Jam pukul berapa sekarang? Pukul berapa nak balik??!!!

Kalau dulu ibu bapa kita asyik risau pukul berapa anda akan balik dari melepak, sekarang cuba anda jadi ibu bapa pula.

Pasti anda tidak lari daripada risau tentang hal ini, kan? Sebenarnya, peranan ibu bapa memang untuk memastikan anak-anak selamat. Sebab itu mereka risau kalau kita tak balik rumah lagi.

Peranan ibu bapa #5: Kenal kawan-kawan anak

8 things malaysian parents confirm never stop worrying about their kids world of buzz 3 6 perkara semua ibu bapa di Malaysia akan risau tentang anak mereka

Kawan-kawan anak adalah pengaruh yang kedua terbesar selain ibu bapa. Jadi sebab itu ibu bapa akan selalu risau dan bertanya tentang kawan-kawan kita. 

Mak saya sampai hafal lah nama-nama kawan saya! Semua dia kenal. 

Peranan ibu bapa #6: Baju apa yang dipakai kita

"Pakai baju lainlah. Baju ini nampak selekeh sungguh! Nanti orang ingat mak tak mampu bela kamu."

Pernah tak ibu anda cakap begini? Ha... jadi ibu bapa memang menggalas sekali tanggungjawab sebagai pemantau fesyen anda. Mereka risau apa yang orang akan cakap berdasarkan baju yang anda pakai.

 

 

 

 

Artikel ini diterjemah dari World of Buzz

Kredit gambar: Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!