Benarkah Penyusuan Badan Ekslusif Boleh Cegah Kehamilan Rapat? 3 Cara Rancang Hamil

undefined

Anda haruslah memikirkan perancang kehamilan yang terbaik kerana anda tidak tahu tahap kesuburan anda yang tinggi mungkin boleh buat anda hamil lagi cepat!

Sebagai ibu yang baru saja melahirkan, mengandung atau hamil lagi mungkin perkara terakhir yang ada dalam fikiran anda ketika ini. Justeru anda haruslah memikirkan perancang kehamilan yang terbaik kerana anda tidak tahu tahap kesuburan anda yang tinggi mungkin boleh buat anda hamil lagi!

Jika anda memang bersedia untuk hamil lagi, tiada masalah tetapi jangan lupa ada risikonya jika jarak kehamilan terlalu dekat atau kurang daripada tempoh dua tahun.

Risiko bukan hanya ada pada anda, tetapi juga pada bayi yang dikandung malah bayi yang sudah anda lahirkan itu juga akan terima tempiasnya jika mood anda swing ketika hamil.

Perancang kehamilan tingkat kualiti kehidupan wanita

Dengan merancang kehamilan, tidaklah anda terbabas. Hakikatnya perancang keluarga bukan hanya menyelamatkan nyawa tetapi meningkatkan kualiti kehidupan wanita.

Ada yang menyalahkan suami, tetapi sebenarnya kita sebagai wanita yang perlu bijak mengawalnya.

Penyusuan badan berfungsi sebagai pencegah kehamilan?

perancang kehamilan

Penyusuan badan boleh berfungsi sebagai sejenis kaedah perancangan keluarga dengan melambatkan haid anda semula. Jika anda menyusu badan, ia bermakna anda telah melakukan perancang kehamilan sejak di awal kelahiran bayi anda.

Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah lactational amenorrhoea (LAM). Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.

Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:

  • Bayi anda berusia kurang daripada enam bulan
  • Anda masih belum datang haid sejak bersalin
  • Anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.

Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam.

Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam. 

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Perancang kehamilan lain

#1. Suntikan hormon

  • Hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bagi mencegah kehamilan. Hormon ini berfungsi untuk, mencegah ovulasi, menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma dan menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
  • Setiap suntikan berkesan untuk selama 12 minggu (3 bulan). Suntikan susulan harus diberi setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan.
  • Secara amnya, suntikan diambil pada hari yang keempat selepas haid bermula. Ibu yang menyusu bayi selepas bersalin suntikan sebaiknya diberi pada atau sebelum 6 minggu
  • Bagi ibu yang tidak menyusu bayi selepas bersalin suntikan boleh diberi bila-bila masa selepas hari kelima, tetapi sebaiknya sebelum 21 hari. Sekiranya suntikan diberi selepas tiga minggu, ibu tersebut seharusnya menggunakan kaedah perancang keluarga tambahan untuk jangkamasa 2 hingga 3 minggu.

#2. Pil perancang

perancang kehamilan

  • Diambil secara oral (makan)
  • Makan secara berterusan selama 21 hari setiap satu pusingan. Jika terlupa mengambil pil, risiko untuk mengandung adalah tinggi.
  • Berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari mengambil pil jenis kombinasi. Walaubagaimana pun, penggunaan pil Noriday adalah lebih cepat iaitu dua hari.
  • Kesuburan kembali dengan segera setelah berhenti makan pil.

#3. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)

perancang kehamilan

  • Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD)
  • Merupakan satu kaedah perancang keluarga yang berkesan. Ia diperbuat daripada bahan khas yang mempunyai benang. Ia dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun.
  • Ia menghalang sperma dari memasuki rahim
  • Mencegah pelekatan janin pada dinding rahim
  • Pada minggu keempat selepas pemasangan IUCD, pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh petugas kesihatan dan diulangi setiap enam bulan.
  • Pengguna digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri seperti yang diajar oleh petugas kesihatan untuk mengenalpasti alat IUCD masih berada dalam rahim.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myhealth, babycenter

Baca juga:

https://my.theasianparent.com7-langkah-mudah-untuk-cepat-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!