Anda Rancang Nak Pakai Implan? Ambil Tahu 5 Manfaat & Risiko Ini Dulu

lead image

Ramai yang kata perancang keluarga implan benar-benar berkesan mencegah kehamilan. Untuk itu, ambil tahu apa 5 risiko dan manfaat jika anda pakai implan ini.

Banyak benda yang anda perlu tahu sebelum memilih sebarang perancang keluarga. Tak kisahlah sama ada anda pilih perancang keluarga implan, suntik, tampal, pil perancang, dan sebagainya, adakah anda tahu segala manfaat dan risikonya?

Hari ini, kami akan beri panduan lengkap tentang perancang keluarga implan. Tulisan ini bukanlah untuk menakut-nakutkan anda, namun sebagai pengguna, anda berhak mengetahui segala info tentang kaedah perancang kehamilan berikut.

Ada tak di antara anda yang mengalami pengalaman ngeri sepanjang pakai alat perancang keluarga jenis implan ini? 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/10/implan implanon.jpg Anda Rancang Nak Pakai Implan? Ambil Tahu 5 Manfaat & Risiko Ini Dulu

Menurut seorang wanita, dia hanya kawal kehamilan dengan mengambil ubat yang perlu disuntik setiap tiga bulan hingga berat badannya naik kira-kira 58 ke 60 kilogram!

Meskipun telah berjumpa pakar nutrisi, namun berat badannya itu tetap tak turun hinga dia buntu untuk melakukan apa lagi. Lalu, doktor mengesyorkan dia implan yang ditanam pada lengan. 

Namun selepas memakai implan tersebut, ia sangat menyakitkan dan jika anda ingin membuka semula implan tersebut, anda perlu tunggu tiga tahun. 

Kesan sampingan selepas pakai perancang keluarga implan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/6.jpg Anda Rancang Nak Pakai Implan? Ambil Tahu 5 Manfaat & Risiko Ini Dulu

Sebab itulah anda perlu tahu apa kesan sampingan sebelum memilih mana-mana kaedah perancang keluarga

Untuk perancang keluarga implan, ini antara 5 kesan sampingannya yang anda perlu peka:

  1. Muncul perubahan mood yang tak menentu.
  2. Perlu melalui pembedahan jika berlaku sebarang risiko yang membahayakan kesihatan. 
  3. Mengalami masalah berat badan sama ada berlebihan atau kurang. 
  4. Kiraan haid yang tak normal setiap bulan seperti berubah sedikit, berhenti terus atau datang sekali sekala. 
  5. Pening kepala, loya, sengal payudara dan perubahan emosi turut dilaporkan sebagai kesan sampingan yang berkaitan

Manfaat pakai perancang keluarga implan 

Selepas mengetahui apakah kesan-kesan pemakaian, ambil tahu juga tentang manfaat bagi setiap perancang keluarga yang dipilih.

Untuk perancang keluarga implan, ini 3 manfaatnya:

  • Kaedah pencegah kehamilan sementara yang paling berkesan
  • Hormon yang dikeluarkan dari testis akan menyebabkan telur berkembang dan tidak jatuh. Kemudian, lendir serviks menebal dan sel sperma yang masuk ke dalam rahim lebih sukar untuk “melekat” dan telur yang telah bercampur tidak dapat menempel pada dinding rahim, sekaligus menghalang kehamilan. 
  • Kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan senggugut sehingga 88% bagi wanita yang memakainya. 

Selain itu, kajian klinikal huga mendapati jerawat dilaporkan sebagai kesan sampingan implan sebanyak 14%.

Manakala 59% daripada wanita yang menggunakan kaedah ini mendapati jerawat mereka semakin pulih. Akan tetapi, 10% lagi menjadi lebih buruk.

Siapa yang harus pakai perancang keluarga implan ini? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/skata 1449217258.jpg Anda Rancang Nak Pakai Implan? Ambil Tahu 5 Manfaat & Risiko Ini Dulu

  • Kaedah ini sesuai bagi wanita yang ingin menjaga jarak umur anak sekurang-kurangnya dua ke tiga tahun. 
  • Namun, perancang keluarga implan tidak boleh digunakan pada pesakit hati, kanser payudara dan lain-lain. 
  • Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi dan ada sejarah kehamilan ektopik. 

Untuk wanita yang ingin hamil semula, ia perlu dikeluarkan oleh pegawai kesihatan profesional yang terlatih mengikut prosedur dan mengambil masa selama tiga minit. Ubat bius akan digunakan. 

Bagi ibu yang baru lepas bersalin dan tidak menyusukan bayi, implan boleh dipasang pada 21 hingga 28 hari selepasnya. 

Namun selepas dipasang, doktor syorkan untuk guna kondom sebagai kaedah sampingan selama tujuh hari. 

Di harap artikel ini memberi penjelasan buat anda yang masih ragu-ragu untuk pakai implan. Semoga bermanfaat. 
 
 
 

 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Utusan & theAsianparent Thailand

Baca juga:

Panduan lengkap 16 cara mencegah kehamilan, tiada lagi kehamilan mengejut!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!