Merancang keluarga adalah hak anda, kenapa nak rasa bersalah pula?

lead image

Perancangan keuarga bukanlah sesuatu yang buruk, dan dengan merancang keluarga, anada dapat memberikan apa yang terbaik untuk anak anda.

“Saya umur 24 tahun dan kahwin pada usia 18 tahun. Saya hamil 9 bulan sekarang dan ini anak kedua saya.

Apabila tiba masanya, saya akan menunggang sendiri motosikal ke hospital. Suami seorang kontraktor. Saya berhenti sekolah pada darjah 5 dan tinggal di rumah selepas itu.

Suami saya tak benarkan saya ke bandar bekerja. Sekarang, saya jaga anak dan keluar bersama rakan-rakan.

Adik saya tidak mahukan anak buat masa ini. Dia melakukan perancangan keluarga, dia tahu tentangnya sendiri dan melalui jururawat dan UNFPA.”

Demikianlah perkongsian seorang warga Sarawak melalui Humans of Kuala Lumpur. Perancangan keluarga mungkin normal bagi sesetengah orang, tapi ada yang sukar bagi orang lain.

perkahwinan bawah umur, kahwin muda, perkahwinan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, kemiskinan, keganasan seksual

Di pedalaman Borneo, ramai ibu tidak menyedari atau menolak kaedah perancang keluarga. Disebabkan isu ini, “Perancangan Keluarga adalah Hak Asasi Manusia” dipilih sebagai tema Hari Populasi Sedunia.

Hari Populasi Sedunia 2018

Hari Populasi Sedunia adalah hari menumpukan perhatian pada isu-isu penting berkaitan penduduk dunia.

Ia disambut pada 11hb Julai setiap tahun. Tema tahun ini ialah –

“Ibu bapa ada hak asasi untuk menentukan secara bebas dan bertanggungjawab bilangan dan jarak antara anak mereka.”

Populasi di Malaysia ada berapa?

Kepadatan penduduk di Malaysia adalah 98 orang per km2 dengan saiz populasi yang menduduki tangga ke-45 di dunia.

Menariknya, Malaysia terletak di salah satu rantau terpadat di dunia yang menyumbang kepada hampir separuh daripada keseluruhan penduduk dunia.

perancangan keluarga, merancang keluar, kebaikan perancangan keluarga, kepentingan perancangan keluarga, kaedah perancang keluarga

Visual daripada: Visual Capitalist

Walaupun rakyat Malaysia menikmati kepadatan penduduk yang agak sederhana – tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah – berbanding dengan negara-negara jirannya, perancang keluarga dalam kalangan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding purata global.

Mengapa perancangan keluarga penting?

perancangan keluarga, merancang keluar, kebaikan perancangan keluarga, kepentingan perancangan keluarga, kaedah perancang keluarga

Perancangan keluarga menyumbang kepada peningkatan kesihatan ibu, pengurangan kematian ibu dan anak sewaktu bersalin dan membasmi kemiskinan.

Kajian juga mendapati penggunaan perancang keluarga mengurangkan kadar pengguguran sengaja.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, satu pertiga dari 210 juta kehamilan yang berlaku setiap tahun adalah kehamilan yang tidak dikehendaki.

Kebanyakannya berakhir dengan kelahiran mati, keguguran, dan pengguguran dengan sengaja. Lima juta wanita dimasukkan ke hospital setiap tahun untuk rawatan komplikasi keguguran seperti pendarahan dan sepsis.

Di Malaysia, wanita yang perlu pakai tapi tidak menggunakan kaedah perancang keluarga, telah meningkat dari 25% kepada 36% pada tahun 2004. 

Akibatnya, bayi yang dibuang makin ramai

Dalam kajian tentang remaja di antara umur 18-21 tahun di Malaysia, sekitar 20% daripada mereka melakukan hubungan kelamin dengan pasangan tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegahan.

Daripada 510,462 bayi yang dilahirkan pada tahun 2010, terdapat 52,982 kehamilan luar nikah. Apa yang pasti, para ibu ini tidak mengamalkan sebarang kaedah pencegahan.

Kekangan perancangan keluarga di Malaysia

Di Malaysia, kadar penggunaan pencegah kehamilan pada tahun 1966 adalah 8.8%  tetapi telah meningkat kepada 52% (termasuk kaedah tradisional) pada tahun 1984 kerana pengenalan Akta Perancang Keluarga Negara.

Dari segi kaedah kontraseptif moden, hanya 32.3% wanita mengamalkannya berdasarkan soal selidik tahun 2005-2010.

Malangnya, kadar penggunaan kontraseptif di Malaysia masih di takuk yang sama sejak 25 tahun lalu. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM) melaporkan kehamilan yang tidak diingini semakin meningkat sebab amalan kontraseptif yang rendah dalam kalangan wanita Malaysia.

Sementara itu, dari segi perbezaan kaum, masyarakat Melayu dilaporkan mempunyai peratusan terendah dalam amalan perancang keluarga menurut kaji selidik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Negeri-negeri di pantai timur yang ada peratusan masyarakat Melayu sebanyak 90% menunjukkan penggunaan terendah.

Bahkan dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2014, para penyelidik mendapati wanita Melayu adalah 92% lebih cenderung menolak kaedah kontraseptif berbanding kaum lain.

Perancangan keluarga untuk masa depan yang lebih baik

Perancangan keluarga bukan masalah menolak kejadian semula jadi tubuh anda, atau apa yang telah ditakdirkan.

Ia hanya satu pilihan untuk membantu anda membina keluarga yang lebih sihat dan stabil. Yang seterusnya akan menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik.

Tetapi perancangan keluarga tidak harus dibebani kepada kaum wanita sahaja. Sokongan masyarakat adalah penting agar perancangan keluarga berjaya.

Wanita yang membincangkan perancangan keluarga dengan pasangan didapati lebih cenderung menggunakan kontraseptif moden berbanding dengan wanita yang tidak.

Memberikan remaja akses kepada pengetahuan kontraseptif tidak akan menggalakkan hubungan seksual di luar perkahwinan dengan sendirinya.

Sebaliknya, ia membantu membendung lambakan kejadian bayi dibuang di Malaysia.

Matlamat akhir perancangan keluarga bukanlah untuk menafikan hak membentuk keluarga seperti yang anda mahukan.

Sebaliknya, untuk mencipta dunia di mana setiap kehamilan yang berlaku adalah kehamilan yang dimahukan, setiap proses kelahiran adalah selamat dan setiap anak kecil mampu mengembangkan potensi mereka sepenuhnya sebagaimana yang digariskan oleh Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?