Ibu, Sila Tenang Hadapi Proses Bersalin, Ini 6 Kesan Buruk Jika Perasaan Takut Menghantui Diri

undefined

Takut nak bersalin? Hati-hati anda mungkin akan mengalami beberapa kesan buruk ini. Malah ia tidak bagus untuk ibu dan bayi dalam kandungan

Perasaan takut, gelisah dan kebimbangan merupakan salah satu perkara biasa yang boleh dirasai oleh ibu hamil terutama bagi mereka yang pertama kali merasai detik ini.

Bahkan perasaan takut ini dirasai oleh semua wanita hamil disaat kaki melangkah masuk ke ruangan wad bersalin dengan pemeriksaan teliti yang akan dilakukan oleh jururawat dan doktor.

Kebimbangan tersebut semakin meresahkan bila anda melihatnya sendiri di dalam televisyen menerusi drama atau menontonnya di YouTube.

Lantas memori tentang kesakitan semasa beranak yang dirakamkan melalui cerita-cerita tersebut membuatkan anda bertambah gemuruh.

Namun tahukah anda bahawa terdapat kesan bila perasaan takut bersalin ini sering menghantui diri.

Ini kerana, mesej negatif ini akan diproses menjadi satu bentuk kepercayaan sekaligus memberi kesan tak baik pada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Antara kesan buruk yang boleh dialami ibu adalah seperti di bawah ini:

Kesan perasaan takut semasa bersalin

perasaan takut

Inilah di antara enam kesan- kesan perasaan bimbang yang boleh ibu alami sekiranya tidak mengawal rasa negatif itu dengan sebaiknya. Diharap perkongsian ini dapat mengubah corak kehidupan anda selepas ini terutamanya semasa mengandung. 

#1. Memberi kesukaran darah dan oksigen untuk sampai ke dalam rahim

Organ rahim wanita ini merupakan mekanisma pertahananan badan. Sekiranya dia menerima isyarat fight,fight atau freeze sekaligus saluran darah ke sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu memberi kesukaran untuk
laluan darah dan oksigen untuk sampai ke rahim anda.

#2. Pucat dan tidak bermaya

Keduanya, apabila terlalu takut nak beranak, wajah ibu hamil akan kelihatan pucat dan tidak bermaya untuk melakukan pekerjaan lain.

Jadi sekiranya anda berasa takut untuk melahirkan bayi, sebaiknya minta sokongan daripada suami dan ahli keluarga terdekat serta memperbanyakkan membaca surah-surah tertentu supaya perasaan takut itu berlalu pergi.

#3. Hormon stress akan terhasil

perasaan takut bersalin

Sekiranya perasaan bimbang dan stress untuk melahirkan ini tidak ditangani dengan lebih awal, maka sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stress yang dipanggil sebagai catecholamine.

Sekaligus dengan sebab ini, badan akan menerima mesej untuk menjadi beku atau bahasa lain seperti fight,fight atau freeze.

#4. Ibu dan bayi akan berasa sakit

Selain itu, kesan di atas ketakutan ini akan menyebabkan ibu dan bayi mengalami kesakitan yang melampau.

Hal ini kerana, bila ibu stress lantas ia akan berpindah kepada bayi yang turut mengalami keadaan yang sama.

Jadi sebaiknya anda hindari rasa takut dan mengawalnya degan cara yang terbaik supaya kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat.

#5. Pintu rahim sukar untuk terbuka dengan meluas

Kesan buruk yang boleh terjadi juga adalah apabila ia menyebabkan rahim tidak dapat bekerja dengan keadaan yang normal.

Hal ini keranan otot di kawasan rahim tidak boleh meregang dan bertaut seperti keadaan normal lalu menyebabkan bukaan rahim tidak boleh meluas dengan tahap yang ditentukan bagi kelahiran normal.

Sebab itu, ramai wanita hamil perlu melalui proses pembedahan kerana bukaan pintu rahim yang tidak meluas dan tidak mencecah 10cm. 

Sebab itulah ibu disarankan untuk tidak terus membiarkan perasaan takut ini menjalar di dalam hati kerana risiko untuk tidak bersalin normal adalah tinggi.

#6. Mengalami kekurangan oksigen

perasaan takut beranak

Sekiranya bekalan oksigen di kawasan rahim mengalami kekurangan maka bayi juga turut mengalami hal yang serupa.

Apa yang terjadi bila kekurangan oksigen? Ia boleh menyebabkan bayi lemas sebelum dilahirkan ke dunia.

Namun biasanya bila keadaan ini berlaku di hospital, intervensi akan dilakukan segera.

Justeru, amatlah penting bagi ibu hamil mengawal perasaan takut dan kebimbangan mereka dengan sebaik-baiknya.

Ingat, sakit bersalin itu cuma seketika tapi kemanisan dan pengalaman melahirkan zuriat akan anda kenang sampai ke peghujungnya.

Semoga bermanfaat.

Ibu, Sila Tenang Hadapi Proses Bersalin, Ini 6 Kesan Buruk Jika Perasaan Takut Menghantui Diri

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber:  Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commengenai-tokophobia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!