7 peraturan di rumah yang ANDA BOLEH LANGGAR tanpa rasa bersalah

lead image

Peraturan rumah dibuat untuk mendisiplinkan anak supaya mereka tahu yang mana boleh dan mana yang tidak. Tapi sesekali, kalau bagi peluang tak ada salahnya. Anak-anak pun rasa lebih gembira

Bila ada anak kecil, menjadi lumrah untuk ibu bapa buat peraturan di rumah. Hal ini bertujuan supaya anak-anak lebih berdisiplin dan membesar dengan baik

Namun begitu, peraturan di rumah itu memang perlu ke diikut 100% ke? Tapi kalau kadang-kadang ‘terlanggar’ tak jadi masalah, kan? 

Manakan tidak, peraturan di rumah yang ditetapkan kadang-kadang terlalu banyak supaya dapat mencorak tingkah laku anak. Jadi tak ada salahnya jika anda atau anak-anak “terlanggar” mana-mana peraturan yang boleh dikompromi.

Peraturan apa yang dimaksudkan? Jom lihat 7 tujuh peraturan di rumah ini. 

7 peraturan di rumah yang boleh dilanggar sekali-sekala

1. Dilarang makanan makanan segera 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/kfc original chicken recipe 500x366.jpg 7 peraturan di rumah yang ANDA BOLEH LANGGAR tanpa rasa bersalah

Memang ibu bapa digalakkan unruk beri anak makanan seimbang yang bagus untuk perkembangan si kecil. Tapi sesekali peraturan itu di langgar, tak menjadi masalah, kan?

Contohnya seperti bagi anak makan KFC atau makanan segera yang lain. 

Apatah lagi, pembungkusan makanan segera itu ada ketikanya diselitkan dengan alat permainan. Anak pun rasa lebih teruja dan anda pula boleh rehat seketika bila si kecil leka bermain permainan percuma itu. 

Langgar-langgar juga peraturan di rumah ini, tapi janganlah selalu bagi anak ambil makanan segera. Ok? 

2. Tak boleh main telefon bimbit 

Kita hidup dalam teknologi yang serba moden. Kini telefon mudah alih amat diperlukan contohnya. Sebab itu, ada mak-mak yang letakkan peraturan di rumah iaitu anak tak boleh main telefon bimbit. 

Namun, menurut mereka yang berpengalaman, tak ada salahnya jika ingin beri anak main telefon bimbit seperti melihat video-video pembelajaran, belajar bahasa arab, menonton video bacaan doa kanak-kanak dan sebagainya.

Tapi pastikan anda sentiasa pantau dan mengehadkan batasan ini

3. Tak boleh makan ais krim 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/today.jpg 7 peraturan di rumah yang ANDA BOLEH LANGGAR tanpa rasa bersalah

Kredit: Today

Antara peraturan di rumah yang wajib anak-anak ikut adalah dilarang makan ais krim dan hanya boleh menikmatinya ketika makan tengah hari saja. Waktu-waktu yang lain tak boleh. 

Sebenarnya tak salah nak langgar peraturan ini kerana si kecil pun tentu rasa lebih riang dan gembira bila dapat makan ais krim.

Apatah lagi susu yang terkandung dalam ais krim dapat tambahkan kalsium pada anak. Tapi janganlah bagi selalu, sekali sekala tak mengapa. 

4. Mainan sedikit lagi bagus 

Apabila berada di kedai permainan, kadang-kadang anda harus mengawal diri supaya tak terlalu teruja untuk beli semua mainan yang dijual. Hal ini kerana, anda sudah meletakkan syarat dan peraturan di rumah supaya mainan tak terlalu banyak. 

Padahal ia bagus bila anak suka bermain dengan permainan kerana mereka dapat belajar sesuatu dari situ. 

5. Suai padan baju adalah cara lama 

src=https://c1.staticflickr.com/4/3129/3167651092 50837ecd83 b.jpg 7 peraturan di rumah yang ANDA BOLEH LANGGAR tanpa rasa bersalah

Biasanya bila ada anak, pasangan suami isteri akan menggayakan si kecil dengan suai padan baju dan warna tertentu.

Namun, peraturan di rumah tentang baju anak tak salah sesekali dilanggar kerana ada ketikanya anak kelihatan comel bila menggayakan baju lain seluar lain.

Tapi jangan nampak terlalu pelik sangat. Kasihan anak.

6. Tak boleh tidur sebilik dengan anak 

Antara lain peraturan di rumah ialah bilik anak mesti dihias cantik supaya mereka selesa tidur di dalamnya. Tapi sesekali anda tidur dengan si kecil tak ada salahnya.

Bahkan pasti dia juga ingin bermanja bersama ibu bapanya ketika tidur. 

7. Peraturan di tempat tidur

Anda sentiasa berfikir anak akan mudah tidur bila dibacakan buku atau menceritakan pada si kecil kisah-kisah dongeng. 

Peraturan di rumah ini sebenarnya sudah tak wujud, sebabnya anak-anak ini sebenarnya mengikut mood masing-masing hingga kadang-kadang susah nak bagi tidur. Tambah-tambah si kecil yang semakin melasak. 

Bagaimana pula dengan anda? Apakah peraturan yang ditetapkan di rumah? Jom, kongsi dengan kami. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: Huffington Post 

Sumber: Ditulis oleh Dew M dan mendapat kebenaran penterjemahan dari theAsianparent Singapore

Baca juga

Dalam rumah dialah hero, tapi bila di luar tiba-tiba jadi penakut! Kenapa ya?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!