Cara Meraikan Perayaan Deepavali Dengan Kanak-Kanak: Aktiviti Dan Kraf Kreatif

undefined

Perayaan Deepavali dengan kanak-kanak boleh menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan bermakna dengan aktiviti-aktiviti ini.

Meraikan perayaan Deepavali dengan kanak-kanak boleh menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan dan bermakna. Dengan aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat menikmati perayaan tetapi juga belajar tentang nilai-nilai yang terkandung dalam Deepavali.

Aktiviti Perayaan Deepavali Bersama Kanak-Kanak

Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, adalah perayaan penting dalam kalendar Hindu yang diadakan setiap tahun. Ia dirayakan selama lima hari dan biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Deepavali melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan ke atas kejahatan.

Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan bersama kanak-kanak sempena perayaan Deepavali.

1.Rangoli Sand Art

Boleh dibeli di mana-mana kedai secara dalam talian atau kedai yang menjual barangan membuat rangoli. Pasti anak-anak gembira dengan aktiviti ini di samping meningkatkan motor halur mereka.

perayaan deepavali

2.Mewarna Rangoli

Sediakan kertas berwarna dan pensil warna atau cat air. Tunjukkan kepada kanak-kanak corak rangoli yang sederhana. Biarkan mereka melukis atau mewarna corak rangoli dengan kreatif, menggunakan warna-warna ceria.

3. Kraftangan Diyas

Gunakan tanah liat atau kertas keras. Bentuk tanah liat menjadi bentuk diyas, atau potong kertas menjadi bentuk yang sesuai. Biarkan mereka menghias diyas dengan cat, glitter, atau kertas berwarna. Jika menggunakan tanah liat, letakkan lilin kecil di dalamnya.

4. Membuat Kuih Kacang

Sediakan bahan-bahan seperti kacang, gula, dan mentega. Ajar mereka cara menguli adunan dan membentuk biskut. Biar mereka menghias biskut dengan coklat atau taburan warna. Bakar biskut dan nikmati bersama.

5. Seni Kertas (Origami)

Sediakan kertas berwarna. Tunjukkan teknik asas origami untuk melipat kertas menjadi bentuk seperti bunga atau lampu. Biarkan kanak-kanak mencuba dan menghias hasil origami mereka.

6. Kraftangan Lampu Kertas/Lantern

Sediakan kertas berwarna dan gunting. Ajar mereka cara memotong kertas untuk membuat bentuk lampu. Biarkan mereka menghias dengan glitter atau kertas berkilau sebelum menggantungnya di rumah.

7.Membuat Hiasan Pintu

Sediakan kertas, kain, atau bahan terpakai. Ajar mereka cara mencipta hiasan pintu dengan memotong dan menghias bahan tersebut.
Biar mereka menghias hiasan dengan cat atau kertas berkilau sebelum menggantungnya di pintu masuk.

8.Bunga Kertas

Sediakan kertas crepe dan gunting. Tunjukkan cara memotong dan melipat kertas untuk membuat bentuk bunga. Ajar mereka cara mengikat bunga menggunakan tali atau pita. Gunakan bunga ini untuk menghias rumah.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 28 Staycation Malaysia Di 14 Negeri Yang Menarik Untuk Percutian Sekeluarga

Baca juga: 15 Hotel Best Di Penang, Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Pool, Water Park & Play Area!

Baca juga: 13 Boutique Hotel Penang Untuk Anda Terokai, Serendah RM50 Semalam Pun Ada Tau!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!