Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan - Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

lead image

Duit amat diperlukan dalam penjagaan anak sepanjang masa selepas dilahirkan sehingga masuk ke alam persekolahan dan universiti. Agak-agak, berapa kos nak sara seorang anak setiap bulan ya?

Apabila dikurniakan zuriat yang sihat dan comel, tentunya keluarga anda akan bertambah bahagia. Namun, ada pasangan tidak bersedia untuk melahirkan bayi (terutamanya yang bergaji kecil) kerana perbelanjaan bulanan yang terlalu besar.  

Anda agak-agak, berapa kos perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk menyara seorang anak?

Buat yang masih merancang, berikut antara kos dan perbelanjaaan bulanan yang harus ditanggung ibu bapa selepas melahirkan seorang anak.

Jom kita teliti satu persatu. 

Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan kehamilan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/crop635w iStock 624490712.jpg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Ibu yang sedang hamil perlu melalui sesi check-up sebulan sekali dan ia akan berubah kepada dua minggu sebulan setelah masuk minggu ke-36 dan seterusnya.

Jika anda memilih check-up di hospital swasta, ia menelan belanja sekurang-kurangnya RM200 setiap satu lawatan. Jika dicampurkan segala kos ini hingga minggu ke-40, anda memerlukan sebanyak RM2400 untuk sesi tersebut. 

Berikut cara kiraan yang lebih jelas:

  • Kiraan setiap bulan sebelum minggu ke-36: 
  • RM200X 9 bulan = RM1800 

Cara kiraan untuk minggu ke-37 dan seterusnya:

  • Check-up dua kali sebulan hingga bersalin
  • RM200 X 3minggu = RM600

Total perbelanjaan bulanan adalah RM2400.

Namun di Malaysia, kita ada hospital dan klinik kerajaan yang menyediakan insentif percuma bagi checkup ibu hamil.

Rawatan di hospital kerajaan dalam anggaran RM5 untuk setiap kali sesi. 

Klinik KKM dan klinik desa akan rujuk hospital sekiranya ibu mengalami kencing manis, obesiti, darah tinggi, air ketuban kurang, bayi songsang dan sebagainya. 

Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan bersalin 

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/05/mertua menemani melahirkan.jpg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Menurut satu kajian dari Babycenter, 41% rakyat Malaysia memilih untuk melahirkan bayi di pusat bersalin swasta

Jika anda cadang untuk bersalin di hospital swasta, kos bersalin boleh menelan belanja sekurang-kurangnya RM5,800 termasuk kos menginap ibu dan bayi

Jika bersalin cara caesarean atau pembedahan pula, ia boleh menelan belanja sekitar RM17,000 atau mungkin lebih. 

Jika berkemampuan, bolehlah pilih hospital bersalin swasta tapi jika sebaliknya, anda boleh mendapatkan rawatan bersalin di hospital kerajaan yang jauh lebih murah. 

Perbelanjaan bulanan: kos rawatan perubatan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/ANU Centre for Social Research Methods.jpg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Kredit : ANU Centre for Social Research & Methods

Bayi baru lahir perlu mendapatkan pemeriksaan secara berkala dan suntikan imunisasi pada tahun pertama. Jadi anda perlu sediakan duit lebih bagi tanggung kos ini. 

Secara purata, lawatan untuk suntikan imunisasi berharga antara RM70 hingga RM150 untuk setiap sesi lawatan dan ia adalah harga klinik pediatrik swasta. 

Namun begitu, jika anda tak mahu menangung kos rawatan yang terlalu mahal ini, anda boleh mendapatkan rawatan imunisasi di Klinik Kesihatan Malaysia.

Perbelanjaan bulanan: Kos penjagaan anak 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kos anak pengasuh.jpg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Hasil kajian Babycenter mendapati 80% ibu bapa di Malaysia bergantung kepada orang tua untuk menjaga bayi mereka, manakala 41% lagi pada saudara mara dan 40% hantar pada pengasuh luar atau babysitter. 

Jika anda hantar pengasuh di Lembah Klang, kos anggarannya adalah RM400 ke RM450 sebulan untuk bayi baru lahir

Perbelanjaan bayi sebulan: Susu, pampers, makanan bayi, mainan dan lain-lain

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/care.com .jpg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Kredit : Care.com

#1. Susu 

Bayi baru lahir biasanya minum susu ibu secara terus melalui payudara atau botol. Tapi setelah mencapai dua tahun ke atas, ibu memerlukan susu formula atau susu segar.

Tapi, ada juga ibu yang alami masalah tertentu hingga menyebabkan susu badan kurang atau tak keluar langsung. Jadi tentunya ibu memerlukan susu formula yang dirumus khas untuk si kecil. 

Biasanya susu formula bayi bawah setahun lebih mahal berbanding susu untuk peringkat umur yang lain. 

Malah harga setiap jenama susu formula adalah berbeza-beza dan anda perlu menyediakan RM150 ke RM200 untuk pembelian susu ini. 

#2. Makanan pejal 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/02/resepi makanan bayi 6 bulan puri buah.jpeg Ini Kos Sara & Perbelanjaan Satu Orang Anak Setiap Bulan   Patutlah Ada Tak Cukup Duit!

Bayi umur enam bulan sudah mula diberi makanana pejal seperti bubur nasi, puri buah atau bijirin bayi. Ia menelan belanja sekitar RM100 sebulan tapi ia juga bergantung pada makanan apa yang dipilih si ibu. 

#3. Kos lampin anak 

Ada banyak jenama lampin dijual di pasaraya dan harganya juga berbeza-beza. Biasanya, ia sekitar RM30 setiap pek dan jumlah lampin tersebut berbeza pada saiz. 

#4. Kos permainan dan pakaian 

Bayi cepat membesar dan mereka cepat bosan dengan sesuatu mainan. Jadi, dinasihatkan anda dapatkan pakaian terpakai atau mainan daripada saudara mara atau kawan-kawan yang anaknya tidak gunakan lagi barang tersebut. Dengan cara ini anda dapatlah berjimat. 

Tapi tak salah jika anda ada simpan bajet sikit untuk membeli mainan bayi. Kalau boleh, cari tempat yang ada jual murah seperti di kedai RM2 dan Mr DIY. 

Begitu juga dengan pakaian, dapatkan baju anak-anak di tempat yang murah dan pilih saiz yang lebih besar kerana mereka boleh pakai lama. 

Anggaran untuk ini adalah RM500 bagi tahun pertama.

Perbelanjaan bulanan: Kos persekolahan, tadika, taska dan lain-lain 

Setelah anak berumur empat tahun ke atas, ada ibu bapa yang sudah mula menghantar mereka ke tadika, prasekolah mahupun taska. 

Jadi, anda perlu sediakan kos untuk membeli segala keperluan anak seperti baju uniform sekolah, kasut sekolah, beg galas, alat tulis, buku tulis dan lain-lain. 

Bayangkan, jumlah kos pembiayaan untuk satu orang anak di Malaysia terletak di antara RM 400,000 – RM 1.1 juta! Bila anda tengok semua kos anggaran ini, tidak hairanlah mengapa ibu bapa selalu tak cukup duit!

Justeru, menjaga seorang anak bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan tanggungjawab dan komitmen sepanjang hayat

Semakin besar anak tersebut, pastinya banyak perkara yang harus dipertimbangkan seperti hobi dan pelajaran mereka. Jika bersedia dari awal, semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. 

Paling penting, berikan sepenuh kasih sayang terhadap mereka kerana anak adalah anugerah yang cukup bernilai dan amanah Allah SWT kepada hambaNya.

Semoga anak-anak kita semua menjadi soleh dan solehah bila besar nanti 🙂 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber : Gila hartanah, theAsianparent Thailand

Baca juga:

13 Tips Bijak Beli Barang Bayi Yang Murah, Yang Penting Jimat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!