Ini Kos Perbelanjaan Bulanan Seorang Anak, Memang Patutlah Kalau Akhir Bulan Duit Gaji Semuanya 'Licin'!

Perbelanjaan bulanan membesarkan seorang anak bukanlah sedikit. Justeru, merancanglah sebaiknya jika anda ingin tambah anak lagi.

Apabila dikurniakan zuriat yang sihat dan comel, tentunya keluarga anda akan bertambah bahagia. Namun, ada pasangan tidak bersedia untuk melahirkan bayi (terutamanya yang bergaji kecil) kerana perbelanjaan bulanan yang terlalu besar.  

Anda agak-agak, berapa kos perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk menyara seorang anak? Buat yang masih merancang, berikut antara kos dan perbelanjaaan bulanan yang harus ditanggung ibu bapa selepas melahirkan seorang anak.

Eloklah diteliti satu persatu sebelum anda pening kepala akhirnya nanti.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan kehamilan 
  • Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan bersalin 
  • Perbelanjaan bulanan: Kos persekolahan, tadika, taska dan lain-lain 

Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan kehamilan 

perbelanjaan bulanan

 

Ibu yang sedang hamil perlu melalui sesi check-up sebulan sekali dan ia akan berubah kepada dua minggu sebulan setelah masuk minggu ke-36 dan seterusnya.

Jika anda memilih check-up di hospital swasta, ia menelan belanja sekurang-kurangnya RM200 setiap satu lawatan. Jika dicampurkan segala kos ini hingga minggu ke-40, anda memerlukan sebanyak RM2400 untuk sesi tersebut. 

Berikut cara kiraan yang lebih jelas:

  • Kiraan setiap bulan sebelum minggu ke-36: 
  • RM200X 9 bulan = RM1800 

Cara kiraan untuk minggu ke-37 dan seterusnya:

  • Check-up dua kali sebulan hingga bersalin
  • RM200 X 3minggu = RM600

Total perbelanjaan bulanan adalah RM2400.

Namun di Malaysia, kita ada hospital dan klinik kerajaan yang menyediakan insentif percuma bagi checkup ibu hamil. Rawatan di hospital kerajaan dalam anggaran RM5 untuk setiap kali sesi. 

Klinik KKM dan klinik desa akan rujuk hospital sekiranya ibu mengalami kencing manis, obesiti, darah tinggi, air ketuban kurang, bayi songsang dan sebagainya. 

Perbelanjaan bulanan: Kos rawatan bersalin 

Menurut satu kajian dari Babycenter, 41% rakyat Malaysia memilih untuk melahirkan bayi di pusat bersalin swasta.  Jika anda cadang untuk bersalin di hospital swasta, kos bersalin boleh menelan belanja sekurang-kurangnya RM5,800 termasuk kos menginap ibu dan bayi

Jika bersalin cara caesarean atau pembedahan pula, ia boleh menelan belanja sekitar RM17,000 atau mungkin lebih. 

Jika berkemampuan, bolehlah pilih hospital bersalin swasta tapi jika sebaliknya, anda boleh mendapatkan rawatan bersalin di hospital kerajaan yang jauh lebih murah. 

Perbelanjaan bulanan: kos rawatan perubatan 

Bayi baru lahir perlu mendapatkan pemeriksaan secara berkala dan suntikan imunisasi pada tahun pertama. Jadi anda perlu sediakan duit lebih bagi tanggung kos ini. 

Secara purata, lawatan untuk suntikan imunisasi berharga antara RM70 hingga RM150 untuk setiap sesi lawatan dan ia adalah harga klinik pediatrik swasta. 

Namun begitu, jika anda tak mahu menangung kos rawatan yang terlalu mahal ini, anda boleh mendapatkan rawatan imunisasi di Klinik Kesihatan Malaysia.

Perbelanjaan bulanan: Kos penjagaan anak 

Hasil kajian Babycenter mendapati 80% ibu bapa di Malaysia bergantung kepada orang tua untuk menjaga bayi mereka, manakala 41% lagi pada saudara mara dan 40% hantar pada pengasuh luar atau babysitter. 

Jika anda hantar pengasuh di Lembah Klang, kos anggarannya adalah RM400 ke RM450 sebulan untuk bayi baru lahir

Perbelanjaan bayi sebulan: Susu, pampers, makanan bayi, mainan dan lain-lain

perbelanjaan bulanan

#1. Susu 

Bayi baru lahir biasanya minum susu ibu secara terus melalui payudara atau botol. Tapi setelah mencapai dua tahun ke atas, ibu memerlukan susu formula atau susu segar.

Tapi, ada juga ibu yang alami masalah tertentu hingga menyebabkan susu badan kurang atau tak keluar langsung. Jadi tentunya ibu memerlukan susu formula yang dirumus khas untuk si kecil. 

Biasanya susu formula bayi bawah setahun lebih mahal berbanding susu untuk peringkat umur yang lain. 

Malah harga setiap jenama susu formula adalah berbeza-beza dan anda perlu menyediakan RM150 ke RM200 untuk pembelian susu ini. 

#2. Makanan pejal 

Bayi umur enam bulan sudah mula diberi makanana pejal seperti bubur nasi, puri buah atau bijirin bayi. Ia menelan belanja sekitar RM100 sebulan tapi ia juga bergantung pada makanan apa yang dipilih si ibu. 

#3. Kos lampin anak 

Ada banyak jenama lampin dijual di pasaraya dan harganya juga berbeza-beza. Biasanya, ia sekitar RM30 setiap pek dan jumlah lampin tersebut berbeza pada saiz. 

#4. Kos permainan dan pakaian 

Bayi cepat membesar dan mereka cepat bosan dengan sesuatu mainan. Jadi, dinasihatkan anda dapatkan pakaian terpakai atau mainan daripada saudara mara atau kawan-kawan yang anaknya tidak gunakan lagi barang tersebut. Dengan cara ini anda dapatlah berjimat. 

Tapi tak salah jika anda ada simpan bajet sikit untuk membeli mainan bayi. Kalau boleh, cari tempat yang ada jual murah seperti di kedai RM2 dan Mr DIY. 

Begitu juga dengan pakaian, dapatkan baju anak-anak di tempat yang murah dan pilih saiz yang lebih besar kerana mereka boleh pakai lama.  Anggaran untuk ini adalah RM500 bagi tahun pertama.

Perbelanjaan bulanan: Kos persekolahan, tadika, taska dan lain-lain 

Setelah anak berumur empat tahun ke atas, ada ibu bapa yang sudah mula menghantar mereka ke tadika, prasekolah mahupun taska. 

Jadi, anda perlu sediakan kos untuk membeli segala keperluan anak seperti baju uniform sekolah, kasut sekolah, beg galas, alat tulis, buku tulis dan lain-lain. 

Bayangkan, jumlah kos pembiayaan untuk satu orang anak di Malaysia terletak di antara RM 400,000 – RM 1.1 juta! Bila anda tengok semua kos anggaran ini, tidak hairanlah mengapa ibu bapa selalu tak cukup duit!

Justeru, menjaga seorang anak bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan tanggungjawab dan komitmen sepanjang hayat

Semakin besar anak tersebut, pastinya banyak perkara yang harus dipertimbangkan seperti hobi dan pelajaran mereka. Jika bersedia dari awal, semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. 

Paling penting, berikan sepenuh kasih sayang terhadap mereka kerana anak adalah anugerah yang cukup bernilai dan amanah Allah SWT kepada hambaNya. Semoga anak-anak kita semua menjadi soleh dan solehah bila besar nanti. 

Perbelanjaan leisure 

perbelanjaan bulanan

Anak juga perlu dibawa melancong atau melawat ke tempat-tempat lain daripada kediaman anda untuk memberi pengalaman kepada mereka.

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli di mana-mana, jadi jika boleh ketepikanlah sedikit untuk anda bawa anak-anak melancong. Jika tidak dapat pergi jauh dekat-dekat pun jadilah. 

Simpanan anak

Penting untuk ibu ayah tentukan dan rancang simpanan untuk kegunaan masa depan anak seperti untuk pelajaran dan sebagainya. Ini antara tempat yang ibu ayah boleh pilih untuk simpanan anak. Antaranya termasuklah:

#1. Akaun Tabung Haji

Tabung Haji adalah satu bentuk simpanan yang menguntungkan. Malah nilai dividen dan bonus juga tinggi setiap tahun. Ia ibarat dua dalam satu yang mana dengan hanya meletakkan RM1,300 anda sudah boleh daftar haji untuk anak anda.

#2. ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah antara simpanan terbaik untuk anak yang sangat popular. Ia juga pelaburan jangka panjang yang sangat sesuai dan berisiko rendah serta kadar keuntungan yang tinggi dengan nilai kompetitif pasaran.

#3. Emas

Ini antara pelaburan yang pasti mendatangkan keuntungan kerana pembelian emas tidak pernah merugikan. Jika anak ada simpanan duit raya, boleh saja digunakan duit raya untuk untuk anda beli emas untuk anak. Boleh juga beli dinar emas yang boleh disimpan dan dipajak gadai apabila diperlukan.

#4. SSPN-i

Supaya anak tidak terbeban dengan hutang pelajaran maka ada baiknya anda buka akaun SSPN-i atau SSPN-i plus untuk anak. PTPTN setelah tamat belajar kelak, maka akaun SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) ini boleh dibuka seawal umur satu tahun.

Jadi merancanglah dengan sebaiknya bagi memastikan kewangan keluarga anda terjamin bagi menampung kehidupan anda sekeluarga.

  1. Gila Hartanah, March 9, 2021. Persediaan selepas kahwin 101: Berapakah kos menjaga anak anda yang bakal lahir nanti. gilahartanah.com/kos-menjaga-anak-selepas-kahwin/
  2. theAsianparent Thailand
  3. aia.com.my (n.d). Kos sebenar membesarkan anak di Malaysia. www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/kos-sebenar-membesarkan-anak-malaysia.html

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!

Baca juga: 5 Perbelanjaan Yang Perlu Dirancang Sebelum Kelahiran Bayi Anda

Baca juga: 7 Hospital Bersalin Swasta Terbaik Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!