theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak

Perbezaan susu ibu dan susu formula dapat dilihat dari segi kandungan dan manfaatnya. Namun mungkin ramai yang tidak tahu akan beberapa perkara ini!

Jika merujuk kepada mana-mana pakar, jawapan mereka mengenai makanan yang terbaik buat bayi yang baru dilahirkan sehingga usianya 2 tahun adalah susu ibu. Walau bagaimanapun setiap orang mungkin mempunyai pendapat dan halangan yang berbeza dalam membesarkan anak. Justeru amat penting untuk anda mengetahui terlebih dahulu perbezaan susuibu dan susu formula ini!

Bagi ibu pertama kali, mungkin tertanya-tanya mengapakah susu ibu sering kali dikatakan lebih baik untuk bayi. Di sini, kami menerangkan dengan lebih lanjut tentang perbezaan susuibu dan susu formula untuk menambah pengetahuan anda. Jom ketahui apakah perbezaannya!

Baca juga: Risaunya Bayi Enggan Menyusu, Ini Sebab & Cara Mengatasi Perubahan Rasa Susu Ibu!

Apakah perbezaan susuibu dan susu formula?

perbandingan susu ibu dan formula

credit to sources

Sebelum kita pergi lebih terperinci tentang perbezaan susuibu dan susu formula, ingin kami ingatkan, semua ibu di dunia ini mahukan yang terbaik buat anak mereka.

Namun menyediakan susu ibu yang cukup buat bayi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebab itulah adanya  pilihan jika tidak dapat memberi susu ibu, gantikannya dengan susu formula.  Sekiranya tidak berjaya juga, bolehlah mendapatkan ibu susuan.

Tentu saja anda tahu akan saranan mengenai penyusuan bayi dengan susu ibu secara eksklusif memerlukan masa sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Malah, WHO juga mengeluarkan panduan:

  • Mula menyusu dalam tempoh sejam selepas bersalin
  • Hanya beri bayi susu ibu dan jangan menambah apa-apa benda lain (air atau susu)
  • Jangan guna puting atau botol susu untuk 6 bulan pertama

Susu ibu vs susu formula dari segi kandungan dan khasiat 

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memberi susu formula pada anak, adalah lebih bagus jika anda tahu kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Ini antara perbezaannya:

Susu ibu

  • Ia semulajadi, selamat dan segar dari badan ibu
  • Mempunyai penambah imuniti untuk anak
  • Membantu tumbesaran anak
  • Mempunyai kalori yang cukup untuk perkembangan bayi
  • Mempunyai enzim dan bakteria baik untuk pencernaan bayi

Susu formula

perbezaan susu

credit to sources

  • Diperolehi dari proses makanan
  • Tidak ada enzim dan bakteria baik

Dari segi nutrisi atau khasiat pula, perbandingan susu ibu dan susu formula ialah:

Susu ibu

  • Kaya dengan Omega 3 termasuklah Docosahexaenoic acid (DHA) dan Arachidonic acid (AA)
  • Kaya dengan 2 jenis protein, kasein dan whey
  • Ada laktoferin yang membantu menguatkan sistem pencernaan
  • Ada antimikrobial lysozim
  • Mengandungi protein yang menggalakkan tidur (bayi mudah tidur)
  • Tinggi dengan laktosa
  • Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral termasuklah zat besi, zink, dan kalsium
  • Ada selenium antioksida
  • Kaya dengan hormon prolaktin, oksitosin dan thyroid
  • Mempunyai enzim penting seperti lipase dan amilase

Susu formula

  • Mempunyai DHA dan AA yang diperoleh dari susu seperti susu lembu atau kambing
  • Kandungan vitamin dan mineral juga diperoleh dari sumber selain susu ibu
  • Kandungan laktosa boleh diubah (terdapat susu formula yang tidak mempunyai laktosa)
  • Tidak mempunyai kolesterol yang tinggi seperti susu ibu
  • Tidak mempunyai hormon
  • Hanya sesetengah susu formula sahaja mempunyai selenium

Kajian mendapati bayi yang menerima susu ibu sepenuhnya dijauhkan dari sebarang risiko obesiti, penyakit kencing manis, memiliki daya penglihatan serta susu gigi lebih cantik.

kelebihan susu ibu

credit to sources

Harus diingatkan, sebelum ibu bapa membuat keputusan untuk memberikan susu formula kepada bayi, semak dengan doktor terlebih dahulu.

Ini kerana sesetengah bayi mempunyai alergi terhadap protein di dalam susu formula. Jadi, sebagai langkah berhati-hati, pastikan anda telah mendapatkan konsultasi doktor bayi anda.

Kesimpulannya untuk para ibu yang boleh menyusu badan, rebutlah peluang ini untuk anda bersyukur kerana dapat menyediakan nutrisi lengkap kepada si manja tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Memilih untuk memberi susu badan atau formula adalah hak keputusan ibu ayah yang bergantung kepada keupayaan diri dan keperluan anak.

Sumber: theAsianparent Singapore, Breastfeeding Support, Today’s Parent, American Academy of Pediatrics, Dr Sears  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 9 fakta tentang susu formula yang sengaja disembunyikan dari anda

    9 fakta tentang susu formula yang sengaja disembunyikan dari anda

  • Fakta & Mitos Tentang Susu Formula Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Fakta & Mitos Tentang Susu Formula Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

    Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

app info
get app banner
  • 9 fakta tentang susu formula yang sengaja disembunyikan dari anda

    9 fakta tentang susu formula yang sengaja disembunyikan dari anda

  • Fakta & Mitos Tentang Susu Formula Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Fakta & Mitos Tentang Susu Formula Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

    Waspada Kandungan Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik Anda, Ia Boleh Menyebabkan Kanser!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi